Rabu, 24 April 2013

Suka Hati Koranglah..Aku malas nak fikir! Aku tak nak pening-pening!


Memang!

Memang aku dah malas nak fikir. Sebab aku tak nak pening-peningkan kepala aku. Tak payah nak susah-susah. Lebih aman dan mudah begini. Kepala pun tak serabut..

Aku (dulu kot) selalu cakap begini.

Orang lain pun selalu cakap macam ni.

Bangsa aku paling ramai suka cakap macam ni.

" Aku Tak Nak pening-peningkan kepala lah..!"

Sebab apa? Sebabnya, apabila menghadapi sesuatu konflik yang agak berat, terasa sangat sukar untuk memikirkan jalan penyelesaiannya, hati menjadi lemah, semangat semakin menurun, hati menjadi marah dan penuh syakwasangka buruk terutama pada takdir yang disangkakan 'sengaja' memberikan konflik itu kepada dirinya, maka keluarlah perkataan

"Aku malas nak fikir! Aku tak nak pening-pening!"

Ungkapan yang masyhur dari Sahabat Nabi S.A.W iaitu Abi Darda':

تفكر ساعة خير من قيام ليلة

"berfikir sejenak lebik baik dari solat qiyammulail (solat sepanjang malam)"

Tahqeeq: Ia disangkakan hadith, tapi sebenarnya adalah kata2 yg dinisbahkan kepada Abi Darda' (wafat 32 H, sahabat Ansar Madinah) [Zahabi, alSiyar, 2/348)

Terdapat hadis sahih yang mendokong kata2 Abu Darda' ini.

"Janganlah engkau berfikir akan Dzat Allah tapi renungilah ciptaan-Nya."
(alAlbani, silsilah alSahihah (4/396)



Menurut kajian sains, ini adalah kerana manusia hanya menggunakan tidak lebih dari 10 peratus kapasiti otak disepanjang hayat kehidupannya. Kita sudah terbiasa dilatih sebegini, berfikir hanya untuk keperluan memaksa, dan jarang untuk berfikir lebih dari yang biasa dilakukan, maka kerana itulah, apabila terdesak untuk memikirkan sesuatu dengan lebih dari kebiasaan, kita mula merasa lemah, pening, dan malas.

Sedangkan pada hakikatnya, otak kita mampu melakukan lebih dari yang kita sangkakan.

Bayangkan apakah yang berlaku jika kita semua dapat memaksimumkan penggunaan kapasiti otak kita melebihi dari 10 peratus?

Lantaran "Tak Mahu Pening-Pening"inilah maka banyaknya peluang dan perkara-perkara baru yang sebenarnya dapat kita miliki, telah pun terlepas.

Fakta Tentang Kekuatan Super dari Otak dan Fikiran Manusia

Beberapa FAKTA ilmiah tentang ajaib dan menakjubkannya otak dan fikiran seorang manusia, yang anda perlu tahu

FAKTA 1:
Otak manusia terdiri dari 30 juta neuron atau saraf otak yang bekerja dengan dahsyat melebihi kemampuan super computer apapun di dunia ini. Neuron inilah yang bekerja dengan dahsyat menciptakan keajaiban dalam hidup anda

FAKTA 2:
Memori otak manusia memilki kapasiti 30-70 triliun giga melebihi memory super komputer apapun di dunia

FAKTA 3:
Sebagaimana computer dapat terhubung dengan computer lain melalui jaringan, demikian juga fikiran manusia dapat terhubung dengan pikiran orang lain di mana saja mereka berada jika tahu cara yang tepat untuk menyamakan frekuensi otak.

FAKTA 4
Fikiran manusia terhubung dengan alam semesta yang dalam bahasa psikology disebut UNIVERSAL CONCIOUSNESS (Pemikiran alam semesta) atau dalam bahasa biologi disebut MORPHOGENETIC FIELD (medan morfogenetika).

FAKTA 5:
Fikiran manusia saling berinteraksi setiap saat tanpa disadari, tetapi jika dengan cara yang tidak dikendalikan dengan betul, akan mengakibatkan kesan negatif. Anda sebenarnya BOLEH dan MAMPU mengendalikannya untuk tujuan yang positif untuk keuntungan dalam kehidupan anda.

FAKTA 6

Fikiran manusia menjelajah dan dapat mengadakan hubungan dengan fikiran siapa saja dengan teknik subjective communication .

Lagi maklumat tentang Otak

Kajian otak menunjukkan bahawa perasaan manusia berasal dari dalam otak.

Otak memperoses rasa 'Sakit' tetapi otak tidak memiliki rasa sakit itu.

Struktur otak manusia hampir sepenuhnya berkembang pada usia 11, meskipun beberapa pengurusan diri yang lebih tinggi menyebabkan fungsi otak terus berkembang sampai usia 20 .

Diameter dari neuron otak individu adalah 4 mikron, yang berarti 30,000 neuron boleh muat di kepala pin. (lebih kecil dari USB-Drive yang ada)

Otak manusia memiliki 10 juta neuron, sehingga menjadi alat pembelajaran yang paling kuat di dunia.

Setiap neuron otak tunggal mempunyai antara 1.000 sampai 10.000 connection dengan neuron lain, hingga 10 triliun neuron connection dapat dilakukan

Alkohol mengganggu proses otak dengan melemahkan connection antara neuron

Bahagian yang sama dari otak menafsirkan rasa sakit baik fizik dan emosional.

Stres dalam waktu lama dapat melemahkan kemampuan otak untuk belajar dan mengingat.

Otak anjing adalah 19 kali lebih kecil dari otak manusia dewasa; otak gajah 4 sampai 5 kali lebih besar dari kita.

Otak Lumba-lumba berhidung botol dewasa ukurannya hampir sama dengan otak manusia dewasa.

Otak orang dewasa rata-rata beratnya 3 sampai 4 lbs. namun menggunakan 20% dari oksigen tubuh.

Kekurangan Oksigen 5 - 10 minit saja mampu menyebabkan kerosakan otak.

Otak kita memmerlukan darah 20 % dari seluruh darah yang ada di tubuh kita

Otak manusia mempunyai pembuluh darah sepanjang 400 mil (640 km)

Penyampaian mesej otak antara sesama neuron adalah dalam kecepatan 1/1000 saat

Setiap kali Anda memiliki mempunyai fikiran baru atau memori, connection baru dari otak dibuat antara dua atau lebih sel-sel otak

Otak Anda menghasilkan sampai 25 watt daya ketika sedang jaga --- cukup untuk menghidupkan mentol lampu.



...............

SEKARANG NI TANYA BALIK DIRI SENDIRI:

MALAS NAK PENING-PENING KE ATAU SEBENARNYA MALAS NAK GUNAKAN KAPASITI OTAK LEBIH SEDIKIT?

PENING TU MEMANGLA PENING, TAPI SEKEJAP JE, BILA DAH MULA BIASA GUNAKAN KAPISITI YANG LEBIH DARI BIASA, TAKKAN PENING LAGI, TAPI IDEA DAN 'LADUNI' AKAN MULA MASUK MENCURAH-CURAH...TAK PERCAYA? CUBALA DULU. JANGAN ASIK NAK PENING JE EK...HEHEH..KBOII

2 ulasan:

  1. salam.. komen lari topik skit.. best lagu background baru ni.. :)

    BalasPadam
  2. Eh, dah lamala letak lagu ni bai...heheh ..kantoi, lama tak jenguk blog nie..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]