Isnin, 18 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Bahagian 3

SAMBUNGAN DARI LINK


Artikel di bawah merujuk kepada Matrix manusia,iaitu Matrix di mana manusia hidup sekarang.



Ok, sekarang buka mata anda.

Lihat disekeliling anda

Apa yang anda lihat?

mungkin sebuah bilik,meja,kerusi,jam…

atau apa saja…



Bergeraklah ke luar,atau lihat melalui jendela…

Apa yang anda lihat?

Pohon,awan yang memutih,langit biru,burung-burung…(sekadar contoh, bergantung pada apa yang anda lihat sekarang)



Apakah semua ini?

Apa yang anda boleh takrifkan dengan apa yang anda lihat?

Dunia?Alam?Benda-benda?Lihat diri anda.

Lihat tangan anda.

Cubit tangan anda.

Adakah anda merasa sakit?Pergilah ke cermin.Tatap wajah anda.Adakah anda melihat diri anda di dalam cermin?

Semua yang anda lihat ini dan juga diri anda ini adalah ‘alam dunia’.Ini adalah istilah kepada model yang tradisional dan kontemporari.Ini adalah dunia nyata.Dunia yang anda lihat,anda dengar,anda hidu dan anda rasa.Ini adalah dunia realiti,dunia yang kita percaya ia wujud.Dunia yang kita percaya kita berada di dalamnya.

Apa yang menyebabkan kita PERCAYA ini adalah realiti?Mengapa kita katakan ia adalah realiti?Kerana ia nyata.

Wujud.

Ada.

“Ya, saya boleh lihat betapa birunya langit ini…ya warnanya biru”

“Oh…lembutnya kain langsir pada tingkap ini…dinding ini terasa kasar”

“Saya boleh bernafas,saya dapat merasakannya”

“What is real. How do you define real?” (Morpheus -The Matrix)

Jika kita boleh menjawab pertanyaan ini,kita akan melangkah lebih jauh ke dalam misteri ini.

Ini ada satu jigsaw puzzle.

Kita katakan semua ini adalah ‘real’ kerana kita ‘lihat’,kita ‘rasa’,kita ‘dengar’,kita ‘cium.Kita menakrifkan realiti melalui deria kita.Deria yang dibekalkan semenjak kita sadar keberadaan kita di alam dunia ini.Kita melihat melalui indra mata,kita dengar melalui indra telinga,kita cium melalui indra hidung,kita merasa dengan lidah dan kita menyentuh dengan deria pada kulit kita.KITA MENAKRIFKAN DUNIA INI BERDASARKAN INDRA-INDRA KITA.

Apa akan terjadi jika indra-indra ini tidak berfungsi?Ada rahsia penting di sini.

Kita ambil satu contoh, orang yang buta sejak lahir.Adakah dia dapat menakrifkan apakah itu warna hijau dengan tepat?Jika dia berkata “Oh ya…warna hijau seperti warna pada daun tumbuh-tumbuhan”.Nah,bagaimana dia tahu daun berwarna hijau?(bukan diberitahu oleh orang lain).Warna adalah paradoks yang hanya dapat diketahui oleh penglihatan.Kita tidak dapat menakrifkan bagaimanakah rupanya warna hijau itu selain mengaitkan dengan benda-benda.Inilah yang dinamakan RELATIF.Manusia selalu menggunakan konsep relatif (perkaitan) untuk menjelaskan apa jua takrifan yang dilihat atau diketahui dari derianya yang terbatas.

‘RELATIF’ ADALAH SATU KEMAHIRAN MANUSIA UNTUK MENJELASKAN SESUATU YANG TIDAK MAMPU UNTUK DIJELASKANNYA.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di sini.Jika ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan oleh manusia,dia kerap membuat perkaitan (relatif).Katakan anda berpeluang melihat komodo, selepas itu anda ditanya,”macam mana rupanya komodo itu?”.Kemungkinan besar anda akan menjawab begini,”Macam mana ya?Macam mana aku nak terangkan…oh ya,rupanya macam biawak,tapi besar.Ya…macam biawak yang besar”.Ataupun ayat klise ini,”Aku seperti pernah melihatnya…tapi di mana ya?”.

