Jumaat, 22 Mac 2013

Cinta Itu Membutakan Mataku : OCD = BERCINTA?



Berapa kali kita selalu mendengar rintihan pasangan yang telah agak lama bercinta, (terutama bercinta dengan lama tapi masih belum bernikah), bahawa perhubungan mereka kini sering mengalami konflik, pergaduhan, salah faham dan tidak bahagia?

Kebanyakkan menjelaskan bahawa perhubungan mereka sudah tidak seindah tahun-tahun pertama perkenalan, yang mana segalanya adalah amat indah, menyeronokkan. Tapi setelah percintaan menghambat usia yang semakin panjang, perhubungan mula dirasakan tawar dan pudar?



Apakah ini kerana masalah sudah jemu, maka ada kehadiran orang ketiga, masalah sikap dan lain-lain? Ya, benar, terdapat kebenarannya bahawa manusia memang bersikap tidak pernah puas tetapi cepat muak / jemu.

Walaubagaimanapun, hal ini juga berkait rapat dengan perubahan-perubahan hormon dan kesan-kesan aktiviti otak yang mana kajian saintifik telah dibuat khusus untuk mengenal pasti apakah yang berlaku ketika manusia sedang bercinta.

"Kajian saintifik telah membuktikan bahawa 'bercinta' mempunyai kesan yang sama terhadap otak manusia sama seperti beberapa gangguan kecelaruan mental. Ujikaji Saintifik menggunakan imejan MRI telah menunjukkan 'bercinta' akan mengaktifkan fungsi beberapa bahagian dibahagian otak, sementara dimasa yang sama, 'bercinta' akan melemahkan beberapa fungsi bahagian didalam otak.

Bercinta akan memberikan kesan terhadap tahap dan keseimbangan beberapa bahagian neurotransmitter didalam otak dan kadar SEROTONIN akan menurun ketika pasangan yang bercinta berada didalam tahap awal percintaan"

~Dr. Lucy Brown,neuroscience professor.

DALAM KONTEKS OCD
Cecair neurotransmitter serotonin adalah berfungsi untuk membawa maklumat-maklumat dari deria untuk dibawa ke otak untuk tujuan pengesahan. Ketidakseimbangan/kekurangan cecair ini didalam saraf tubuh menyebabkan penyampaian maklumat tidak sampai secara menyeluruh ke otak manusia. Ada maklumat yang sampai dengan cara tersekat-sekat dan tidak lengkap. Inilah yang mengakibatkan penderita OCD mengalami pengulangan-pengulangan idea didalam mindanya akibat dari penyampaian maklumat yang cuba untuk terus menyampaikan maklumat sehingga lengkap. Hal ini TIDAK berlaku terhadap manusia normal yang mempunyai kadar cecair serotonin yang seimbang.


..............

Maka tidak hairanlah, ketika di awal usia percintaan, segala-galanya hanya nampak yang indah, menyeronokkan, kerana ketika ini, tahap serotonim pasangan ini semakin menurun dan membuatkan mereka seakan hilang 'kerasionalan' mereka.

Pepatah Inggris mengatakan: "People only see what they want to see". Ketika bercinta, pasangan mereka itulah 'yang terbaik', 'terhensem', 'tercantik' dan segala yang 'ter-ter' bagi mereka, kerana itulah perkara yang mereka inginkan dari impian percintaan mereka, iaitu memiliki pasangan yang 'ter-ter'.

Ketika itu mereka tidak akan nampak kelemahan dan keburukan serta kekurangan pasangan mereka, "People only see what they want to see". Ketika ini, tahap rasional mereka semakin menurun dan mindasepara sedar hanya akan membawa masuk input yang baik sahaja dari pasangan meraka.

Dalam kebanyakan kes, pasangan yg baru bercinta akan sentiasa ingin berkongsi keindahan percintaan mereka dengan rakan-rakan dan sering menceritakan betapa beruntungnya dia kerana memiliki pasangan mereka.

Apa yang berlaku ialah, neoutransmitter serotonim akan pulih dan seimbang semula dalam tempoh lebih kurang setahun dari itu, dan ketika ini tahap rasional mereka semakin pulih. Dan pada ketika inilah mereka kembali berpijak dibumi yang nyata, dan ketika itulah mereka mula menyedari beberapa aspek kekurangan atau kejelekan pasangan mereka, dan akhirnya kita dapat melihat ada pasangan yang mula terlibat dengan salah faham dan sebagainya.



Dan perkara inilah juga yang dialami oleh pesakit OCD iaitu kadar neotransmitter serotonim yang jauh rendah dari manusia normal, membuatkan mereka tidak dapat menghayati kerasionalan dalam membuat keputusan dan berfikir. Malangnya, apa yang hanya mereka nampak bukanlah yang indah-indah seperti dalam konteks percintaan, tetapi mereka hanya nampak atau dipenuhi perasaan bersalah, was-was dan ragu-ragu. Dan perkara ini sahaja yang berlegar dalam kehidupan mereka dan memberi kesan dalam segala apa jua aktiviti kehidupan mereka (bagi tahap yang kronik). Hingga ada yang akan hilang minat untuk melakukan apa jua.

Jika bercinta membuatkan seseorang itu hanya melihat apa yang indah pada pasangannya dan amat seronok menghayati perkara ini, Pesakit OCD pula hanya melihat perkara-perkara yang membuatkan dia resah, dan amat perit menghadapi perkara ini. tetapi puncanya adalah sama, iaitu tahap rasional yang menurun. Seolah tidak berpijak dibumi yang nyata.

Jika 'bercinta' seseorang itu hanya asik dan sentiasa teringat akan sidia, tersenyum sendirian dan membuat perkara-perkara yang mendekatkan diri dgn sidia, seperti kerap menelefon, sms, wassup, dan sebagainya, Pesakit OCD pula asik dan sentiasa melayan "cinta'nya iaitu idea-idea obsesi dan melakukan ritual-ritual kompulsif berulangkali.


Apa yang menyedihkan ialah, Pasangan yang bercinta akan kembali pulih kadar keseimbangan neurotransmitter serotonim mereka dalam tempoh lebih kurang setahun dan akan 'back to normal' dengan sendirinya.

Tetapi bagi pesakit OCD, perkara ini seumpama kecacatan kekal, sekiranya tidak mendapatkan perawatan yang khusus dan awal.

Lantaran ini juga, pesakit OCD akan mengalami keadaan yang pelik iaitu bahagia tapi perit dan teruk, apabila mereka pula yang bercinta. Mereka seolah ingin mengawal pasangan, terlalu mengambil berat yang berlebihan terhadap pasangan hingga membuatkan pasangan mereka BUKAN merasa dilindungi, tetapi dipantau. Saya sendiri telah membuat kesilapan @ kecacatan begini.

Serotonim yang juga dikenali sebagai 'Hormon Gembira' juga didapati mempunyai kadar yang tinggi didalam susu ibu. Oleh itu tidak hairanlah jika Islam menyarankan agar bayi diberikan susu ibu semaksimum 2 tahun sejak dari dilahirkan, untuk memastikan anak-anak memiliki kekuatan emosi yang kuat.

Firman Allah:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman : 14)

Tingkatkan kadar serotonim dalam tubuh anda.

10 CARA MENINGKATKAN KADAR SEROTONIM

*Food for thoughts: Mengapakah Allah SWT menyusun program (fitrah) begini terhadap tubuh manusia yang bercinta? ?...insyaAllah akan dibincangkan dengan lebih lanjut.


Wallahuaklam









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]