Selasa, 19 Mac 2013

Cash Flow / Aliran Tunai

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan. (Con't 2)- CASH FLOW

sambungan dari LINK

Assalamualaikum,


Jom kita buat eksperimen mudah

1. Mari kita masuk ke salah sebuah bilik yang ada dalam rumah kita.

2. Tutup pintu bilik dengan rapat dan kemas. Tutup pintu tandas (jika bilik yg ada bathroom attachment) dan apa jua yang boleh ditutup.

3. Jangan buka kipas angin atau penghawa dingin anda dan kemudian buka tingkap bilik itu.

4. Cuba duduk berehat dalam bilik itu selama setengah jam.

Adakah anda dapat merasakan suhu bilik semakin panas? Walaupun tingkap dibuka dengan luas.

Sekarang buka/switch-onn kipas bilik (bukan penghawa dingin). Adakah angin dari kipas itu membawakan udara segar atau hanya udara panas yg tidak menyelesakan?

Hal ini berlaku kerana udara didalam bilik tidak mengalir keluar masuk mengikut tingkap anda, oleh itu kipas angin hanyalah memutarkan udara yang sama.

Nah, sekarang buka pintu bilik anda dan perhatikan apa yang berlaku.

Kita dapat merasakan kehadiran udara dari luar rumah mula masuk kedalam bilik melalui tingkap tadi kerana kini sudah ada aliran keluar masuk untuk udara bergerak iaitu dari arah pintu yang sudah dibuka. Sedut nafas anda dan kita dapat merasakan udara segar yang nyaman.

Apa yang cuba saya tunjukkan disini ialah, perkara ini boleh kita kaitkan juga dengan keadaan aliran tunai/ harta yang kita miliki.

Seandainya kita tidak membuka jalan untuk mengeluarkan perbelanjaan dari harta yang kita miliki kepada jalan kebajikan (dengan ertikata lain: Kedekut, bakhil dan hanya bercita-cita untuk mengumpulkan/ melonggokkan harta kekayaan), maka harta kita tidak akan bertambah, tidak berkat (umpama udara yang tidak menyelesakan tadi) dan makin berkurangan.

Didalam konteks kehidupan beragama, kita pasti sudah sedia mempelajari atau mendengar tentang kebaikan dan manfaat sedekah, derma serta membayar zakat (harta/tanaman/fitrah dll)

Memberi/bersedekah juga sebenarnya adalah sebagai salah satu jalan untuk BERSYUKUR. Iaitu dengan mensyukuri nikmat rezeki yang diterima dengan jalan bersedekah.

Maksud firman Allah:

Ini adalah kurniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan SESIAPA YG BERSYUKUR MAKA FAEDAHNYA AKAN KEMBALI KEPADA DIRINYA SENDIRI dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah.
(An-Naml-40)

Dari segi hukum fizik kuantum, rezeki dimengertikan sebagai salah satu tenaga yang mempunyai frekuensi. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri. Bagaimanakah tenaga dalam bentuk rezeki ini dapat mengalir keluar masuk dalam kehidupan seseorang itu, ANDAInya jalan masuk untuk pengalirannya ditutup. Ianya akan masuk tetapi tidak dapat keluar untuk membuat pengaliran semula. Ada yang dapat tembus keluar, tetapi jumlahnya sedikit dan hanya mampu membuat kitaran masuk semula dalam jumlah yang sedikit.

Pernah dengar orang utara berkata: Banyak keluaq, banyak masuk...

Maksud firman Allah:

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.
(Ibrahim, Ayat 31-34)

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).


.................

Jika kita masih berpendapat bahawa dengan mengeluarkan sebahagian dari harta yang kita miliki untuk jalan bersedekah hanya membuatkan harta kita berkurang, maka ini adalah pandangan yang telah lama ketinggalan zaman. Islam telah muncul 1500 tahun yg lalu dan mengajarkan perkara ini, DAN hari ini segala apa yang diajarkan tentang faedah dan ganjaran bersedekah/ memberi ini telah disokong oleh SAINS.

Duit dalam poket masih berkurangan? fikrkan apa yang sebenarnya ada dihadapan anda, YANG PERLU anda bantu. Cuba lihat, ada atau tidak kucing-kucing yang tak bertuan yang menumpang disekitar kawasan anda? Pernah anda tergerak hati memberikan makanan?

Ada selonggok sampah dihadapan rumah jiran yang dihuni oleh warga tua, anda boleh bantu membersihkannya. Bantuan tak semestinya dengan wang, tetapi juga dengan tenaga, atau berkongsi ilmu pengetahuan.

Sebuah senyuman juga adalah sedekah.



Didalam buku The Science Of Getting Rich, (Wallace D. Watles -1910) menegaskan bahawa prinsip paling utama sekali didalam usaha untuk menambah kekayaan material ialah:

BERSEDIA UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK DENGAN IKHLAS, TANPA MENGHARAPKAN BALASAN DARI ORANG YANG ANDA BERIKAN BANTUAN.

1**Mengapa begini ya? kerana didalam prinsip Fizik Kuantum, setiap pengaliran tenaga yang dikeluarkan pasti akan menerima pengaliran masuk semula seminimum 10 kali ganda.

Kajian ini mengenalpasti tentang hukum sebab dan akibat yang menunjukkan bahawa, sekiranya anda memberikan pertolongan/bantuan / sedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari orang yang anda bantu, :

2**Bantuan tetap akan datang kepada anda dari SUMBER LAIN ketika diri anda memerlukan bantuan.

Dari sini, kita dapat huraikan dengan lebih jauh lagi iaitu, jika kita memberikan bantuan dan sedekah dgn ikhlas (tanpa mengharapkan balasan), Hal ini akan menyelamatkan kita dari sikap MENGUNGKIT kerana kemungkinan apabila kita mendapat kesusahan dan perlukan pertolongan, orang yang pernah kita bantu dulu, juga tidak dapat memberikan bantuan kepada kita, mungkin lantaran ketidakmampuan, BUKAN kerana TIDAK MENGENANG BUDI.


Sekarang kita lihat pula pada prasa yang saya tandakan 1** iaitu:

~ Didalam prinsip Fizik Kuantum, setiap pengaliran tenaga yang dikeluarkan pasti akan menerima pengaliran masuk semula seminimum 10 kali ganda.

Kajian ini menyokong firman Allah :

“ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ”
(QS Al-Baqarah: 261)

Ayat diatas ini dapat kita huraikan dengan Hadis Nabi SAW:

Rasullullah s.a.w. telah bersabda:

“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah



Sekarang kita lihat pula pada prasa yang saya tandakan 2** iaitu:

Bantuan tetap akan datang kepada anda dari SUMBER LAIN ketika diri anda memerlukan bantuan.

Kajian ini menyokong firman Allah :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(QS At-Talaq : 2-3)


JOM KITA ...:)

bersambung ke LINK


Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]