Konsep Relatif

Konsep relatif ini amat popular bila dikaitkan dengan Kisah Orang Buta dengan Gajah.Si buta yang memegang ekor akan membuat relatif;gajah seperti ular.Si buta yang memegang badan gajah membuat relatif;gajah seperti tembok atau dinding,dan seterusnya.Bagaimana akhir dari cerita ini?Bagaimana kesemua orang buta ini tahu gambaran sebenar seekor gajah?

APABILA SEMUA ‘RELATIF’ MEREKA DIGABUNGKAN MENJADI SATU.

Sejauh mana konsep relatif ini digunapakai oleh manusia?Selagi pengetahuan meningkat sedikit demi sedikit.Sesuatu yang belum mampu untuk dijelaskan oleh manusia,otak manusia akan automatik mencari item di dalam pangkalan datanya untuk dibuat relatif.Jika tidak dapat menemuinya,di sini…ya di sinilah manusia akan menganggap sesuatu itu aneh,ganjil dan luar biasa.Otak pun automatik akan menambahnya sebagai item baru ke dalam pangkalan datanya.Inilah proses pemikiran manusia,sentiasa bermain dengan relativiti di dalam Matrix dunia yang misteri ini.

Sejauh itu?

Tidak,tidak SETAKAT ITU…

Semua pernyataan di atas menerangkan satu rahsia yang berjalan di sebalik Matrix dunia ini.Ia ibarat ‘pandora box’ yang menunggu masa terbuka.

“I hate this place, this zoo, this prison, this reality, whatever you want to call it”.
(Agent Smith -The Matrix)

Manusia sebenarnya HIDUP DI ATAS RELATIF-RELATIF.Tanpa relatif,manusia tidak dapat membayangkan apakah dia dunia yang dilihatnya.Tanpa relatif,minda tidak dapat memproses maklumat dan data-data yang masuk ke dalamnya.Akhirnya manusia tidak dapat memahami apakah dunia ini,apakah benda yang dilihat,dirasa,dihidu,didengar atau disentuhnya.Manusia tadi akan menjadi gila.Kelakuannya akan menjadi tidak siuman dan akhirnya MATI DALAM KEADAAN KELIRU.

FIKIR…FIKIR…

Manusia yang pernah merasai nikmat kasih sayang,tiba-tiba dipukul,ditengking,dimalukan,dihina dan sebagainya akan merasa kurang nyaman.Dia akan merasa tergugat.Emosinya terganggu.Hormon-hormon di dalam badannya bertindakbalas…dan akhirnya air matanya tidak dapat ditahan lagi.

Dia pun menangis.

Manusia yang selama hidupnya sendirian.Sering disisihkan,dihina dan dilecehkan.Tiada siapa mempedulikan dia,malah diejek dan dipukul.Kebencian adalah dunianya apatah lagi kasih sayang…

Suatu hari seorang gadis misteri asyik merenungnya…

Dan si gadis pun menghadiahkan sesuatu yang dinamakan ‘CINTA’

Agaknya apa yang terjadi kepada manusia tadi?

Dia akan terasa seolah-olah mendapat ‘Pencerahan Agung’!

INILAH KUASA RELATIF

Kita tidak dapat merasai nikmatnya sebutir nasi,sehinggalah kemarau tiba dan tiada nasi untuk dimakan.Kita tidak sedar betapa nikmatnya gigi yang diciptakan sehinggalah gigi kita semuanya luruh.Kita tidak terasa pun nikmat tubuh badan yang sihat,sehingga kita jatuh sakit dan merengek-rengek kepada Tuhan:

“Tuhan,aku sakit…”

RELATIF ADALAH RAHSIA BAGAIMANA MINDA SEDAR BEKERJA.

Merelatifkan sesuatu adalah kemahiran (skill) yang digunakan oleh minda sedar kita.Ia adalah bahasa pengaturcaraan (programming language) kepada antaramuka (interface) minda sedar dan deria-deria.TANPA KEMAHIRAN INI MINDA SEDAR TIDAK DAPAT MEMAHAMI DERIA DAN MENGGUNAKAN DERIA.

“Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab : “kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.” (surah Al-Kahfi:19)

Titik kepada kewujudan konsep relatif ini terbongkar jika dua manusia melihat objek yang sama tetapi menjelaskannya dengan pandangan yang berbeza.Inilah dia yang dimaksudkan dalam Kisah Orang Buta dengan Gajah.

“Sekiranya benda yang sama boleh menjadi merah dan panas bagi sesetengah orang dan sebaliknya bagi setengah yang lain, ini bermakna bahawa kita adalah berada di bawah pengaruh kekeliruan dan ‘benda’ itu hanya wujud di dalam minda kita”. (George Berkeley)

Dari relatif manusia membina kemahiran lain yang dikenal sebagai PENGALAMAN.Pengalaman adalah gabungan dua atau lebih entiti relatif di dalam proses minda sedar manusia.Kesimpulannya,manusia hidup di dalam dunia relatif.Relatif adalah rahsia kewujudan Matrix di mana manusia berhidup sekarang.

“Untuk memahami struktur dan pergerakan alam semesta secara keseluruhan, maka kita harus memahami interaksi antara partikel. Penelitian ini akan menghubungkan kita kepada alam sub-atomik” (Fizik Kuantum)

Sejak beratus-ratus tahun yang lalu manusia mencari rahsia alam ini.Manusia mencari apakah benar bumi ini leper?Bagaimana sebenar dunia ini berbentuk?Mengapa kapal-kapal yang berlayar tidak jatuh di hujung dunia?Teks-teks kerohanian tertentu mengatakan bumi ini terletak di atas seekor lembu.Dalam kepercayaan yang lain pula,apabila terjadi gerhana matahari,mereka mengatakan seekor naga menelan matahari tadi.Adakah anda melihat ini sesuatu yang lucu?

SEBENARNYA MEREKA SEDANG MEMBUAT RELATIF-RELATIF.Itulah cara berfikir manusia.Mereka cuba hendak memahami fenomena yang terjadi di dunia ini.

MEREKA CUBA HENDAK MENERANGKAN APAKAH DIA DUNIA YANG MEREKA BERHIDUP SEKARANG.

Jadi sejauh manakah relatifnya dunia ini?

KESEMUANYA.Kesemuanya adalah relatif.Tiada satu pun yang dapat diterangkan oleh manusia yang lemah ini.Deria hanyalah alat (device) untuk menjana relatif-relatif.BUKAN MENJELASKAN HAKIKAT SESUATU.Manusia memahami berdasarkan relatif-relatif.Jika deria anda menyatakan sesuatu itu relatif ke A maka itulah yang anda percaya.JIka deria anda menyatakan sesuatu itu relatif B,maka sesuatu itu adalah B.

Matrix ialah bergantung kepada APA YANG ANDA PERCAYA.

Inilah asas dan rahsia kepada Teori Relativiti oleh Albert Einstein.

Relativiti

Tidak perlu anda tahu apakah dia rumus-rumus,pekali,konstan,jalan kerja matematik dan apa jua teknikal dalam Teori Relativiti.Albert Einstein telah lama menemui keganjilan ini (anomalies) ketika menghabiskan kertas kerjanya berkenaan Teori Relativity.(teori ini sebenarnya bukan idea mutlak Einstein,sebelum itu ramai saintis telah menemui keganjilan ini termasuklah Nikola Tesla).

Inilah rahsia yang ditemui oleh Einstein,dan ini juga menerangkan mengapa dia bermati-matian ingin mencari satu rumus yang menerangkan hakikat kewujudan dunia ini.Hakikat yang menerangkan semua hukum fizik,yakni satu rumus yang dapat menggabungkan kesemua elemen Fizik,di mana Teori Relativiti jauh lagi dari ‘kesempurnaan’.Terdapat banyak persoalan fizik dan matematik yang tidak dapat dijawabnya.Rumus inilah digelarnya Unified Field (mula diperkenalkan oleh Nikola Tesla).Namun sehinggalah kematiannya,dia tidak dapat menyelesaikannya dan menjawab semua keanehan ini,bahawa;

“SIFAT-SIFAT OBJEK ADALAH RELATIF KEPADA PEMERHATI”
-Fizik Kuantum

Usahanya disambung oleh saintis-saintis selepasnya hingga ke hari ini.Hari ini mereka menamakannya M-Theory merujuk kepada ‘Theory of Everything’.Pengasas kepada M-Theory adalah Edward Witten,seorang yang diakui amat genius ketika usia muda.Jadi,mereka akan terus mencari dan mencari hakikat ketidakwujudan alam ini.’Theory of Everything’ akhirnya menjadi ‘Theory of Nothing’.

