Rabu, 20 Februari 2013

Mengapa Perlu Berharta? The Rights To be Rich

Terjemahan sedutan dari The Science Of Getting Rich - Wallace D. Wattles (Chapter 1)



Tiada salah jika seseorang itu memiliki niat mahu menjadi kaya. Keinginan untuk memiliki kekayaan adalah sebuah keinginan yang TERPUJI. Manusia yang tidak berkeinginan untuk hidup dengan kekayaan adalah tidak normal, bermakna manusia yang tidak berkeinginan untuk mempunyai wang yang cukup untuk memiliki perkara yang diinginkan adalah seorang yang tidak normal.

Antara tiga motif yang penting dalam kehidupan ialah, kita hidup untuk mensyukuri nikmat kurniaan tubuh fizikal , mensyukuri nikmat anugerah minda dan mensyukuri nikmat anugerah jiwa / roh. Ketiga-tiga motif ini tidak pula melebihi antara satu dan lain, bermakna kesemuanya adalah sama wajar, dan setiap tubuh fizikal, minda dan jiwa tidak mampu hidup bahagia dengan sepenuhnya, jika salah satu daripadanya diabaikan.

Adalah salah jika hidup hanya untuk jiwa dan menafikan minda atau fizikal; dan ia adalah salah untuk hidup untuk minda dan menafikan fizikal atau jiwa.

Kita semua mengetahui kesan menjijikkan jika hanya hidup untuk fizikal / nafsu dan menafikan kedua-dua minda dan jiwa.

Manusia hanya akan dapat merasakan kebahagiaan yang sebenar serta berpuas hati dalam kehidupan jika tubuh fizikalnya, pemikiran minda serta jiwanya berfungsi dengan sempurna.

Manusia hanya akan dapat merasakan kebahagiaan yang sebenar serta berpuas hati dalam kehidupan jika keinginan fizikalnya, keinginan minda serta keinginan jiwanya dapat dipenuhi.


Jika terdapat salah satu kekurangan atau ketidaksempurnaan didalam salah satu dari jiwa, minda dan fizikal, pasti akan timbul rasa ketidakpuasan. Ketidakpuasan, kesedihan, kekecewaan, hilang semangat, serta rasa putus asa dalam kehidupan.

Manusia tidak boleh hidup bahagia sepenuhnya dalam tubuh badan yang tidak mendapat zat makanan yang baik dan mencukupi, pakaian yang selesa, tempat tinggal selesa. Apatah lagi jika memiliki kehidupan yang sengsara dan sering kesempitan wang. Rehat dan rekreasi juga perlu kepada kehidupan fizikal. Semua ini memerlukan wang.

Manusia tidak dapat merasa kebahagiaan minda tanpa memiliki peluang menambah ilmu pengetahuan, bahan-bahan pengetahuan, bahan bacaan dan lain-lain serta masa dan ruang untuk membaca, mengkaji dan mempraktikkan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Manusia juga memerlukan peluang untuk mencari pengalaman melalui kembara perjalanan bagi membuat pemerhatian, dan juga memiliki rakan-rakan persahabatan intelektual yang mana semua ini memerlukan wang.

Untuk kebahagiaan minda juga, manusia wajar memiliki mempunyai rekreasi intelektual, dan menjadikan dirinya memiliki perkara-perkara yang membahagiakan dirinya, umpamanya karya-karya kesenian dan hasil kesenian yang indah dan menawan yang mampu digunakan dan dapat dihargainya. Semua ini memerlukan wang.

Kebahagiaan dalam jiwa pula sering dikaitkan dengan CINTA, yang mana cinta pasti akan dinafikan oleh kemiskinan. BENAR! wang bukan segalanya, wang tidak dapat membeli cinta dan kebahagiaan, tetapi! :

Kebahagiaan utama dalam cinta dan kasih sayang seseorang itu dapat dipraktikkan antaranya dengan memberikan perkara-perkara yang terbaik kepada orang-orang yang dicintainya; Sebenarnya, secara spontan, cinta dapat diertikan dengan ungkapan "memberi". Manusia juga memerlukan MASA YANG BERKUALITI bersama-sama dengan orang-orang yang dicintai ATAU melakukan perkara-perkara yang dicintainya termasuk melakukan amal ibadah. Kemiskinan akan membuatkan manusia tidak memiliki MASA untuk perkara-perkara demikian kerana masa banyak dihabiskan untuk mengejar dan mencari wang yang kerana ianya sering tidak pernah cukup. Semua ini juga memerlukan wang.

Lelaki yang tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan tidak akan mampu menjadi suami atau bapa dalam ertikata yang sebenar. Juga tidak berupaya memberi sumbangan dalam masyarakat serta berbakti kepada Tuhan malah kemiskinan hanya akan lebih mendekatkan anda kepada KEKUFURAN.


Dari Anas r.a berkata, Nabi SAW bersabda:

“Hampir-hampir kefakiran (kemiskinan/kepapaan) itu boleh membawa kepada kekufuran.”
(HR Abu Nu'aim) ~hadis dhaif dan wahan tetapi boleh digunakan sebagai pedoman kerana tenyata berapa ramai yang papa kedana telah melakukan perbuatan syirik seperti menurun dan sebagainya bertujuan untuk mendapatkan nombor ekor, menarik duit dll.

Oleh itu, adalah wajar untuk mengatakan bahawa dengan memiliki KEBEBASAN KEWANGAN, manusia akan dapat memenuhi keinginan dan kebahagiaan dalam kehidupannya mencakupi aspek fizikal, minda dan jiwa. Oleh itu, ia adalah satu kewajipan kepadanya untuk menjadi kaya.

Adalah sangat wajar dan tepat bahawa anda wajib memiliki keinginan untuk menjadi kaya. Tidak kira siapa anda, samada anda lelaki atau wanita . Keinginan menjadi kaya adalah antara yang niat yang mulia dan perlu. Maka kajian dan pengetahuan Sains Menjadi Kaya (Hukum Tarikan/ Daya Tarik aka Law Of Attraction) ini amat penting untuk dipelajari oleh anda. Ianya akan membawa anda untuk mengetahui kaedah untuk memiliki Kebebasan Kewangan, Kebebasan masa dan Kebebasan Kesihatan. Jika anda mengabaikan keinginan anda itu, bermakna anda telah mengabaikan amanah yang diberikan kepada anda dalam Mensyukuri Penciptaan keatas diri anda, fizikal, minda dan rohani.

* Terjemahan telah disesuaikan dari perspektif Islam

3 ulasan:

  1. orang kaya banyak pilihan tetapi orang miskin tidak.

    robert kiyosaki.

    BalasPadam
  2. bersederhana itu lebih baik... tapi tipu la kalau langsung xde niat di hati nak jadi kaya.huhu

    BalasPadam
  3. Apa yg cuba dimaksudkan disini ialah hidup dengan sederhana, tetapi dimasa yg sama, anda memiliki Kebebasan Kewangan yg dapat menjadikan anda bebas hutang, tidak menyusahkan orang lain, malah sedia membantu orang lain pada bila-bila masa sahaja.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]