Selasa, 9 April 2013

Pesakit OCD: Ada Berani?

Assalamualaikum


Dalam ikhtiar dan usaha merawat diri dari gangguan was-was @ OCD, pelbagai maklumat telah cuba dikongsikan diblog ini dan juga terdapat dari sumber-sumber yang boleh didapati dari tempat lain. Antara perkongsian adalah tentang pop-up dari makhluk syaitanirrojim LINK .

Cabarannya adalah setelah memahami tentang kehadiran dan bagaimana pop-up ini boleh berlaku,

Adakah kita dapat meyakinkan diri kita bahawa pop-up ini benar-benar wujud atau tidak. Jika kita sekadar memahami, tetapi tidak berusaha untuk meyakini, maka adalah sukar untuk merawat diri kita dari gangguan ini.


TAHAP/ LEVEL KESEMBUHAN

Setiap usaha dan ikhtiar mempunyai peringkat-peringkat atau tahap yang boleh diukur. Oleh itu, didalam hal yang berkait dengan pop-up ini, kita boleh membuat ukuran sejauh mana kekuatan dan semangat kita untuk membebaskan diri kita dari penyakit ini.


Antara cara mengukurnya ialah:

Selesai mandi wajib, dan setelah berpakaian dan bersiap untuk urusan lain dalam kehidupan, tiba-tiba terasa bahawa anda tidak menyampaikan air pada bahagian cuping telinga. Dan anda sememangnya tidak dapat mengingati semula samada benar atau tidak perkara ini, tetapi anda tahu anda seorang pesakit OCD, dan anda tahu tentang kewujudan pop-up. Jika anda segera dapat membuat anggapan bahawa idea tentang tidak membuat basuhan pada bahagian telinga itu hanya lah pop-up dari syaitan, dan diri anda benar-benar kuat dan sedia untuk pulih, anda pasti mampu 'IGNORE' idea tentang air tidak rata ditelinga kerana anda faham dan tahu bahawa itu hanyalah pop-up. Jika anda lemah, anda mungkin akan masuk semula ke bilik air dan mandi wajib sekali lagi dan kali ini dengan penuh konsentrasi untuk meratakan air pada bahagian cuping telinga

Bagaimana jika selesai mandi nanti anda terasa pula ada bahagian lain yang tidak rata? Kebenaran atau sekadar pop-up?


Akhir sekali, jika anda benar-benar semakin pulih, pada pop-up yang pertama sahaja keluar dalam pemikiran dan perasaan anda, contohnya:

" Eh, tadi aku basuh telinga ke tidak?" - (ini sebenarnya bukan suara hati anda, tetapi popup)


Berani atau tidak untuk anda katakan pada diri anda:

"Lagi? apa lagi yang tak kena? leher? celah kangkang? bulu? apalagi yang kau nak popup pada aku? apa lagi? air tak masuk dalam hidung? Hidung kepala tengkorak kau lah syaitan!!"


Dan terus melupakan hal itu, sambil membaca bismillah atau zikir didalam hati, kerana membaca bismillah akan membuat syaitan menjadi semakin mengecil - hadits.


“Kaldai Nabi SAW telah terjatuh, lalu aku mengatakan, “celakalah syaitan”

Lalu Nabi bersabda, “Janganlah kamu katakan ‘celakalah syaitan’ sebab jika kamu mengatakannya maka syaitan akan menjadi semakin besar tubuhnya dan syaitan akan berkata pula: , ’Dengan kekuatanku, aku akan mengalahkan manusia ini.’

Namun, apabila kamu mengatakan ‘BISMILLAH’, maka dia akan mengecil sehingga menjadi sekecil lalat.”
(HR. Ahmad)


Jika anda berjaya melalui tahap ini dengan jayanya, bermakna peratus kesembuhan anda semakin tinggi dan semakin hampir kepada terma kesembuhan dalan OCD iaitu "Cure Means Better"

Amacam OCD's? Ada brann!!!



5 ulasan:

  1. walaupun mmg x kena air pn just ignore jela kiranya?

    BalasPadam
  2. Insan kerdil, ketika mandi, biasanya samada gunakan shower atau air paip, perkara pertama tempat air jatuh adalah kepala dan rambut, maka adalah MUSTAHIL air tersebut tidak sampai ke telinga atau pun mana-mana bahagian, percayalah, perkara ini adalah semata-mata gangguan pop-up dari syaitan, bukannya perkara benar. Jika ianya perkara yang benar, ianya tidak akan mendatangkan rasa risau berbentuk was-was. Kerana yang benar itu dari Allah.

    BalasPadam
  3. saya pun ada masalah was2 macam ni. baru2 ni saya yakin air dah kena seluruh anggota, tapi sebelum saya solat , saya tengok ada kotoran kat celah kuku..rasanya nasi yang saya makan. saya pun was2 samada air kena tak pada kuku tu..saya terus solat tapi masih lagi was2.

    perlukah saya mengulang mandi wajib tersebut?

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]