Anehnya,Edward Witten tidak memberitahu apakah yang diwakili oleh huruf ‘M’ itu.(anda dapat menekanya?)

Di sini terdapat peti menyimpan rahsia.Ia ibarat ‘Ark of Covenant’ dalam dunia Sains Fizik.

MANUSIA PURBA YANG MEMBUAT RELATIF ‘NAGA MENELAN MATAHARI’ untuk menerangkan kejadian gerhana,berfikir dengan cara yang sama ketika EINSTEIN MEMBUAT RELATIF;”BENDA DAN TENAGA ADALAH RELATIF DAN CAHAYA ADALAH KONSTAN” untuk menerangkan fenomena hubungan benda dan tenaga.

Perbezaannya,adalah tingkat pengetahuan.Semakin tinggi tingkat pengetahuan manusia,semakin berubah gaya dan cara relatif dibuat.YANG PENTING DI SINI RELATIF TETAP WUJUD,DAN SELAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENCAPAI HAKIKAT KEWUJUDAN ALAM BENDA.

Teori Relativiti secara umum terbahagi kepada dua,Relativiti Khas (Special Relativity) dan Relativiti Umum (General Relativity), di mana Einstein sendiri tidak berani menyatakan teorinya adalah ‘segalanya’ atau ‘hakikat’ tetapi tetap meletakkan perkataan ‘Relativiti’ pada teorinya.JIKA MANUSIA BERFIKIR KEHIDUPANNYA BERDASARKAN MATERIAL SEMATA-MATA,DIA AKAN MENEMUI BAHAWA HIDUPNYA SEKADAR KERELATIFAN SEMATA-MATA.

“this,this isn’t real?” (Neo -The Matrix)

Tetapi jika manusia berfikir kehidupannya dari sudut yang lain…

Jadi saya dan anda boleh bertanya kepada diri sendiri,

“APA ERTI HIDUP INI?ADAKAH APA YANG AKU LIHAT INI HAKIKAT YANG SEBENARNYA”.

Selama beribu-ribu tahun manusia mencari erti hidup ini.Ada yang mencarinya di tengah-tengah kehausan dan penderitaan.Ada yang mencarinya di celah-celah emas dan permata.Ada yang mencarinya di tempat-tempat sunyi,di dalam gua di puncak-puncak gunung.Ada yang berlapar dahaga dan menyeksa diri.

Kesimpulan

Jadi,pelajaran yang pertama di sini adalah:KITA HIDUP DI DALAM MATRIX.

Pengetahuan ini membawa kepada pelajaran lain:BAHAWA MATRIX INI TERDIRI DARI RELATIF-RELATIF.Tiada hakikat sebenarnya.

Spoon boy: Do not try and bend the spoon. That’s impossible. Instead only try to realize the truth.
Neo: What truth?
Spoon boy: There is no spoon.(The Matrix)

Matrix ini adalah dunia yang palsu dan menipu.Tiada apa sebenarnya.Tiada rumus matematik dan fizik yang dapat menunjukkan Matrix ini abadi,wujud,realiti dan hakikat.Semua rumus matematik dan fizik menjelaskan dunia ini relatif,terdiri daripada polariti yang bertentangan,memerlukan keadaan seimbang,sebab dan akibat,ketidakpastian (uncertainty) dan sebagainya,semuanya menunjukkan dunia Matrix ini mempunyai kelemahan,boleh termusnah dan bersifat sementara.

