Ahad, 24 Mac 2013

Kau ni dalam pantang ke demam?


Assalamualaikum..


Kadangkala ada rakan atau saudara mara yang datang kerumah bertandang dan bermalam dirumah saya. Bagi mereka yang tidak terlalu rapat dengan kehidupan peribadi saya, pasti ketika waktu hendak tidur tiba, akan terpacul soalan ini:

"Kau ni macam orang dalam pantang aje? atau "kau kenapa? demam ke?"

Soalan ini terjadi kerana melihat saya menyarungkan stoking dikaki saya ketika bersiap untuk tidur.

Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.

Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.

Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.

Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.

"c) Wearing socks and mittens to bed can also trick mind and body into getting better sleep. Socks and mittens widen blood vessels in hands and feet, a necessary step to inducing sleep, according to a Swiss study. In this study, researchers found that as the body prepares for sleep, the blood vessels in hands and feet dilate. This dilation precipitates the cooling of the blood as it flows through the open channels near the surface of the skin; when body temperatures fall, sleep automatically follows."
Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University's Feinberg School of Medicine, Chicago.



Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.

Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.

Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.

Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.

Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


CARA PEMAKAIAN

Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.

Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul.

Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.

Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.

Selamat mencuba. :)

Assalamualaikum






Jumaat, 22 Mac 2013

Surah An-Nas yang powerful utk diamalkan setiap hari


مِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.



Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’ yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.
.
Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
.
.
Fadhilat Surah An-Nas :
Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.
3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.
.
Daripada Aisyah r.ha. katanya :

“Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)
.
.
Surah An-Nas
Ayat Surah An-Nas pendek dan ringkas tetapi membawa makna yang mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah SWT sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.

Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT: ‘Rububiyah’, ‘Mulkiyah’ dan ‘Uluhiyah’.
Allah pengurus, Raja dan ‘Illah’ segala sesuatu. Semuanya adalah makhluk-Nya, di bawah kerajaan-Nya, dan mengabdi kepada-Nya. Oleh kerana itu, maka Allah memerintahkan kepada sesiapa saja agar memperlindungkan diri kepada Allah SWT yang mempunyai 3 sifat agung tadi, dari segala macam bisikan al-khannas, iaitu syaitan yang akan diwakilkan kepada manusia.

Surah An-Nas terdiri daripada enam ayat dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dimana bahagian yang pertama terdiri daripada ayat 1-3 yang memperkenalkan Allah SWT, manakala bahagian kedua pula merupakan hakikat syaitan pada ayat 4-6.
.
.
BAHAGIAN 1 : Memperkenalkan Allah SWT.

Dalam 3 ayat di bawah, Allah diperkenalkan melalui 3 identiti utama iaitu Rabb, Malik dan Illah. Jika diteliti dari ayat pertama hingga ketiga fokus utama diberi kepada makhluk bernama manusia…betapa jelasnya kasih sayang dan istimewanya manusia yang diciptakanNya.

Dengan ketiga sifat Allah inilah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam dan umatnya untuk memohon perlindungan hanya kepada-Nya dari keburukan was-was yang dihembuskan syaitan.

Sebuah pendidikan ‘Rabbani‘, bahawa semua yang makhluk Allah SWT adalah hamba yang lemah, perlukan pertolongan-Nya. Termasuk Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, Baginda adalah manusia biasa yang perlukan Allah SWT. Sehingga Baginda adalah hamba yang tidak boleh disembah, bukan tempat untuk meminta pertolongan dan perlindungan, dan bukan tempat bergantung.
.
.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

.
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاس

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. “
.
Allah sebagai ‘Rabb’ bermaksud Dia sebagai Maha Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Penguasa, Pengatur dan Pemberi Rezeki. Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai Tuhan yang menciptakan.
Surah ini dimulakan dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yang luas termasuk mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindungi. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah SWT dengan kita, Tuhan yang mengenali diri kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri.
Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah SWT yang rahmatnya tiada terbatas.
.
.
مَلِكِ ٱلنَّاسِ

2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
.
Perkataan ‘Al Malik’ bermakna Allah sebagai Raja (pemilik dari segala sesuatu yang ada di alam ini), yang Maha Memimpin, Menjaga, Menguasai dan Hakim (pengubal undang-undang) untuk manusia. Manusia tidak boleh mengambil undang-undang lain selain daripada undang-undang ciptaan-Nya.

Allah SWT sebagai Pemimpin, kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya seperti Raja dan rakyat, maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah Allah, kerajaan Allah bukan milik sesiapa. Negara ini (tanah yang kita duduki) bukan milik kita tapi milik Allah, Allah SWT telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya.
.
.
إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ

3. Tuhan yang disembah manusia.
.
Tuhan (Al Ilah) sembahan manusia pula mengandungi erti bahawa Allahlah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati, sebagai sumber pengharapan dan satu-satunya Zat yang berhak disembah dan diibadahi. Tidak ada pergantungan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah SWT.
.
Firman Allah SWT :

“Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.” (Surah at-Taubah ayat 31)

Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah ialah seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah SWT. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT semata-mata.
.
.
BAHAGIAN 2 : Hakikat Syaitan

Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yang tidak mengenal Tuhannya.

Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan kalimah-kalimah jahat serta melemparkan hasutan-hasutan pada hati manusia yang mudah alpa. Seterusnya manusia sendiri yang terpengaruh lalu melakukan kerosakan di dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati mereka yang tidak teguh imannya dan merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan.
.
.
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ

4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang biasa bersembunyi,
.
Makna ‘al was-was’ adalah bisikan, manakala ‘al khannas’ adalah yang betul-betul tersembunyi, samar dan ‘mundur’. (timbul tenggelam / pop-up)

Syaitan selalu mengbisikan hasutan-hasutan yang menyesatkan manusia ketika manusia leka dan lalai dari berzikir kepada Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya:

“Sesiapa yang berpaling (tidak mengendahkan) pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya). Maka jadilah syaitan itu teman karibnya.” (Az-Zukhruf: 36)
.
Adapun ketika seorang hamba berzikir kepada Allah SWT, maka syaitan bersifat ‘khannas’ iaitu ‘mundur’ dari perbuatan menyesatkan manusia. Sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan (Rabb)-nya.” (An-Nahl: 99)
.
.
ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ

5. Yang membisik (kejahatan) ke dalam dada manusia.
.
Syaitan selalu berupaya menghembuskan bisikan dan perasaan was-was kepada manusia. Mereka menghiasi kebatilan sedemikian indah dan menarik serta mengubah kebenaran dengan segala yang buruk sehingga seakan-akan yang batil itu nampak benar dan yang benar itu nampak batil.
.
Perangai syaitan ini telah bermula sejak dari zaman Nabi Adam dan isterinya, Hawa lagi. Sebagaimana dalam firman-Nya:

“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, dan syaitan berkata: “Tuhan-mu tidak melarang untuk mendekati pokok ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam al jannah / syurga)”.” (Al A’raf: 20)
.
Begitu juga kisah, ketika Rasulullah SAW sedang beri’tikaf. Shafiyyah bintu Huyay (salah seorang isteri Baginda shalallahu ‘alaihi wasallam) mengunjunginya pada malam hari. Setelah berbincang beberapa ketika, maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghantarkannya pulang ke kediamannya. Namun perjalanan kedua-duanya dilihat oleh dua orang Al Ansar. Kemudian syaitan menghembuskan ke dalam hati kedua-duanya perasaan was-was (curiga).

Rasulullah SAW melihat gelagat yang kurang baik dari kedua-duanya. Oleh kerana itu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengejarnya, seraya bersabda:

على رسلكما, إنها صفية بنت حيي فقالا: سبحان الله يارسول الله. فقال: إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم, وإني خشيت أن يقذف في قلوبكماشيئا, أوشرا.


“Tenanglah kamu berdua, dia adalah Shafiyyah bintu Huyay. Mereka berdua berkata: “Maha Suci Allah wahai Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan mengalir di tubuh bani Adam sesuai dengan aliran darah, dan aku pula bimbang dihembuskan kepada kamu sesuatu atau keburukan.” (HR Muslim no. 2175)
.
Demikianlah watak syaitan selalu menghembuskan bisikan-bisikan jahat ke dalam hati manusia. Apalagi Allah SWT dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam juga ada pendampingnya.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW bersabda:

ما منكم من أحد إلا قد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يارسول الله? قال: وإياي, إلا أن الله أعانني عليه فأسلم, فلا يأمرني إلابخير.

