Selasa, 9 April 2013

Baiki Perhubungan Yang Semakin Pudar

Assalamualaikum,

Kadangkala kita mendapati bahawa kita hidup dikalangan beberapa orang (bukan semua) yang tidak seiring atau tidak sefaham dengan kita. Dengan erti kata lain, mereka ini lebih cenderung negatif, menyakitkan hati dan perasaan kita dan seakan tidak menyedari sikap mereka, dan seolah tidak akan berubah.

Jika mereka ini dari kalangan komuniti luar, mudah sahaja untuk kita menangani perkara ini iaitu dengan menjauhi dan tidak bercampur dengan kumpulan manusia sebegini.

Tetapi, bagaimana jika mereka terdiri dari suami, isteri, ibubapa, atau adik beradik dan keluarga terdekat atau rakan sepejabat atau pun majikan, yang mana setiap hari kita pasti akan berurusan dengan mereka?


.


Kita sedang cuba mengamalkan kehidupan yang positif, tetapi akibat sikap dan tindakan mereka ini akan memudahkan kita untuk menjadi marah, kesan dari kemarahan terpendam maka memungkinkan kita memberontak, down dan sukar untuk menetapkan frekuensi kita sentiasa berada dalam posisi positif.

Bersabar? Menasihati dan cuba memberikan approached posisitif dengan baik? Mungkin sudah diusahakan akan tetapi mereka ini tetap begitu, malah makin menjadi-jadi dan kita seakan sudah semakin hilang kesabaran pada mereka.

Memberi kemaafan? Memang sudah diberikan kepada kesalahan yang lalu, tetapi bagaimana dengan esok, lusa ? Pengalaman menunjukkan mereka ini tidak akan berubah dan seakan seronok menyakiti kita dalam pelbagai cara.

Bunuh sahaja? Kalau membunuh itu halal dan tiada dosa, mungkin mereka sudah lama lenyap dari muka bumi ini. Mungkin juga kita sendiri sudah pun terbunuh. hehehehe

Firman Allah: "there is always a way out" ~

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.


(Surah Al-Insyirah : 5-6)


Apa kata kalau kita cuba dengan cara ini, cuba dulu, baru boleh tahu hasilnya nanti, tapi kena buat betul-betul!


Sediakan sehelai kertas dan pen, kemudian pilih salah seorang dari 'mereka' tadi.

Diatas kertas ini, tuliskan segala senarai KEBAIKAN dan ASPEK POSITIF yang masih ada pada mereka yang benar-benar anda pernah lihat dan memang anda ketahui. Ingat, setiap insan itu walau seteruk mana pun sikap mereka, pasti masih ada nilai kebaikan walau pun sedikit di dalam diri mereka. Walaupun bukan kebaikan yang pernah mereka lakukan pada anda, tetapi pada orang lain, yang anda tahu.

Cuba tuliskan satu persatu dengan terperinci dan spesifik, dalam bentuk yang positif.


contohnya seperti:


1. Aku sering melihat dia memberi kucing jirannya makan pada malam hari.

2. Dia pernah turut berkongsi wang kutipan pejabat untuk membeli hadiah untuk harijadiku.


3. ...dan seterusnya.


Cuba cari dan gali seberapa banyak yang anda dapat. Ingat, ini adalah bukan untuk dia, tetapi untuk kebahagiaan anda.


Selesai menulis, anda bacakan semula semua yang anda tulis itu dengan penuh penghayatan. Cuba rasakan frekuensinya, getarannya. Setelah itu berdoalah kepada Allah, mohon supaya orang yang dimaksudkan itu sedar kekhilafannya dan mohon dijauhkan dari keburukan orang itu.

Langkah seterusnya ialah, menyimpan senarai yang anda tulis itu dekat dengan anda, dan jadikan sebagai affirmasi yang perlu anda baca banyak kali setiap hari, sekurang-kurangnya 20 kali.

Apakah yang akan berlaku dari sudut Fizik Kuantum? Apa yang sedang anda lakukan ini ialah anda sedang memperbesarkan dan memperkuatkan getaran positif 'orang' itu dan getaran itu akan mula mengisi belon aura anda. mengikut kajian, 'orang' itu masih tetap akan sama sahaja keadaannya, mungkin akan lebih baik atau mungkin akan lebih teruk, AKAN TETAPI dia akan tersasar menjadi lebih positif setiap kali berdepan atau membuat urusan dengan ANDA. Jika sekiranya 'orang' ini berada di dalam mood yang terlalu teruk dan kasar , anda akan diselisihkan dari bertemu dengannya, dengan syarat anda sentiasa maintain (istiqamah) dengan getaran positif anda. INSYA'ALLAH.

Cubalah dulu, tetapi bukan dengan niat nak testing atau cuba-cuba, tetapi dengan niat ingin benar-benar mengubah perhubungan yang kian renggang antara anda dengan 'orang' itu supaya lebih baik dan membahagiakan diri anda.

Maksud firman Allah:

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) antara perbuatan baik dan perbuatan jahat . Tolaklah kejahatan (yg ditujukan padamu) dengan cara yg lebih baik maka apabila engkau berbuat demikian, (kamu akan mendapati) orang yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagian dunia dan akhirat.

(Al-Fussilat: 34-35)

Walau apapun, hanya Allah yang Maha berkuasa menentukan


wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]