“Perhatikan,segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka”. (Hikam)

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, (maka) Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta harta-hartamu”. (surah Muhammad ayat 36)

———————————————————————————————————————–

Mungkin ini masa yang sesuai untuk kita raikan bersama:

“SELAMAT DATANG KE DUNIA MATRIX”

Jika anda sudah faham,kami ucapkan tahniah

“Congratulations”. (Neo -Matrix Reloaded)

Selepas ini jika ada orang bertanya kepada anda,

“Apa yang ada di dalam Matrix?”.......


Bersambung

Sumber: MISTISFILES

SUB TOPIK:

Repost : Kita Tak Wujud pun..We are not real (artikel ini telah terbit pada 28 June 2011)

Assalamualaikum,

Sedar atau tidak, kita semua dan apa jua yang kita dapat lihat, dengar, pandang dan ketahui diseluruh alam semesta ini sebenarnya tidak wujud.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Wujud dengan sebenar-benarnya.

Apa yang kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya ini hanyalah satu keadaan 'wujud sementara' yang mana RAMAI manusia tidak mahu memikirkannya dan menganggap dunia ini satu tempat untuk berlumba-lumba mencari kesenangan, kemewahan, kuasa dan segalanya sedangkan sebenarnya segalanya ini hanyalah sesuatu yang 'tidak real'

How does you define REAL?.. adakah dengan mengetuk meja dan mendengar bunyinya maka anda merasakan meja itu benar-benar berada didepan anda? Atau otak anda yang memberikan anda maklumat terhadap apa yang anda rasakan itu.

Apakah kesakitan yang anda rasa bila kaki anda luka itu menunjukkan anda wujud? mengapakah kebanyakkan kes, seseorang yang luka dan berdarah TIDAK MERASAKAN kesakitan, jika dia tidak mengetahuinya., DAN HANYA MERASAKAN kesakitan itu apabila diberitahu oleh orang lain. Iaitu setelah otak anda mengesahkan anda luka dan ianya sesuatu yang sakit.

Dapatkah anda mendefinisikan tentang WARNA?..apakah itu warna kuning?..anda hanya dapat melihatnya, bolehkah anda menyentuhnya atau merasainya? apa yang anda sentuh itu adalah dinding batu atau kain fabrik berwarna kuning, bukan warnanya.

Sesungguhnya, segala apa yang manusia kejar, nikmati dan kecapi hanyalah sesuatu yang tidak wujud, tidak real, termasuk diri manusia itu sendiri. Kita hanya muncul dalam bentuk penciptaan sementara di atas KESUDIAN dan KEIZINAN dari ALLAH SWT Yang Maha Wujud lagi Maha Pencipta.

1. Firman Allah:

"Hai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Maka dari itu, janganlah engkau semua tertipu oleh kehidupan dunia ini dan janganlah sekali-kali kepercayaanmu kepada Allah itu tertipu oleh sesuatu yang amat pandai menipu." (Al-Fathir: 5)

2. "Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

3."..dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah kesenangan tipuan belaka." (al-Hadid: 20)


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk nilainya di sisi Allah Ta'ala'.

Kita dan seluruh alam semesta adalah terdiri dari himpunan tenaga yang bergetar (sentiasa berzikir kalimah : La'ilahaillalah) iaitu atom (zarah), dan membentuk jasad, dan segala yang kita lihat ini.

Menurut kajian sains, setiap objek adalah terdiri daripada molekul. Molekul ini pula terdiri dari atom – atom. Dibahagian tengah atom ini terdapat nukleus. Nukleus ini terbentuk dari proton dan neutron. Elektron pula berputar mengelilingi nukleus (Bergetar;Berzikir) .Apa yang kita perlu faham adalah bahawa lebih 99 peratus dari atom ini adalah ruang kosong. Nukleus membentuk tidak sampai dari 1 peratus dari isipadu atom. Jika anda tidak faham yang diatas tidak mengapa. Apa yang anda perlu faham adalah lebih 99 peratus dari atom adalah ruang kosong. Atom adalah asas setiap objek dalam dunia termasuk manusia..Jadi setiap objek termasuk manusia merupakan lebih 99 peratus ruang kosong. Setiap objek termasuk manusia adalah terdiri dari tenaga.