“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’ (pendamping) dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya: “Termasuk Tuan juga ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam (menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku melainkan kepada kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim:2814).
.
.
مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

6. Iaitu dari (golongan) jin dan manusia.
.
Seterusnya, Allah mengingatkan kita bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari golongan jin, bahkan di kalangan manusia pun boleh berperanan sebagai syaitan. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu seranah.
.
“Kaldai Nabi SAW telah terjatuh, lalu aku mengatakan, “celakalah syaitan” Lalu Nabi bersabda, “Janganlah kamu katakan ‘celakalah syaitan’ sebab jika kamu mengatakannya maka syaitan akan menjadi semakin besar tubuhnya dan mengatakan, ’Dengan kekuatanku, aku akan mengalahkannya.’ Namun, apabila kamu mengatakan ‘bismillah’, maka dia akan mengecil sehingga menjadi sekecil lalat.” (HR. Ahmad)
.
Hal ini juga dipertegaskan Allah SWT dalam Firman-Nya :

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari jenis syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia), dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” (Surah al-An’am ayat 112)
.
Firman Allah SWT :

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan). oleh sebab itu, perangilah pengikut-pengikut syaitan itu. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (Surah an-Nisa ayat 76)
Ayat di atas menerangkan bahawa syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah SWT menyebutkan kalimah thaghut. Berdasarkan ayat atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.
.
Maka salah satu jalan keluar dari bisikan dan godaan syaitan baik dari kalangan jin dan manusia adalah sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu hasutan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Al-Fushshilat: 36)
.
.
Penutup

Maka sudah sepatutnya bagi kita selalu memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Mengakui bahawa sesungguhnya seluruh makhluk berada di bawah tatacara dan kuasa-Nya. Semua kejadian ini terjadi atas kehendak-Nya. Dan tiada yang boleh memberikan pertolongan dan menolak mudarat kecuali atas kehendak-Nya pula.
Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan, perlindungan dan mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada-Nya.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Sumber pautan dari: Power Of Shifa

Cinta Itu Membutakan Mataku : OCD = BERCINTA?



Berapa kali kita selalu mendengar rintihan pasangan yang telah agak lama bercinta, (terutama bercinta dengan lama tapi masih belum bernikah), bahawa perhubungan mereka kini sering mengalami konflik, pergaduhan, salah faham dan tidak bahagia?

Kebanyakkan menjelaskan bahawa perhubungan mereka sudah tidak seindah tahun-tahun pertama perkenalan, yang mana segalanya adalah amat indah, menyeronokkan. Tapi setelah percintaan menghambat usia yang semakin panjang, perhubungan mula dirasakan tawar dan pudar?



Apakah ini kerana masalah sudah jemu, maka ada kehadiran orang ketiga, masalah sikap dan lain-lain? Ya, benar, terdapat kebenarannya bahawa manusia memang bersikap tidak pernah puas tetapi cepat muak / jemu.

Walaubagaimanapun, hal ini juga berkait rapat dengan perubahan-perubahan hormon dan kesan-kesan aktiviti otak yang mana kajian saintifik telah dibuat khusus untuk mengenal pasti apakah yang berlaku ketika manusia sedang bercinta.

"Kajian saintifik telah membuktikan bahawa 'bercinta' mempunyai kesan yang sama terhadap otak manusia sama seperti beberapa gangguan kecelaruan mental. Ujikaji Saintifik menggunakan imejan MRI telah menunjukkan 'bercinta' akan mengaktifkan fungsi beberapa bahagian dibahagian otak, sementara dimasa yang sama, 'bercinta' akan melemahkan beberapa fungsi bahagian didalam otak.

Bercinta akan memberikan kesan terhadap tahap dan keseimbangan beberapa bahagian neurotransmitter didalam otak dan kadar SEROTONIN akan menurun ketika pasangan yang bercinta berada didalam tahap awal percintaan"

~Dr. Lucy Brown,neuroscience professor.

DALAM KONTEKS OCD
Cecair neurotransmitter serotonin adalah berfungsi untuk membawa maklumat-maklumat dari deria untuk dibawa ke otak untuk tujuan pengesahan. Ketidakseimbangan/kekurangan cecair ini didalam saraf tubuh menyebabkan penyampaian maklumat tidak sampai secara menyeluruh ke otak manusia. Ada maklumat yang sampai dengan cara tersekat-sekat dan tidak lengkap. Inilah yang mengakibatkan penderita OCD mengalami pengulangan-pengulangan idea didalam mindanya akibat dari penyampaian maklumat yang cuba untuk terus menyampaikan maklumat sehingga lengkap. Hal ini TIDAK berlaku terhadap manusia normal yang mempunyai kadar cecair serotonin yang seimbang.


..............

Maka tidak hairanlah, ketika di awal usia percintaan, segala-galanya hanya nampak yang indah, menyeronokkan, kerana ketika ini, tahap serotonim pasangan ini semakin menurun dan membuatkan mereka seakan hilang 'kerasionalan' mereka.

Pepatah Inggris mengatakan: "People only see what they want to see". Ketika bercinta, pasangan mereka itulah 'yang terbaik', 'terhensem', 'tercantik' dan segala yang 'ter-ter' bagi mereka, kerana itulah perkara yang mereka inginkan dari impian percintaan mereka, iaitu memiliki pasangan yang 'ter-ter'.

Ketika itu mereka tidak akan nampak kelemahan dan keburukan serta kekurangan pasangan mereka, "People only see what they want to see". Ketika ini, tahap rasional mereka semakin menurun dan mindasepara sedar hanya akan membawa masuk input yang baik sahaja dari pasangan meraka.

Dalam kebanyakan kes, pasangan yg baru bercinta akan sentiasa ingin berkongsi keindahan percintaan mereka dengan rakan-rakan dan sering menceritakan betapa beruntungnya dia kerana memiliki pasangan mereka.

Apa yang berlaku ialah, neoutransmitter serotonim akan pulih dan seimbang semula dalam tempoh lebih kurang setahun dari itu, dan ketika ini tahap rasional mereka semakin pulih. Dan pada ketika inilah mereka kembali berpijak dibumi yang nyata, dan ketika itulah mereka mula menyedari beberapa aspek kekurangan atau kejelekan pasangan mereka, dan akhirnya kita dapat melihat ada pasangan yang mula terlibat dengan salah faham dan sebagainya.



Dan perkara inilah juga yang dialami oleh pesakit OCD iaitu kadar neotransmitter serotonim yang jauh rendah dari manusia normal, membuatkan mereka tidak dapat menghayati kerasionalan dalam membuat keputusan dan berfikir. Malangnya, apa yang hanya mereka nampak bukanlah yang indah-indah seperti dalam konteks percintaan, tetapi mereka hanya nampak atau dipenuhi perasaan bersalah, was-was dan ragu-ragu. Dan perkara ini sahaja yang berlegar dalam kehidupan mereka dan memberi kesan dalam segala apa jua aktiviti kehidupan mereka (bagi tahap yang kronik). Hingga ada yang akan hilang minat untuk melakukan apa jua.

Jika bercinta membuatkan seseorang itu hanya melihat apa yang indah pada pasangannya dan amat seronok menghayati perkara ini, Pesakit OCD pula hanya melihat perkara-perkara yang membuatkan dia resah, dan amat perit menghadapi perkara ini. tetapi puncanya adalah sama, iaitu tahap rasional yang menurun. Seolah tidak berpijak dibumi yang nyata.

Jika 'bercinta' seseorang itu hanya asik dan sentiasa teringat akan sidia, tersenyum sendirian dan membuat perkara-perkara yang mendekatkan diri dgn sidia, seperti kerap menelefon, sms, wassup, dan sebagainya, Pesakit OCD pula asik dan sentiasa melayan "cinta'nya iaitu idea-idea obsesi dan melakukan ritual-ritual kompulsif berulangkali.


Apa yang menyedihkan ialah, Pasangan yang bercinta akan kembali pulih kadar keseimbangan neurotransmitter serotonim mereka dalam tempoh lebih kurang setahun dan akan 'back to normal' dengan sendirinya.

Tetapi bagi pesakit OCD, perkara ini seumpama kecacatan kekal, sekiranya tidak mendapatkan perawatan yang khusus dan awal.

