Jumaat, 1 Mac 2013

OCD/Was-was Updated 3 ~ SIL KHANNAS!

sambungan dari artikel lalu

SIL KHANNAS!


Bismillahirrahmanirrahim


Dari perbincangan dalam artikel lalu, (OCD/Was-was Update 2 ~ Pop-up Syaitanirrojim) kita telah memahami apakah 3 kategori utama simptom OCD yang telah disimpulkan melalui kajian pakar psikiatrik dan bagaimana ketiga-tiga kategori disebutkan didalam Al-Qur'an dan betapa kesinambungannya (perfect match) antara fakta sains dan juga firman Allah.

Kita juga telah memahami apakah itu Pop-up Syaitan yang direjam yang datang secara tiba-tiba tidak kira masa didalam pemikiran dan hati penderita OCD.

Persoalannya:

Bagaimanakah kehadiran pop-up ini dirasakan umpama suara hati kita sendiri hingga amat mempengaruhi, menakutkan, merisaukan dan membuatkan kita terpaksa membuat tindakan perilaku kompulsif bagi 'membetulkan' keadaan yang berlaku itu?


Didalam surah An-Nas (Manusia), Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya:


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.


[2] “Yang Menguasai sekalian manusia,


[3] “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,


[4] “Dari kejahatan pembisik yang menghasut yang timbul tenggelam (tersembunyi), -


[5] “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -


[6] “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


(QS Annas(114): 1-6)


a. Perhatikan dan cuba fahami dengan terperinci pada ayat ke 4, Allah memberitahu bahawa mohonlah perlindunganNya dari " kejahatan pembisik yang menghasut yang timbul tenggelam (tersembunyi)"

Maksudnya disini, telah jelas dan terang bahawa makhluk jahat yang membisikkan kejahatan ini menggunakan kaedah 'timbul tenggelam' iaitu Pop-Up (umpama pop-up skrin di laptop anda yang timbul dan tenggelam), dan disamping itu dia bersembunyi sambil melontarkan bisikan ini.

b. Dimanakan pop-up itu dilontarkan? Lihat ayat ke 5 ~ " Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia".. bermakna pop-up ini dilontarkan didalam hati manusia (kalbu/jiwa) termasuk pemikiran.


Bagaimanakah ianya boleh berlaku?

Rujuk semula artikel OCD/Was-was Update 1, dimana kita telah berbincang tentang kelemahan sistem saraf (nerve) dan ketidakseimbangan cecair neotransmitter yang dialami oleh penderita OCD. Maksudnya, melalui kelemahan manusia sebegini, ianya menjadi pintu masuk/ laluan mudah bagi makhluk ini untuk keluar masuk ke dalam bahagian saraf penyampaian maklumat manusia untuk melontarkan pop-upnya.

Dari Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah (sistem nerve)’.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)


Kaedah yang digunakan oleh syaitan

Setiap manusia memiliki suara hati atau suara dalam yang tersendiri. Hanya kita sendiri yang mengetahui dan mengenali suara dalaman kita sendiri. Ini berlaku ketika kita sedang berfikir, bercakap didalam hati secara bersendirian, DIMANA: setiap suara dalaman kita ini mempunyai getaran frekuensi yang tersendiri.


Apa yang berlaku ialah, akibat kelemahan sistem saraf dan ketidakseimbangan neotransmitter penderita OCD, yang menyebabkan menjadi laluan mudah untuk syaitan keluar masuk tadi, maka syaitan telah berjaya mengenal pasti bacaan dan ukuran getaran frekuensi suara dalaman kita.

Seterusnya, makhluk ini menyamakan/ membuat persamaan / simulasi frekuensi getaran suara mereka dengan getaran suara dalaman manusia, dan membuat bisikan-bisikan hasutan yang mempunyai getaran dan frekuensi yang sama dengan suara dalaman/ suara hati manusia ini dan melontarkan pop-up.



Inilah yang mengakibatkan penderita OCD merasakan bahawa idea-idea obsesif ini datangnya dari mereka sendiri, sedangkan hakikat yang sebenarnya, ianya adalah hasil perbuatan syaitan yang direjam.

*artikel ini disesuaikan dari video Curing OCD in 3 Steps oleh Dr. Zaid Muhammad Ghazzawi - www.quran-miracle.com

-bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]