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi terulung dari Barat menerangkan perkara ini dengan ringkas. Katakan ada sebuah kerusi. Jika tiada sesiapapun yang memberi perhatian kepada kerusi ini, ia akan tidak wujud lagi. Ia akan bertukar menjadi tenaga sepenuhnya. Bila ada seseorang yang memberi perhatian atau berfikir tentang kerusi ini, ia akan menggumpal dan menjadi kerusi kembali. Ini adalah mungkin, kerana kerusi tadi adalah 99 peratus ruang kosong. Perkara yang menjadikan kerusi tadi wujud adalah perhatian yang diberikan oleh seseorang . Jadi jika tiada seorang pun yang memberikan perhatian, maka kerusi tidak akan wujud sebagai objek. Ia hanya akan wujud sebagai tenaga.





"The MIND is actually something that is really shaping the very thing in our life"

Minda dan pemikiran yang dianugerahkan oleh Allah yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala sesuatu dalam kehidupan kita. Tanpa adanya pemerhatian dan penghantaran frekuensi dari minda terhadap sesuatu objek itu, maka objek itu tidak wujud sebagai objek, tetapi hanya tinggal sebagai tenaga. Lantaran itu, didalam kes yang kesakitan yang disebutkan diatas, seseorang tidak merasakan kesakitan selagi otaknya belum mengesahkan bahawa dia luka.


Oleh itu, kita hanya akan benar-benar wujud dalam bentuk yang sempurna HANYA DIAKHIRAT kelak, yang mana kita tidak lagi terikat dengan MASA. (Adakah masa dan linear sudah tidak relevan lagi disana, hanya Allah Yang Maha Mengetahui)

Anda dan Ibubapa atau Moyang anda sebenarnya sama sebaya, cuma dilahirkan kedunia mengikut tarikh dan waktu yang berlainan, yang menyebabkan berlakunya perbezaan usia, kerana didunia kita hidup sekarang ini, segalanya sangat tertakluk dan terikat dengan masa dan linear. Maka kerana itu terdapat awal dan akhir, tua dan muda. Bukankah diberitakan bahawa diakhirat kelak sekalian manusia adalah berusia sebaya belia dalam linkungan 30'an.

Saya hanya ingin berkongsi dan mengingatkan diri saya sendiri, bahawa segala yang kita kejari dan ingin miliki didunia ini hanyalah sesuatu 'yang bersifat sementara' dan tidak real, oleh itu janganlah merasa terlalu KECEWA dengan apa yang telah dilalui, umpamanya kehilangan seseorang yang amat dikasihi, kegagalan memiliki sesuatu yang sangat ingin dimiliki, dan sebagainya kerana segalanya itu bukannya 'real' dan wujud. Juga saya ingin berkongsi bahawa jika TANAH, NEGARA dan BANGSA dan KUASA POLITIK semata-mata yang kita ingin PENTINGKAN dan PERJUANGKAN, itu semua hanyalah sesuatu yang sementara dan tidak wujud sebenarnya. Akan tetapi, jika kita memperjuangkan UGAMA (KEIMANAN) maka itulah yang kekal dan benar-benar wujud.

Seorang ahli sufi pernah mengatakan:

Ya Allah, sesungguhnya, ghaib aku dalam wujudMu...

Dan akhirkata, bersyukurlah dengan satu kesedaran yang amat tinggi diatas KESUDIAN ALLAH SWT menciptakan :.................... (masukkan nama anda beserta bin/binti anda) sebagai salah satu dari makhluknya yang memiliki apa yang anda kecapi hari ini dan juga memiliki perkara-perkara yang mungkin tidak anda sedari dan ketahui. Dan kita akan kembali ke tempat asal kita mengadap Allah SWT Maha Pencipta dengan segala apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita didalam kehidupan sementara yang tidak 'real'( hanya tipuan semata) ini. Hentikanlah segala fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kezaliman, penyelewengan kuasa, rasuah, jenayah dan sebagainya, kerana segalanya itu hanyalah sesuatu yang tidak wujud dan tidak 'real' sebenarnya.

Wallahuaklam


BERSAMBUNG KE LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]