Lantaran ini juga, pesakit OCD akan mengalami keadaan yang pelik iaitu bahagia tapi perit dan teruk, apabila mereka pula yang bercinta. Mereka seolah ingin mengawal pasangan, terlalu mengambil berat yang berlebihan terhadap pasangan hingga membuatkan pasangan mereka BUKAN merasa dilindungi, tetapi dipantau. Saya sendiri telah membuat kesilapan @ kecacatan begini.

Serotonim yang juga dikenali sebagai 'Hormon Gembira' juga didapati mempunyai kadar yang tinggi didalam susu ibu. Oleh itu tidak hairanlah jika Islam menyarankan agar bayi diberikan susu ibu semaksimum 2 tahun sejak dari dilahirkan, untuk memastikan anak-anak memiliki kekuatan emosi yang kuat.

Firman Allah:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman : 14)

Tingkatkan kadar serotonim dalam tubuh anda.

10 CARA MENINGKATKAN KADAR SEROTONIM

*Food for thoughts: Mengapakah Allah SWT menyusun program (fitrah) begini terhadap tubuh manusia yang bercinta? ?...insyaAllah akan dibincangkan dengan lebih lanjut.


Wallahuaklam









Rabu, 20 Mac 2013

Yang Teringin atau Yang Perlu?

Assalamualaikum,


Katakankanlah, anda seorang ayah, atau seorang ibu. Tapi bukan ibu bapa yang biasa-biasa. Tetapi ibubapa yang benar-benar berwibawa, cerdik, brilliant, beriman, kaya dengan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat, juga kaya dengan harta benda dan sebagainya yang mana anda boleh dikategorikan sebagai ibubapa yang hebat.

Anda dikurniakan beberapa orang zuriat, dan ketika anak-anak anda sedang membesar dan mempelajari proses kehidupan, sudah tentu pelbagai macam permintaan yang diminta dari anak-anak anda.

Sebagai ibubapa yg hebat (seperti yg tertera diatas), anda juga sangat menyayangi anak-anak anda dengan kasih sayang yang TEPAT dan hanya inginkan kebahagian dan kejayaan mereka didunia dan akhirat.

Anda mampu mengadakan segala apa sahaja yang diminta oleh mereka. TETAPI:

Sebagai ibubapa yg hebat, apakah kerana perasaan sayang anda itu, anda akan memenuhi segala apa sahaja permintaan anak-anak anda tanpa memikirkan samada permintaan itu baik atau tidak kepada mereka?

Sebagai ibubapa yang memiliki pengetahuan luas dalam pelbagai bidang kehidupan dunia, sudah tentu anda akan memberikan perkara yang terbaik kepada mereka, dan perkara yang terbaik untuk mereka ialah:

SEGALA APA YANG DIPERLUKAN OLEH MEREKA UNTUK MENEMPUH KEHIDUPAN INI. BUKAN SEGALA APA YANG DIINGINKAN OLEH MEREKA.

Ini adalah kerana, sebagai anak-anak yang belum matang dan masih dalam proses pembelajaran, mereka tidak tahu sebenarnya apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk mereka. Mereka inginkan sesuatu itu mungkin kerana tertarik dengan apa yang mereka lihat, atau mungkin kerana hawa nafsu mereka dan sebagainya, tanpa mengetahui apakah risikonya jika mereka memiliki perkara yang diinginkan itu.

Berbanding dengan anda, (dengan kelebihan anda sebagai ibubapa yang hebat) anda benar-benar tahu apakah yg benar-benar mereka perlukan dan anda hanya memberikan segala apa yang anda TAHU ianyaPERLU(bukan anda hanya rasa-rasakan) untuk mereka, bagi menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.

Maka, kebarangkalian akan berlaku juga, permintaan dari anak-anak anda yang tidak anda penuhi kerana mengetahui perkara itu mendatangkan risiko yang tidak baik. Dan sepertimana biasa, sesekali anak anda akan akur, dan kadangkala merajuk, dan sebagai ibubapa hebat, sudah pasti anda tahu cara menangani perkara ini.

Ada juga kebarangkalian berlaku, dimana apa yang diinginkan oleh mereka, akan anda dapatkan untuk mereka, kerana dimasa yang sama, anda tahu perkara itu DIPERLUKAN oleh mereka. Jika ini berlaku, anak anda akan sangat gembira dan buat seketika, sebagai anak-anak, mereka menunjukkan sikap sangat sayang pada anda. Tetapi semua itu hanyalah perkara biasa bagi anda kerana anda adalah ibubapa yang hebat.


Sesekali, dalam beberapa kes, anda akan memenuhi juga permintaan mereka walaupun pada kali ini, anda tahu perkara yang diminta itu berisiko untuk mereka. TETAPI anda sengaja memberikan juga dengan tujuan supaya mereka belajar dan mendapat pengalaman apabila mereka mendapati keinginan mereka itu akhirnya tidak baik untuk diri mereka. Anda tahu, perkara yg diminta itu tidak baik, tetapi anda juga tahu, bahawa anak-anak anda PERLU untuk belajar sesuatu, maka lantaran itulah anda berikan juga apa yang diminta.


Sebahagian dari anak-anak anda ada yang semakin lama semakin matang dan mula mengadaptasi cara dan gaya anda, tetapi ada jua yang tidak berapa menjadi, malah gagal, lantaran tidak mahu menggunakan kreativiti pemikiran mereka.

Ini bukanlah bererti anda gagal mendidik mereka, tetapi mereka sendiri yang memilih jalan-jalan kehidupan mereka itu. Walaubagaimana sekali pun jua keadaan mereka, sebagai ibu-bapa yang hebat, anda tetap menyayangi dan sedia membantu mereka dengan ikhlas.


.......................................................................


Mengapakah panjang dan lebarnya kisah ibubapa hebat dan anak-anaknya saya coretkan pada artikel kali ini?


Sebenarnya, itu hanyalah sebagai perbandingan, yang saya cuba ketengahkan hanya bertujuan supaya kita dapat memahami dengan mudah akan perhubungan antara manusia dengan Penciptanya, iaitu Allah SWT dalam konteks permohonan doa.

Maksud Firman Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)


Dari ayat diatas kita boleh merenung kembali tentang apa yang telah saya tuliskan sebagai perbandingan diatas tadi iaitu:

Maka, kebarangkalian akan berlaku juga, permintaan dari anak-anak anda yang tidak anda penuhi kerana mengetahui perkara itu mendatangkan risiko yang tidak baik. Dan sepertimana biasa, sesekali anak anda akan akur, dan kadangkala merajuk, dan sebagai ibubapa hebat, sudah pasti anda tahu cara menangani perkara ini.

Ada juga kebarangkalian berlaku, dimana apa yang diinginkan oleh mereka, akan anda dapatkan untuk mereka, kerana dimasa yang sama, anda tahu perkara itu DIPERLUKAN oleh mereka. Jika ini berlaku, anak anda akan sangat gembira dan buat seketika, sebagai anak-anak, mereka menunjukkan sikap sangat sayang pada anda. Tetapi semua itu hanyalah perkara biasa bagi anda kerana anda adalah ibubapa yang hebat.


Ingatlah (terutama diri penulis) bahawa kehidupan kita ini selain dari mengejar kejayaan dunia, kita juga akan menempuh kehidupan kekal diakhirat.

Oleh yang demikian, renung-renungkanlah dalam diri kita, sejauh kehidupan yg telah kita lalui setakat ini, adakah selama ini kita mengejar dan berdoa meminta apa yang kita TERINGIN (yg lebih berbaur nafsu semata) atau kita sepatutnya berdoa dan berusaha untuk memiliki perkara-perkara yang kita PERLUKAN.




Jika, anda pernah membaca artikel "Another Puzzle Solved", diakhir perbincangan, Ustaz haikal ada mengatakan:

"Maka begitu jugalah halnya dengan sesiapa sahaja yang putus cinta dan sebagainya; sebab itulah selalu dinasihatkan supaya "bersabar, ada hikmah disebaliknya". Tetapi rata-rata orang kita tak mahu terima nasihat macam ni, malah marahkan takdir, 'takdir kejam' dan lain-lain. Sedangkan sebenarnya Allah telah menyelamatkan mereka dari bersama dengan orang-orang yang tak sekufu dengan mereka, bertujuan memberikan hanya yang terbaik untuk mereka......


