Jumaat, 31 Mei 2013

OCD- Geometri (2)

sambungan dari LINK

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit- penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah pertunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
~Firman Allah dalam Surah Yunus ayat ke 57~

Seperti yang selalu saya berikan penekanan kepada mana-mana individu yang menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan SEKADAR IKHTIAR untuk mengubati OCD, antaranya ialah:

OCD adalah sejenis penyakit, cuma perbezaan diantara penyakit psikiatri dan penyakit fizikal HANYALAH yang dapat dilihat oleh mata kasar dan tidak dapat dilihat. Oleh kerana ianya sejenis penyakit, maka ianya pasti mempunyai cara untuk diikhtiarkan bagi mendapatkan rawatan. Rawatan dan penawarnya mungkin dengan pelbagai cara, tetapi ikhtiar yang mana yang menjadi SERASI dan ASBAB untuk kita sembuh, adalah tugas kita manusia untuk mencarinya. Sesuai dengan sabda Nabi SAW:

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Penyakit OCD ini dengan izin Allah, boleh sembuh dan pulih walaupun mungkin tidak 100 peratus, DENGAN SYARAT:

1. Individu yg menghidapi itu sedar dan mengakui dirinya mempunyai OCD

2. Menyedari bahawa sekiranya tidak mendapatkan rawatan, dirinya akan menyusahkan dan melukakan hati ramai orang disekelilingnya termasuk dirinya sendiri.

3. Benar-benar berazam ingin pulih dan bebas dari belenggu OCD.


Tanpa KESEDARAN dan PENGAKUAN yang ikhlas bahawa dirinya memiliki kelainan (OCD) dan diikuti dengan KEAZAMAN YG KENTAL untuk pulih dan memiliki pemikiran dan kehidupan normal seperti orang lain, amatlah sukar untuk mengatasi gangguan ini.

Ubat-ubatan yg dipreskripsikan oleh doktor pakar jiwa dan cadangan-cadangan ikhtiar perawatan hanya membantu dari beberapa aspek dan segi, akan tetapi ianya tetap bergantung kepada semangat dan azam individu terbabit.

Dalam kes Zawiyah yang diterangkan dalam artikel lalu, beliau telah ditekankan dengan 3 syarat-syarat diatas dan kemudiannya, sepertimana biasa, beliau dicadangkan supaya:

1. Bersyukur dan berterimakasih kepada Allah kerana memiliki gangguan OCD
Ini adalah kerana berapa banyaknya dosa-dosanya telah digugurkan dengan cara menghidapi penyakit ini. Dengan bersyukur ini telah menukarkan segala persepsi dan keresahan jiwa beliau yang mana sebelum ini merasakan penyakit ini sebagai suatu 'laknat' dari Tuhan yg membuatkan dia membenci dirinya, marah kepada Tuhan, merasa bersalah kerana sering membuat orang-orang sekeliling terutama suaminya menjadi susah dan serba salah. Frekuensi negatifnya ditukarkan kepada positif terhadap persepsi dan penerimaan dirinya terhadap penyakit ini.

Sesuai dengan sabda Nabi SAW:

‎"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Cuba untuk menyusuri ruang imbas balik kehidupan zawiyah, hasil dari beberapa perkongsian dan perbincangan, ternyata Zawiyah memiliki kecenderungan seorang 'perfectionist' yang melampau, hasil dari minda separa sedarnya yang terbina ketika usia 3-7 tahun melalui didikan keluarga yang amat mementingkan disiplin yang tinggi. Zawiyah membesar menjadi seorang yang sangat terikat dengan peraturan dan perintah. Bagi dirinya, setiap peraturan yang ditetapkan mesti dipatuhi dengan taat dan sempurna. Zaman kanak-kanaknya diajar dengan hebatnya bahawa setiap perlanggaran peraturan akan menerima hukuman dan hukuman ini menyakitkan dan memalukan. Inilah yang telah tertanam kemas didalam minda separa sedarnya yang akhirnya membentuk sifat perfectionist yang akhirnya menjadi melampau dan membuahkan gangguan OCD.

