Ahad, 3 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Intro

Filem The Matrix mula ditayangkan pada tahun 1999 oleh Wachowski Brothers dengan pelakon utamanya Keanu Reeves. Diikuti dengan sambungannya The Matrix - Reloaded dan The Matrix - Revolution.

The Matrix bukan sekadar filem, terdapat maksud tersirat disebaliknya, melangkaui kepercayaan pelbagai agama khasnya Islam, dimana para orientalis banyak belajar dari falsafah Tasawuf (Sufism mengikut terminologi Barat) untuk mengetahui rahsia alam ini. Pengetahuan Matrix terbahagi kepada dua; dari Allah S.W.T kepada para malaikat seterusnya para Kekasih-Nya (khasnya Nabi Muhammad S.A.W) hingga kepada insan-insan beriman dan yang kedua, Izazil (Iblis) menurun kepada syaitan, Dajal dan seterusnya kepada Secret Societies. Izazil pula belajar tentang Matrix ketika dia menjadi Ketua Malaikat dari The Source, Allah Rabbul Izzati. Nabi Adam A.S pula setelah diciptakan turut belajar silibus Matrix dengan codename: 'NAMA-NAMA' (sila rujuk Al-Quran). The Matrix adalah kisah pencarian makhluk Tuhan bernama manusia kepada asal-usul dirinya, di mana sebenarnya dia berada, ke mana dia akan pergi dan kepada siapa dia akan kembali.




PERINGATAN!

Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Anda sebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang anda rasa mengganggu ketenteraman anda, anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.

Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkan SETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinya sahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atau ajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialah BERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atau habis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumi yang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sfera setelah pengetahuan sains semakin maju.

Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahan kesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahun akan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,anda dialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akan menyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca 'menegur' SECARA MEMBINA kesalahan itu.


BERSAMBUNG KE LINK


Sumber: MISTISFILES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]