Mungkin bagi mereka yang belum berapa hadam atau 'familiar' pengaplikasian Hukum Tarikan dan juga dengan perbincangan-perbincangan didalam blog ini yang menjurus kepada frekuensi-frekuensi negatif dan positif dalam perhubungan, mungkin sukar untuk memahami secara tepat.

Kadangkala sebagai manusia,kita telah terbiasa terbawa-bawa dengan gaya pemikiran Negatif dan Penuh Dendam (walau tanpa mereka sedari sebenarnya mereka menyimpan dendam), maka akan berlaku sikap prejudis terhadap seseuatu perkara.

Sebagai contoh, seseorang wanita yang terluka hatinya oleh seorang lelaki, akan prejudis dimasa depannya kepada segala tindakannya yang menjurus pada perhubungan dengan lelaki. Tak mustahil jika semua lelaki akan dipandangnya 'jahat dan curang' dan pantang ada peluang, dia akan menunjukkan kemarahannya itu tidak mengira tempat kerana telah berada benar-benar dalam posisi frekuensi negatif. Dia ingin dunia tahu, hatinya dilukai dan dia sangat marah kepada keadaan ini. Hidupnya penuh dengan kemarahan dan dendam tanpa dia sedari. Walau pada kehidupan luarannya dia nampak seolah-olah seseorang yang solehah, kata-katanya sentiasa berciri-cirikan Al-Quran dan Hadis, tetapi semua itu hanyalah untuk menutup kemarahannya yang tersimpan dalam lubuk hatinya.

Begitu juga disebaliknya jika seseorang lelaki mengalaminya, mungkin tindakan yang diambilnya setelah mengalami sesuatu kegagalan itu bersifat lebih kejam.

Segala ini berlaku apabila kita tidak MEMAHAMI atau TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN antra perkara yang kita PERLU dan PERKARA YG KITA TERINGIN. Hanya jiwa yang memahami apa itu redha, sabar dan ikhlas sahaja akan dapat menghayatinya.

Masalah orang kita ialah mempunyai penyakit: AKU NAK YANG TU JUGAK!! @ Aku Nak Dia Jugak! @ Aku Tak Mampu Hidup Tanpa Dia! @ Dia Telah Mencuri Hatiku, Aku Tak Mungkin Mampu Melupakan Dia! @ Dia Tercipta Untukku - (How you know ha? Are you God Who create him?)

Walaupun kadangkala secara jelas sebenarnya, melalui pelbagai cara, Allah SWT telah pun menunjukkan bahawa YANG TU JUGAK itu TIDAK DIPERLUKAN oleh dirinya. Tetapi, kelemahan manusia, hati yang dikaburi oleh samaada NAFSU ,KEMARAHAN, atau RASA PUTUS ASA atau Perasaan Cinta Tanpa Berdasarkan Keimanan tidak akan dapat memahami isyarat dariNya.

Jalan terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan cara MENGHAYATI DENGAN IKHLAS bahawa perkara yg berlaku itu adalah kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang kita PERLUKAN.

Renung-renungkanlah wahai minda, apakah kita akan terus menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain atas keperitan yang kita alami, sedangkan Allah SWT telah berfirman:


Maksud Ayat:

“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.

(An Nisa' : 79)

SILA RUJUK "SIAPAKAH PUNCA MASAALAH" UNTUK MEMAHAMI DENGAN LEBIH LANJUT


Wallahuaklam

~arjunasetia~

"Bukan semua keinginan dan impian kita akan dapat kita miliki tepat seperti yang kita harapkan, TETAPI kita pasti akan memiliki segala apa yang kita PERLUKAN. Segala apa yang kita perlukan itu termasuklah juga KESAKITAN dan KEPEDIHAN sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit"


Selasa, 19 Mac 2013

Cash Flow / Aliran Tunai

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan. (Con't 2)- CASH FLOW

sambungan dari LINK

Assalamualaikum,


Jom kita buat eksperimen mudah

1. Mari kita masuk ke salah sebuah bilik yang ada dalam rumah kita.

2. Tutup pintu bilik dengan rapat dan kemas. Tutup pintu tandas (jika bilik yg ada bathroom attachment) dan apa jua yang boleh ditutup.

3. Jangan buka kipas angin atau penghawa dingin anda dan kemudian buka tingkap bilik itu.

4. Cuba duduk berehat dalam bilik itu selama setengah jam.

Adakah anda dapat merasakan suhu bilik semakin panas? Walaupun tingkap dibuka dengan luas.

Sekarang buka/switch-onn kipas bilik (bukan penghawa dingin). Adakah angin dari kipas itu membawakan udara segar atau hanya udara panas yg tidak menyelesakan?

Hal ini berlaku kerana udara didalam bilik tidak mengalir keluar masuk mengikut tingkap anda, oleh itu kipas angin hanyalah memutarkan udara yang sama.

Nah, sekarang buka pintu bilik anda dan perhatikan apa yang berlaku.

Kita dapat merasakan kehadiran udara dari luar rumah mula masuk kedalam bilik melalui tingkap tadi kerana kini sudah ada aliran keluar masuk untuk udara bergerak iaitu dari arah pintu yang sudah dibuka. Sedut nafas anda dan kita dapat merasakan udara segar yang nyaman.

Apa yang cuba saya tunjukkan disini ialah, perkara ini boleh kita kaitkan juga dengan keadaan aliran tunai/ harta yang kita miliki.

Seandainya kita tidak membuka jalan untuk mengeluarkan perbelanjaan dari harta yang kita miliki kepada jalan kebajikan (dengan ertikata lain: Kedekut, bakhil dan hanya bercita-cita untuk mengumpulkan/ melonggokkan harta kekayaan), maka harta kita tidak akan bertambah, tidak berkat (umpama udara yang tidak menyelesakan tadi) dan makin berkurangan.

Didalam konteks kehidupan beragama, kita pasti sudah sedia mempelajari atau mendengar tentang kebaikan dan manfaat sedekah, derma serta membayar zakat (harta/tanaman/fitrah dll)

Memberi/bersedekah juga sebenarnya adalah sebagai salah satu jalan untuk BERSYUKUR. Iaitu dengan mensyukuri nikmat rezeki yang diterima dengan jalan bersedekah.

Maksud firman Allah:

Ini adalah kurniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan SESIAPA YG BERSYUKUR MAKA FAEDAHNYA AKAN KEMBALI KEPADA DIRINYA SENDIRI dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah.
(An-Naml-40)

Dari segi hukum fizik kuantum, rezeki dimengertikan sebagai salah satu tenaga yang mempunyai frekuensi. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri. Bagaimanakah tenaga dalam bentuk rezeki ini dapat mengalir keluar masuk dalam kehidupan seseorang itu, ANDAInya jalan masuk untuk pengalirannya ditutup. Ianya akan masuk tetapi tidak dapat keluar untuk membuat pengaliran semula. Ada yang dapat tembus keluar, tetapi jumlahnya sedikit dan hanya mampu membuat kitaran masuk semula dalam jumlah yang sedikit.

Pernah dengar orang utara berkata: Banyak keluaq, banyak masuk...

Maksud firman Allah:

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.
(Ibrahim, Ayat 31-34)

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).


.................

Jika kita masih berpendapat bahawa dengan mengeluarkan sebahagian dari harta yang kita miliki untuk jalan bersedekah hanya membuatkan harta kita berkurang, maka ini adalah pandangan yang telah lama ketinggalan zaman. Islam telah muncul 1500 tahun yg lalu dan mengajarkan perkara ini, DAN hari ini segala apa yang diajarkan tentang faedah dan ganjaran bersedekah/ memberi ini telah disokong oleh SAINS.

Duit dalam poket masih berkurangan? fikrkan apa yang sebenarnya ada dihadapan anda, YANG PERLU anda bantu. Cuba lihat, ada atau tidak kucing-kucing yang tak bertuan yang menumpang disekitar kawasan anda? Pernah anda tergerak hati memberikan makanan?

Ada selonggok sampah dihadapan rumah jiran yang dihuni oleh warga tua, anda boleh bantu membersihkannya. Bantuan tak semestinya dengan wang, tetapi juga dengan tenaga, atau berkongsi ilmu pengetahuan.

