Jumaat, 3 Mei 2013

PRU-13 : Nak Menang ke Nak Kalah?



Assalamualaikum,


Pada tika dan saat ini, negara sedang dilanda demam pilihanraya, poster-poster kempen, bendera dan banner, boleh dilihat memenuhi ruang dimana sahaja dinegara kita ini.

Pelbagai cara, taktik dan method yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanding, bagi meraih sokongan dari rakyar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya ini.

Sebenarnya, salah satu ikhtiar untuk mendapatkan kemenangan ini, mari kita balik semula kepada asas di dalam Hukum Tarikan iaitu:

" ANDA MEMBAWA MASUK KEDALAM REALITI KEHIDUPAN ANDA, SEGALA APA YANG ANDA PALING BANYAK BERIKAN FOKUS DAN PERHATIAN YANG MENDALAM, TAK KIRALAH SAMADA PERKARA ITU PERKARA NEGATIF ATAU PUN PERKARA POSITIF"

Pilihanraya adalah sebuah pertandingan, yang menentukan siapakah yang bakal membentuk kerajaan sesebuah negara. Apabila bercakap tentang 'PERTANDINGAN', ianya juga boleh kita umpamakan seperti pertandingan-pertandingan lain seperti pertandingan bolasepak.


Contoh yang paling mudah ialah, katakan kita adalah penyokong kuat Manchester United (MU), dan pada malam ini, MU akan bertemu dengan Liverpool. Sekiranya kita ingin berikhtiar untuk mendapatkan kemenangan bagi pihak MU, apakah yang perlu kita fokuskan?



Liverpool Kalah = SALAH

Mengutuk Liverpool = SALAH

Berdoa supaya Liverpool kalah = SALAH

Menyebarkan gossip buruk
tentang pemain Liverpool = SALAH



APAKAH YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN?

Fokuslah dan berilah perhatian yang mendalam kepada:

1. MU Menang

2. Yakini dan akui kehebatan pemain MU

3. Berdoa supaya MU menang

4. JANGAN berfikir tentang SIAPA YANG KALAH! Jangan berfikir langsung tentang kekalahan, kerana adat pertandingan sudah pasti ada yang kalah dan yang menang, tetapi didalam ikhtiar melalui Hukum Tarikan ini, anda hanya perlu fokus pada kemenangan, dan berasa gembira dan yakin, tanpa mengambil tahu tentang nasib pihak lawan.


5. DILARANG SAMA SEKALI BERGOSSIP, MEMBUAT TAKTIK KOTOR BAGI MENJATUHKAN LAWAN, APATAH LAGI JIKA IANYA ADALAH FITNAH KERANA ANDA HANYA AKAN MENARIK SEMULA SEGALA PERKARA BURUK ITU JATUH KE PIHAK YANG ANDA SOKONG



Sesuai dengan Hadis Nabi:


“Sesungguhnya seseorang itu apabila dia mengutuk sesuatu, maka kutukan itu naik ke langit, lantas pintu-pintu langit ditutup untuknya, lalu ia turun ke bumi, maka ditutup pintu-pintu untuknya, kemudian ia berpaling ke kanan dan ke kiri. Apabila ia tidak memperolehi tempat ia kembali kepada benda yang dikutuk, jika ia berhak dengan kutukan itu dan jika tidak, kembalilah ia kepada orang yang mengutuknya sendiri”. – (HR Abu Daud dan Ahmad)


KESIMPULANNYA

Be positif, hormati kawan dan lawan, hadapi segalanya dengan tenang, fokus kepada apa yang anda mahu, BUANGKAN dan KETEPIKAN kecenderungan berkempen dengan nada penuh Emosi dan Kemarahan, Tuduh-Menuduh dan PALING PENTING: ELAKKAN dari bercakap besar atau takbur. Kita memang disuruh supaya yakin dan konfiden, tetapi bukan takbur.

Rezeki mendapat kekuasaan itu adalah pemberian dari Allah!

Ingat! ini adalah Hukum Fizik yang diciptakan Allah, sama seperti Hukum Graviti. Tak kiralah samada anda percaya atau tidak, tahu atau tidak tentang hukum ini, ianya tetap berlaku dimana sahaja, pada setiap waktu, kepada sesiapa sahaja, dengan izin Allah sebagai program atau sunatullah yang telah ditetapkanNya.


Wallahuaklam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]