2. Seperti langkah-langkah yang telah dibincangkan dalam Siri OCD Perincian Pengaplikasian iaitu

a. Muhasabah diri (Meminta ampun dari Tuhan atas apa jua dosa dan perbuatan yang mungkin menyebabkan diri dikhifarahkan dengan penyakit OCD samada dosa yang disedari atau tidak)

b. Mempelajari dan memahami apakah itu Hukum Tarikan (LOA)

c. Menulis dengan terperinci senarai apakah benar-benar yang dinginkan oleh dirinya

d. Meminta dari Tuhan setiap senarai yang ditulisnya dan seterusnya MEMPERCAYAI DENGAN YAKIN bahawa permintaannya itu telah dimakbulkan dan status dirinya kini berada didalam situasi: sedang menerima permintaan (Receiving)

e. Membuat AFFIRMASI dengan bersungguh-sungguh bersandarkan senarai permintaannya itu.

f. Melakukan beberapa komitmen yang mampu dilakukannya seperti :

1. Latihan Pernafasan (bagi membentuk kekuatan tenaga dalam)

2. Senaman The 5 Tibetan Rites (bagi melancarkan aliran darah yang tersekat yang mana ini amat penting sebagai ikhtiar menutup lebih 30 peratus pintu masuk atau laluan mudah Sil Khannas golongan jin); Tubuh yg lesu memudahkan kemasukan elemen asing.

3. Teknik EFT (Sebagai ikhtiar memperbetulkan semula minda separa sedar yang terkeliru) dan lain-lain yang difikirkan relevan dengan kes ini.

Didalam kes zawiyah yang membabitkan OCD Geometri, beliau telah dicadangkan dengan sejenis terapi yang agak pelik dan kelakar, iaitu saya menyuruh suaminya MENYELERAKKAN BILIK TIDUR dan jangan dikemas sehingga beberapa waktu yang telah dibincangkan.



Zawiyah perlu memaksa dirinya tidur dalam keadaan bilik berselerak tanpa dikemas, untuk mengajar dan memberi maklumat kepada minda separa sedarnya bahawa:

i) Tiada apa keburukan akan berlaku pada dirinya jika dirinya tidur dalam keadaan bilik bersepah dan berselerak begitu.

ii) selama ini, perkara-perkara remeh yang dijadikannya perkara Terbesar dalam hidup seperti terlalu cerewet dengan kemasan cadar, susunan arah penyangkut baju dan warna itu, TIDAK MENDATANGKAN DOSA disi Allah, dan tidak membawa dirinya ke neraka.

Zawiyah juga perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor pakar secara berterusan dibawah pengawasan doktor.

Pasangan ini sangat komited dan masih berterusan berjuang. Saya terus berdoa semoga mereka akan menemui kebahagiaan didalam kehidupan mereka didunia dan akhirat.

Antara berita yang disampaikan oleh suaminya kini, sememangnya nampak beberapa perubahan positif dalam perlakuan kompulsif isterinya dan dari nada suara suaminya, nyata menunjukkan tanda kegembiraan.

Thank You Allah


p/s: aku sendiri pernah melakukan terapi cara begini, menyelerakkan bilik tidurku dan tidak mengemasnya semula dengan tujuan menanam 'IMPLANT' imunisasi terhadap obsesi diriku terhadap keserabutan kemasan bilik, rak buku dan cadar dan hidup dalam keselerakkan itu, bak kata arwah kakakku suatu masa dulu : "bilik dia ni kalah bilik anak dara, sebutir habuk pun tak ada" .

Sememangnya pada mulanya amat sukar dan susah untuk menghadapinya, tetapi setelah beberapa waktu, alhamdulillah, terapi ini berjaya. Yang kelakarnya, hingga hari ini aku sudah hilang bakatku untuk mengemas! Aku cuma mengemas sambil lewa tetapi aku gembira kerana ini adalah tanda aku sudah pulih dan kekuatan inilah yang akhirnya (dengan izin Allah) dapat memberi kekuatan kepadaku untuk memulihkan obsessiku terhadap perkara-perkara lain seperti Checkers dan Washer.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]