Sebuah senyuman juga adalah sedekah.



Didalam buku The Science Of Getting Rich, (Wallace D. Watles -1910) menegaskan bahawa prinsip paling utama sekali didalam usaha untuk menambah kekayaan material ialah:

BERSEDIA UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK DENGAN IKHLAS, TANPA MENGHARAPKAN BALASAN DARI ORANG YANG ANDA BERIKAN BANTUAN.

1**Mengapa begini ya? kerana didalam prinsip Fizik Kuantum, setiap pengaliran tenaga yang dikeluarkan pasti akan menerima pengaliran masuk semula seminimum 10 kali ganda.

Kajian ini mengenalpasti tentang hukum sebab dan akibat yang menunjukkan bahawa, sekiranya anda memberikan pertolongan/bantuan / sedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari orang yang anda bantu, :

2**Bantuan tetap akan datang kepada anda dari SUMBER LAIN ketika diri anda memerlukan bantuan.

Dari sini, kita dapat huraikan dengan lebih jauh lagi iaitu, jika kita memberikan bantuan dan sedekah dgn ikhlas (tanpa mengharapkan balasan), Hal ini akan menyelamatkan kita dari sikap MENGUNGKIT kerana kemungkinan apabila kita mendapat kesusahan dan perlukan pertolongan, orang yang pernah kita bantu dulu, juga tidak dapat memberikan bantuan kepada kita, mungkin lantaran ketidakmampuan, BUKAN kerana TIDAK MENGENANG BUDI.


Sekarang kita lihat pula pada prasa yang saya tandakan 1** iaitu:

~ Didalam prinsip Fizik Kuantum, setiap pengaliran tenaga yang dikeluarkan pasti akan menerima pengaliran masuk semula seminimum 10 kali ganda.

Kajian ini menyokong firman Allah :

“ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ”
(QS Al-Baqarah: 261)

Ayat diatas ini dapat kita huraikan dengan Hadis Nabi SAW:

Rasullullah s.a.w. telah bersabda:

“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah



Sekarang kita lihat pula pada prasa yang saya tandakan 2** iaitu:

Bantuan tetap akan datang kepada anda dari SUMBER LAIN ketika diri anda memerlukan bantuan.

Kajian ini menyokong firman Allah :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(QS At-Talaq : 2-3)


JOM KITA ...:)

bersambung ke LINK


Wallahuaklam

Ahad, 17 Mac 2013

Segmen "Bersama Pesakit OCD"


Nona TV3 17 Mac 2013

Terimakasih kepada TV3 dan wartawan Emmy Zalfarina Adenan yang sudi membuat research terhadap penyakit OCD.


‎"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

SILA KLIK LINK INI UNTUK VIDEO





"Bukan semua keinginan dan impian kita akan dapat kita miliki tepat seperti yang kita harapkan, TETAPI kita pasti akan memiliki segala apa yang kita PERLUKAN. Segala apa yang kita perlukan itu termasuklah juga KESAKITAN dan KEPEDIHAN sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit"

Sabtu, 16 Mac 2013

Cinta dari terma LOA

By: Hukum Tarikan dan Motivasi

Assalamulaikum, Salam Sejahtera.

Suda Terlalu lama saya membiarkan blog ini terbiar sahaja. Blog ini terbina kerana saya mendalami ilmu Hukum Tarikan yang mendalam dengan Seorang Guru.Tapi tidak sedalam mana semua saya akan bincangkan disini adalah asas dan mudah. Okay, mengenai Entry saya kali ini saya akan mengemukakan kes Cinta.

CINTA
Mengenai Cinta, Ramai yang berpatah hati apabila mereka bercinta dari menyayangi seseorang Kekasih. Untuk mendapatkan Cinta memang mudah atau mungkin mencabar. Pernah anda mendengar kawan,kakak,abang,adik atau sesiapa sahaja yang patah hati apabila kekasih yang mereka cintai itu pergi meninggalkan mereka atau berpaling kepada yang lain?.

Jika Ya, Mari kita lihat Apa penyebab berlaku itu.Dalam Buku The Secret Jika anda Berfikir Positif anda menarik yang positif,anda akan menerima tenaga positif dari sekeliling. Positif ini maksudnya anda senantiasa berfikiran positif dan jiwa yang murni. Ia perkara asas bukan?. Jadi saya sarankan anda berfikir semula tentang cinta anda dengan si dia. Tanya soalan ini kepada anda

Adakah aku bercinta merasa sangat risau atau negatif mengenai si Dia?

Adakah aku terlalu memikirkan keburukan ketika bercinta?dengan Si dia?

Adakah aku terlalu mengongkong si dia kerana terlalu cemburu?

Adakah aku Ketika bercinta mahu memberikan terbaik sehingga merimaskan si dia kerana takut si dia curang?

dan seterusnya anda cuba bertanya pelbagai soalan sehingga anda rasa PUAS hati dengan soalan yang anda berikan itu dan jawapan yang anda diberikan itu.Soalan dan jawapan semua terletak di tangan anda.
PUNCA
Secara umumnya Putus Cinta di pertengahan jalan berlaku apabila si pencinta itu terlalu melihat keburukan apabila mereka bersama atau menjalani Percintaan itu.

Contoh mudah, Apabila anda bercinta anda terlalu memberi persepsi atau tanggapan yang salah mengenai percintaan itu. Anda selalu berikan

"Macam mana kekasih aku sekarang adakah dia ada kekasih lain selain daripada aku?"
"Aku sayang dia..aku tengok dia macam tak sayang pada aku.."

dan pelbagai persoalan yang NEGATIF yang timbul di minda anda.Jika ini berlaku anda menarik tenaga Negatif menguasai atau BERKERAJAAN di minda anda. Dengan ini, Minda separa sedar anda akan menerima sahaja Program Baru anda itu dan Menrealisasikan kepada kehidupan sebenar. Jadi Salah Siapa sekarang ini?

Apa yang anda perlu lakukan ialah Kurangkan memberi Persoalan Negatif atau tidak langsung dan Memberikan lah Persoalan Yang Positif. Keyakinan perlu ada kerana jika keyakinan bergabung dengan Minda Positif ia memberi hasil yang Terbaik kepada diri anda.Keyakinan dapat dipupuk dengan memberi Perspektif baru dengan sudut yang Positif. Jadi cuba anda memandang Perspektif yang baru dengan sudut yang Positif mengenai Alam Percintaan anda.

Okay Setakat ini sahaja.
Saya akan mengulas lebih banyak lagi dengan Entry akan datang.
Assalammulaikum :)


Artikel ini adalah pautan dari: Hukum Tarikan dan Motivasi

Selasa, 12 Mac 2013

Aku, Wang

Haloo semua...

Perkenalkan namaku adalah WANG !!!

Masyarakat barat menyebutku MONEY...

Wajahku biasa saja, fizikalku juga lemah, namun aku mampu merombak sejarah dunia.

Aku juga "berupaya" mengubah perilaku bahkan sifat manusia kerana manusia menjadikan aku 'idola'

Ramai orang berubah kepribadiannya,­­­ mengkhianati teman, menjual tubuh, bahkan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tidak mengerti perbezaan orang baik dan jahat, tapi manusia menggunakan aku sebagai penentuan darjat, menentukan kaya miskin, terhormat atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi sering orang melakukan kekejian demi aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tapi ramai suami isteri berpisah kerana aku. Anak dan orang tua berselisih kerana aku.

Sangat jelas juga aku bukan Tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan.

Seharusnya aku melayani manusia, tapi kenapa manusia mahu menjadi hamba suruhanku?!

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang rela mati demi aku.

Perlu aku ingatkan, aku hanya berupaya menjadi alat membayar bil perubatan anda, tapi tidak mampu memanjangkan hidup anda.

Kalau suatu hari anda di panggil oleh Tuhan, aku tidak akan berupaya menemani anda, apatah lagi menjadi penebus dosa-dosa anda, anda harus menghadapi sendiri dengan Maha Pencipta lalu menerima penghakimanNya­...

Saat itu, Tuhan akan menghitung diri anda, APAKAH SELAMA HIDUP ANDA MENGUNAKAN aku dgn baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai TUHAN?

Ini informasi terakhirku: Aku TIDAK ADA DI SYURGA! Jadi jangan cari aku disana ya.



