Rabu, 27 Februari 2013

OCD/Was-was Updated 1 ~ Serotonim, Sertraline dan Zoloft

SEROTONIN, SERTRALINE DAN ZOLOFT

Bismillahirahmanirahim

Didalam siri-siri OCD Perincian Pengaplikasian telah saya huraikan antara beberapa punca yang mengakibatkan OCD hasil dari kajian dari sudut klinikal dan juga Islam. Ingin saya ulangkan kembali dalam perbincangan kali ini supaya ianya lebih jelas.

Dari sudut Klinikal

Cecair Serotonin
1. Kekurangan cecair neurotransmitter yang dikenali dengan nama serotonin. Cecair serotonin adalah berfungsi untuk membawa maklumat-maklumat dari deria untuk dibawa ke otak untuk tujuan pengesahan. Ketidakseimbangan/kekurangan cecair ini didalam saraf tubuh menyebabkan penyampaian maklumat tidak sampai secara menyeluruh ke otak manusia. Ada maklumat yang sampai dengan cara tersekat-sekat dan tidak lengkap. Inilah yang mengakibatkan penderita OCD mengalami pengulangan-pengulangan idea didalam mindanya akibat dari penyampaian maklumat yang cuba untuk terus menyampaikan maklumat sehingga lengkap. Hal ini TIDAK berlaku terhadap manusia normal yang menpunyai kadar cecair serotonin yang seimbang.

Sebagai contoh:

Seseorang yang sedang mengambil wudhu, maklumat keseluruhan tentang kesempurnaan wudhu yang diambilnya tidak dapat sampai secara menyeluruh ke otaknya, menyebabkan otak tidak dapat membuat pengesahan yang konkrit bahawa wudhunya itu sempurna dan sah. Hal ini menimbulkan obsesi terhadap wudhunya, perasaan risau dan tidak berpuashati, MAKA perkara ini akan diikuti oleh perlakuan kompulsif untuk menenangkan kerisauannya iaitu dengan mengulangi pengambilan wudhu buat kali kedua, ketiga dan seterusnya sehingga dia merasa berpuashati. Tetapi sebenarnya dia hanyalah membazirkan air, menambahkan lagi tekanan dan stress dalam jiwanya, membuatkan dia bertambah cemas dengan keadaan ini, dam mula merasa rendah diri apabila memikirkan bahawa dia berbeza dari orang lain yang tidak perlu mengulang-ngulang perbuatan, apatah lagi apabila gangguan ini mula merebak ke perkara-perkara lain seperti mandi hadas, bacaan dalam solat, kebersihan persekitaran, kebersihan makanan, membawa pada perkara remeh temeh seperti tombol pintu, kepala paip, dan lain-lain lagi, maka akan menimbulkan inferiority complex (rendah diri yang keterlaluan) dan membawa kepada akibat-akibat seterusnya seperti mula mengasingkan diri, mencipta isolation circle dalam hidupnya, mudah mengalami kemurungan dan seterusnya terfikir untuk membunuh diri.

Keadaan ini dapat diusahakan untuk mengatasinya dengan pengambilan ubat-ubatan seperti SSRI( selective serotonin reuptake inhibitor)/sertraline seperti Zoloft. Ianya dijadikan sebagai terapi dan pengambilannya adalah untuk setiap hari dalam jangka masa yang ditentukan oleh doktor pakar.



Terdapat kesan sampingan akibat pengambilan Zoloft pada peringkat awalnya seperti diarea (ceret beret), hilang selera makan, kesukaran ejakulasi dan lain-lain. Walaubagaimanapun, kesam sampingan ini akan berkurangan sedikit demi sedikit. Penderita OCD akan disarankan supaya bersabar dan meneruskan pengambilan ini dan akan mendapati kadar obesesi mereka semakin berkurangan.

Apabila kadar obsesi semakin menurun, maka perlakuan kompulsif juga akan semakin berkurangan.





-bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]