Diadaptasi dari www.facebook.com/Khaznah.co.id

Jumaat, 1 Mac 2013

Pengajian The Matrix - Bahagian 5

SAMBUNGAN DARI LINK




“We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey”

(Stephen R. Covey)

Di dalam dunia yang kita berhidup sekarang,sebenarnya…adalah salah satu dari berinfiniti alam yang tercipta sebagai makhluk Tuhan.Alam ini,di mana manusia dapat merasainya dengan semua derianya adalah dinamakan Alam Nasut dalam istilah Tasawuf,di mana alam ini juga tidak diketahui anggaran dan ukurannya keluasannya.Dari sebesar-besar semesta yang gelap gelita dengan segala galaksi dan dimensinya,hingga sekecil-kecil jasad;elektron,proton,bozon,quark hingga ke zarah-zarah mikron yang kini sedang dipecahkan di makmal CERN,sesungguhnya akal manusia yang dikatakan lebih hebat dari superkomputer ini juga tidak mampu untuk mengagak betapa luas dan hebatnya alamnya sendiri,Alam Nasut ciptaan Rabbul Izzati,apatah lagi untuk membicarakan alam Malakut.

Kita tidak tahu untuk apakah alam ini diciptakan sehebat-hebatnya.Pernahkah kita bertanya ke dalam hati kita,pada malam yang gelap ketika merenung luas langit yang ditaburi bintang-bintang,untuk apakah semua ini dicipta?Untuk apakah Alam Nasut ini dicipta hanya untuk menempatkan manusia yang lemah ini berserta haiwan-haiwan bagi kegunaan mereka?Mengapa alam yang sebegini luas dibina hanya untuk memuatkan bumi manusia yang di dalamnya para manusia sibuk berperang,bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri?ADA RAHSIA DI SINI.Jika kita memahami konsep mikro dan makro dalam diri manusia itu sendiri,kita akan dapat memahami mengapa alam sebegini luas,hanya dicipta buat manusia yang lemah dan bodoh ini.

Jika kita dapat memahami Alam Nasut ini,barulah kita dapat bercerita tentang Matrix yang lebih tinggi darinya.Barulah kita dapat memahami mengapa Tuhan menciptakan alam-alam yang lain seperti Alam Jabarut,Malakut dan Lahut.

Matrix Lebih Tinggi



“Maha suci Allah dari bertempat atau bergerak atau berpindah-randah”
(Sirus Salikin)

Di dalam perbahasan Matrix sebelum ini,kita tahu bahawa prinsip pertama untuk memahami Matrix adalah:

Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,tiada Matrix.

Entiti fizikal kita tidak akan mampu mengetahui apa yang diluar Matrix yang kita tinggal sekarang,tetapi entiti spiritual kita yang membolehkan kita tahu apa yang berlaku di luar Matrix.Akal manusia tidak akan dapat menjangkaunya walaupun 100 Albert Einstein dikumpulkan dan dikerah untuk mencipta mesin yang mampu menembusi Matrix manusia ini (Alam Nasut).Hanya rohani yang kuat dan tepat dapat mengetahui kewujudan Matrix selain Matrix manusia.INILAH PERBEZAAN ANTARA AKAL DAN ROHANI.Sejak beribu-ribu tahun dahulu,para petapa,ahli agama,orang suci,rahib,biarawan dan para sufi cuba untuk mengungkapkan Matrix diluar mereka.SEBENARNYA manusia tidak akan pernah tahu berita-berita tentang Matrix diluar mereka jika tidak diberitahu.Siapakah yang mempunyai pengetahuan peringkat tinggi ini,di mana tidak ada ilmu sains yang mampu mencapainya??Tidak lain tidak bukan adalah para Nabi-nabi dan Rasul-rasul.Mereka adalah para manusia yang terpilih,yang mendapat wahyu,iaitu berita-berita dari TUHAN,yang berada DI LUAR MATRIX,atau lebih tepat lagi YANG TIDAK BERGANTUNG dengan apa-apa MATRIX.

“Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan”.
(AlQuran 35:24)

Jika kita menganggap bahawa para nabi-nabi itu diturunkan kepada orang-orang Yahudi,Arab dan sejenis dengan mereka sahaja,maka pandangan ini adalah amat silap.Memang benar para Rasul (terutamanya 25 Rasul dalam AlQuran) kebanyakannya diturunkan di kawasan Timur Tengah,tetapi adakah jumlah para nabi yang menjangkau beribu-ribu itu semuanya tinggal di Tanah Arab dan Kanaan??TIDAK SAMA SEKALI.Para nabi diturunkan kepada pelbagai kaum dan bangsa,cuma adakah bangsa tersebut menerimanya atau tidak.Adakah bangsa dan kaum itu mendengar kata-kata ‘orang suci’ ini atau meremehkannya dan tidak mempedulikannya.Sesetengahnya pula menokoktambah cerita-cerita orang suci ini mengikut kepercayaan animisme mereka sendiri.Setengahnya pula amat mengkagumi ‘cerita-ceriti’ orang suci ini sehingga menjadikannya idola dan sembahan.INGAT!Tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.




Dari sini asalnya pengetahuan tentang Matrix sampai kepada semua bangsa dan kaum.Jika tidak diturunkan para nabi-nabi ini,sudah tentu manusia akan bertuhankan nafsu dan melihat Matrix ini melalui kacamata nafsu dan akal semata.Manusia tidak akan tahu untuk apa dia diciptakan,tujuan hidupnya dan ke mana dia akan pergi selepas mati.Akal sahaja tidak akan berguna jika tiada kekuatan rohani atau spiritual.Akal cuma bertindak MELALUI DERIA-DERIA sahaja.Deria-deria ini bertindak sebagai sensor untuk memberikan input-input kepada akal manusia untuk diprosesnya.Jadi akal hanya tahu APA YANG DI DALAM MATRIX sahaja.Di luar Matrix,tidak akan disentuh dan dijangkau oleh akal,kerana deria-deria tidak dapat mengesan entiti di luar Matrix.

Terdapat satu cara,di mana manusia dapat merasai ia satu keganjilan tetapi tidak dapat mengungkapkannya.Dari sini manusia tahu bahawa alam ini bukan hanya sepertinya ini.ADA RAHSIA LAIN.

Pengalaman-pengalaman manusia berhadapan dengan perkara-perkara paranormal,’anomalies’ dan mistik,menjelaskan kepada manusia bahawa terdapat entiti lain yang sukar untuk dijelaskan,sama-sama berhidup di dalam Matrix ini.Entiti ini,majoritinya menimbulkan ketakutan kepada manusia kerana kewujudannya menyalahi hukum akal manusia.APA JUA PERKARA YANG MENYALAHI HUKUM AKAL,AKAL AKAN MELIHAT IA SESUATU YANG LUARBIASA.Ini dinamakan ‘bug’ dalam terminologi Matrix.

‘Bug’ yang terlalu banyak akan mengakibatkan ‘overflow’ dan lama-kelamaan sistem pemikiran manusia akan ‘hang’.



Perkara-perkara ghaib,mistik dan seumpamanya akan dianggap oleh akal bahawa luarbiasa dan ia tidak mampu menjelaskannya,atau dengan lebih saintifik,akal manusia tidak dapat memproses data-data dari kategori ‘mistik’ dan ‘ghaib’ ini.Apabila akalnya tidak dapat menjelaskan paranormal ini,manusia akan mengeluarkan satu aura hormon yang dinamakan ‘KETAKUTAN’.Terma yang lebih tepat dalam bahasa Melayu adalah ‘seram’.Perasaan takut akan mengeluarkan aura tertentu yang tidak dirasai oleh deria manusia tetapi dapat dihidu dan dirasai oleh ‘entiti’ lain.Contoh yang paling popular adalah anjing.Kajian saintifik mendapati anjing dapat mengesan sejenis ‘bau’ yang dikeluarkan oleh manusia yang di dalam ketakutan.DARI SINI MANUSIA MENYEDARI TERDAPAT ENTITI LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MEREKA di dalam Matrix,tetapi tidak dapat dirasai oleh dera-deria mereka secara langsung.Syaitan,jin,hantu,devil,demon,asura,goblin dan bermacam-macam lagi nama yang diberikan kepada entiti ini.TERDAPAT RAHSIA DI SINI.

Adakah entiti-entiti ini tinggal di dalam Matrix lebih tinggi?Jika begitu,adakah kita dapat berhubung dengan Matrix lebih tinggi hanya dengan berhubung dengan entiti ini??DI SINI MANUSIA SELALU TERPERANGKAP!!

Parallel Universe



You’ve never used them before. Rest, Neo. The answers are coming.

(Morpheus -The Matrix)

Di dalam dunia Fizik,terdapat satu teori yang dapat menjelaskan keberadaan segala entiti yang dipanggil jin dan syaitan ini.Teori ini dikenali sebagai Parallel Universe,kesinambungan dari Superstring Theory.Mengikut teori ini,dunia yang kita duduki ini sebenarnya berada di dalam dimensi lebih besar.Istilahnya,dunia kita ‘terbungkus’ di dalam dimensi Matrix yang lain,yang lebih besar.Katakan kita berhidup di dalam 3 dimensi ruang.Dunia 3 dimensi ini pula terbungkus di dalam 4 dimensi ruang.Namun di dalam 4 dimensi ruang ini terdapat banyak lagi 3 dimensi ruang.Dan sudah tentu di dalam 5 dimensi ruang,terdapat banyak lagi 4 dimensi ruang di dalamnya.Jadi berbalik kepada dunia 4 dimensi ruang,terdapat banyak dunia 3 dimensi ruang di dalamnya.Walaubagaimanapun semua dunia 3 dimensi ruang ini tidak berhubung di antara satu sama lain.Dengan kata lain,entiti di dalam satu dunia 3 dimensi tidak dapat berhubung dengan entiti di dunia 3 dimensi yang lain secara langsung.Ini adalah maksud yang sederhana,sebagai permulaan.Selepas ini kita akan lanjutkan dengan perbahasan yang lebih kompleks tentang dunia MATRIX LEBIH TINGGI ini.

Inilah asas kepada apa yang dikatakan Dunia Yang Selari.Dengan kata lain terdapat dunia lain yang sama dimensi dengan kita tetapi deria kita tidak dapat menyentuhnya.Mengapa?Kerana terdapat satu konsep lain yang akan menerangkan mengapa dunia-dunia ini berkongsi hidup dan tempat tinggal dengan kita,tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat melihat mereka,menyentuh mereka atau mendengar mereka bercakap-cakap.Di dalam Parallel Universe,terdapat banyak dunia yang berkongsi dalam satu tingkat Matrix.Dunia-dunia ini berhidup dalam peraturan mereka yang tersendiri.Tidak diketahui berapakah jumlahnya dan apakah yang ada di dalamnya,tetapi setiap subMatrix ini sudah pasti memiliki format dan setup yang berbeza dari Matrix manusia,atau lebih tepat lagi Matrix di mana manusia dapat mengesan melalui derianya. SESUNGGUHNYA MANUSIA HIDUP DI DALAM MATRIX DERIANYA SAHAJA.Jika manusia melihat sehelai daun berwarna hijau,adakah entiti lain dari parallel world yang lain melihat daun itu dengan warna dan bentuk yang sama dengan manusia?ADAKAH DUNIA INI BENAR-BENAR SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH DERIA-DERIA KITA??Sebenarnya kita terkurung di dalam dunia deria kita sahaja.Orang yang terkurung di dalam dunia derianya,tidak akan dapat keluar dari Matrixnya.Dia akan tetap terkurung di dalam Matrix sehingga dikeluarkan secara ‘paksa’ di dalam Matrix ini setelah sampai masanya.

Apa akan jadi jika semua deria kita dicabut??Atau deria ini diganti dengan deria entiti yang tinggal di 4 dimensi ruang??Apakah yang akan kita lihat,dengar,hidu dan rasa ketika itu agaknya??INILAH HAKIKAT HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI.Segalanya permainan dan senda gurau semata.Tidak ada yang kekal,hanya Wajah-Nya yang kekal abadi.

Jadi adakah para Jin atau ‘hantu’ ini hidup dalam Matrix lebih tinggi??TIDAK SAMA SEKALI.Mereka hidup di dalam Matrix yang sama dengan kita,tetapi berselari di dalam dimensi Matrix ini.Inilah dia Parallel Universe.

Bagaimana entiti-entiti dalam dunia yang berselari ini dapat berhubung?

Untuk menjawab soalan ini,kita mesti tahu dulu prinsip asas Fizik Kuantum tentang entiti-entiti yang berlainan dimensi.Kita mesti mengetahui dahulu apakah yang dinamakan sebagai ‘dimensi’ dan ‘ruang’.Kita perlu tahu apakah perbezaan antara ‘Matrix’ dan ‘Dimensi’.Ini kerana soalan ini hanya boleh dijawab menerusi Kuantum Graviti,M-Theory dan Superstring Theory.

Buat permulaan kita belajar dahulu konsep asas dimensi.

Fizik asas ‘Dimensi’



“Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka”
(AlHaaqqah ayat 17)

Dimensi secara sederhana adalah bermaksud ukuran.Kita menafsirkan dunia ini berdasarkan ukuran-ukuran.Dunia ini lebih bermakna jika kita tahu bahawa bola pingpong lebih kecil dari bolasepak.Lebih bermakna jika kita tahu bahawa KLCC lebih tinggi dari Komtar.Lebih bermakna jika kita dapat mengkagumi kejelitaan Rozita Che Wan atau Cameron Diaz (namun ini agak abstrak).Berapa besar?Berapa tinggi?Berapa luas?Berapa panjang?Ini adalah asas kepada aplikasi Matematik.Kita gunakan Matematik untuk menerangkan dunia ini.Kita menjelaskan sebahagian dunia ini dengan angka-angka.

“dan yang genap dan yang ganjil”
(AlFajr ayat 3)

Jadi dimensi berkaitan dengan ukuran.Berapakah dimensi tapak rumah anda?Soalan ini bercakap tentang UKURAN.Ukuran adalah satu kuasa yang ada pada manusia untuk mengetahui perkara-perkara yang lain.Berapa besar dunia ini?Berapa kecil setiap hati nyamuk yang dikumpulkan dalam kisah Puteri Gunung Ledang?Berapakah Phase Margin,Gain Margin dan Frequency Response yang optimum untuk para jurutera jambatan Golden Gate di San Francisco merangka jambatan tersebut?Berapa lebar tapak kaki Sang Gedembai?Berapa lebar ‘misalignment’ yang dibenarkan dalam rekabentuk sebuah kapalangkasa ‘Shuttle’?

Panjang,tinggi,lebar,luas dan sebagainya adalah komponen dimensi.Semua konotasi ini membentuk ukuran ruang kita.DAN MENJELASKAN GAMBARAN SEBENAR RUANG YANG KITA TINGGAL DI DALAMNYA.Bagaimana sebenarnya rupa ruang yang kita tinggal ini?Kita mulakan dengan tingkatan dimensi.

1 Dimensi:Hanyalah satu garisan panjang.Garisan ini tidak tertutup,maknanya jika ada dua garisan selari,ia tidak bercantum dikedua-dua hujung.Pada satu garisan,komponen yang jelas adalah PANJANG.

2 Dimensi:Garisan tertutup (close-loop).Bayangkan sebuah bulatan,atau sebuah segiempat sama.Pada segiempat sama kita dapati ada dua komponen iaitu PANJANG dan LEBAR.

3 Dimensi:Garisan tertutup dengan titik pandangan (point of view).Bayangkan segiempat sama tadi menjadi berbongkah.Kita akan dapati 3 komponen dimensi iaitu PANJANG,LEBAR dan DALAM.

4 Dimensi:3 Dimensi ruang dan 1 Dimensi masa.



Sampai di sini ilmu dimensi dapat diterangkan dengan bahasa yang sederhana.Tambahan pula Fizik asas menjelaskan manusia hidup dalam ruang 4 dimensi sebenarnya (3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa),dengan kata lain ruang yang bergerak dalam satu garis masa yang abstrak.Adakah terdapat 7 dimensi ruang dan 1 dimensi masa?ADA,tetapi penglihatan dan neuron otak tidak dapat menafsir bentuk yang terdapat dalam 7 dimensi ruang ini.Terlampau kompleks.Objek 7 dimensi ruang hanya terkumpul di belakang titik buta tanpa diserap oleh cahaya supaya dibawa ke otak untuk ditafsirkan.

Ini adalah Fizik paling asas untuk menerangkan dunia fizikal kita.Namun untuk menerangkan lebih jelas lagi,kita perlukan Fizik Kuantum.

“Fizik Kuantum adalah ilmu yang cuba untuk menerangkan dunia ghaib secara saintifik”
(anonymous)

Di dalam dimensi asas ini manusia cuba untuk memikirkan banyak perkara.Salah satunya cahaya.Cahaya telah lama menarik minat manusia untuk mengkaji alam ini.Apakah yang menjadikan cahaya?Adakah ia mempunyai berat?Adakah ia berjisim?

“Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)”
(Hadis Nabi diriwayatkan oleh Muslim)

Ini membuka persoalan yang lebih besar,adakah kita boleh menyeberang ke dimensi lain??

Terminologi

Dimensi:Ukuran.Dimensi adalah cara manusia menerangkan dunia fizikal yang ditempatinya.Melalui dimensi juga manusia dapat mengetahui keadaan sebenar konsep ruang dan masa.Dimensi hanya sah di dalam Matrix sahaja.Di luar Matrix,tiada dimensi.



Bug:Merupakan satu pincangtugas di dalam pemprosesan data yang dihantar ke CPU micro.Dalam kes ini minda manusia.Ini terjadi apabila data yang terkumpul di dalam pangkalan data tidak dapat mengeluarkan maklumat seperti dicari atau sepadan dengan persoalan atau data yang diminta.Proses ini akan berulang-ulang dalam ‘loop’ yang jika tidak dikawal akan menyebabkan ‘overflow’.

Overflow:Lambakan aliran tugas.Apabila tugas yang berulang-ulang masuk manakala tugas lama tidak sempat diselesaikan maka terjadilah fenomena ‘overflow’.Ini samalah teknik DoS (Denied on Service) yang digunakan oleh para ‘hacker’ bagi menggodam atau memusnahkan sesuatu sistem.Ini akan mengakibatkan sistem tergendala (hang).Dalam situasi manusia,apabila sesuatu fenomena tidak dapat diterangkan oleh akal mereka,maka mereka akan panik dan hairan.JIka fenomena itu seperti memprovok mangsa,maka aura ‘seram’ atau ketakutan akan timbul.Ini adalah kesan dari ‘DoS’ tadi.Pada skrin komputer mungkin akan tertera Blue Screen of Death.



Parallel Universe:Dunia yang berselari.Dalam ‘Parallel Universe’ dunia yang berselari ini mungkin akan menindan antara satu sama lain.Dalam Fizik Kuantum,alam-alam di dalam ‘Parallel Universe’ berhubung dengan perantaraan TENAGA.Dalam String Theory bergabung dengan Mekanik Kuantum,alam-alam ini dapat berhubung melalui membran yang sama,jika ‘string’ yang lain dapat ‘terbang’ dan melekat dalam satu membran.Dalam Graviti Kuantum bergabung dengan Elektromagnetik Kuantum,mungkin terdapat daya Foton atau Graviton yang menyokong perhubungan antara partikel.



---------------------------------------------------------------------------------



Adakah anda dapat memahami rahsia Matrix dengan lebih mendalam setakat ini?Tidak mengapa,adakalanya kenyataan adalah teramat sukar untuk difahami dari kepalsuan.

“This is the nature of the universe. We struggle against it, we fight to deny it, but it is of course pretense, it is a lie. Beneath our poised appearance, the truth is we are completely out of control”
(Merovingian -Matrix Reloaded)

Walau apapun caranya anda telah termasuk ke dalam ‘lubang sang arnab’ ini. MASA AMAT MENCEMBURUI KITA.Sila ambil tempat duduk anda.

Pil yang anda ambil tadi adalah sebahagian dari program pencari.Ia direka untuk menganggu isyarat pembawa input/output anda,jadi kami dapat menjejak lokasi anda.

LIHAT SINI.

Adakah anda pernah bermimpi,di mana anda merasakan ia benar-benar terjadi?Bagaimana jika anda tidak bangkit dari mimpi itu?Bagaimana anda dapat membezakan antara dunia mimpi dan dunia sebenar?

WELCOME TO THE REAL WORLD


Bersambung ke LINK

Sumber: MISTISFILES

OCD/Was-was Updated 3 ~ SIL KHANNAS!

sambungan dari artikel lalu

SIL KHANNAS!


Bismillahirrahmanirrahim


Dari perbincangan dalam artikel lalu, (OCD/Was-was Update 2 ~ Pop-up Syaitanirrojim) kita telah memahami apakah 3 kategori utama simptom OCD yang telah disimpulkan melalui kajian pakar psikiatrik dan bagaimana ketiga-tiga kategori disebutkan didalam Al-Qur'an dan betapa kesinambungannya (perfect match) antara fakta sains dan juga firman Allah.

Kita juga telah memahami apakah itu Pop-up Syaitan yang direjam yang datang secara tiba-tiba tidak kira masa didalam pemikiran dan hati penderita OCD.

Persoalannya:

Bagaimanakah kehadiran pop-up ini dirasakan umpama suara hati kita sendiri hingga amat mempengaruhi, menakutkan, merisaukan dan membuatkan kita terpaksa membuat tindakan perilaku kompulsif bagi 'membetulkan' keadaan yang berlaku itu?


Didalam surah An-Nas (Manusia), Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya:


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.


[2] “Yang Menguasai sekalian manusia,


[3] “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,


[4] “Dari kejahatan pembisik yang menghasut yang timbul tenggelam (tersembunyi), -


[5] “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -


[6] “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


(QS Annas(114): 1-6)


a. Perhatikan dan cuba fahami dengan terperinci pada ayat ke 4, Allah memberitahu bahawa mohonlah perlindunganNya dari " kejahatan pembisik yang menghasut yang timbul tenggelam (tersembunyi)"

Maksudnya disini, telah jelas dan terang bahawa makhluk jahat yang membisikkan kejahatan ini menggunakan kaedah 'timbul tenggelam' iaitu Pop-Up (umpama pop-up skrin di laptop anda yang timbul dan tenggelam), dan disamping itu dia bersembunyi sambil melontarkan bisikan ini.

b. Dimanakan pop-up itu dilontarkan? Lihat ayat ke 5 ~ " Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia".. bermakna pop-up ini dilontarkan didalam hati manusia (kalbu/jiwa) termasuk pemikiran.


Bagaimanakah ianya boleh berlaku?

Rujuk semula artikel OCD/Was-was Update 1, dimana kita telah berbincang tentang kelemahan sistem saraf (nerve) dan ketidakseimbangan cecair neotransmitter yang dialami oleh penderita OCD. Maksudnya, melalui kelemahan manusia sebegini, ianya menjadi pintu masuk/ laluan mudah bagi makhluk ini untuk keluar masuk ke dalam bahagian saraf penyampaian maklumat manusia untuk melontarkan pop-upnya.

Dari Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah (sistem nerve)’.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)


Kaedah yang digunakan oleh syaitan

Setiap manusia memiliki suara hati atau suara dalam yang tersendiri. Hanya kita sendiri yang mengetahui dan mengenali suara dalaman kita sendiri. Ini berlaku ketika kita sedang berfikir, bercakap didalam hati secara bersendirian, DIMANA: setiap suara dalaman kita ini mempunyai getaran frekuensi yang tersendiri.


Apa yang berlaku ialah, akibat kelemahan sistem saraf dan ketidakseimbangan neotransmitter penderita OCD, yang menyebabkan menjadi laluan mudah untuk syaitan keluar masuk tadi, maka syaitan telah berjaya mengenal pasti bacaan dan ukuran getaran frekuensi suara dalaman kita.

Seterusnya, makhluk ini menyamakan/ membuat persamaan / simulasi frekuensi getaran suara mereka dengan getaran suara dalaman manusia, dan membuat bisikan-bisikan hasutan yang mempunyai getaran dan frekuensi yang sama dengan suara dalaman/ suara hati manusia ini dan melontarkan pop-up.



Inilah yang mengakibatkan penderita OCD merasakan bahawa idea-idea obsesif ini datangnya dari mereka sendiri, sedangkan hakikat yang sebenarnya, ianya adalah hasil perbuatan syaitan yang direjam.

*artikel ini disesuaikan dari video Curing OCD in 3 Steps oleh Dr. Zaid Muhammad Ghazzawi - www.quran-miracle.com

-bersambung
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]