Sabtu, 7 Julai 2012

Syahadat Tebing

Seketika sewaktu masih kanak-kanak, saya pernah pulang ke kampung nenek saya, sebuah perkampungan tradisional. Rata-rata pada waktu itu, penduduk kampung menjadikan sungai sebagai tempat mandi, wudhu dan juga membasuh.

Suatu senja, saya di ajak mengambil wudhu untuk solat maghrib disungai yang hanya kira-kira seperlaungan dari rumah nenek saya. Selesai wudhu, pakcik saya bertanya

"Kau dah baca syahadat tebing ke belum?"


'Syahadat Tebing?....

"Syahadat tebing kau tak tau lagi ke? lepas ambil air sembahyang (wudhu') kena baca syahadat tebing dan beliau mengajarkan saya ayat yang disebutnya sebagai syahadat tebing itu.

Rupa-rupanya ayat yang dimaksudkannya itu adalah doa setelah wudhu. Ianya dikenali dikawasan perkampungan sebagai syahadat tebing kerana ayatnya yang hampir serupa dengan kalimah syahadat, dan ianya selalunya dibaca ketika berdiri diatas tebing sungai iaitu sejurus setelah mengambil wudhu.




Hanya sebagai perkongsian,maka disini saya sertakan Hadis Nabi SAW tentang doa tersebut:

Sabda Rasullullah SAW:


"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata,

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
“Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan yang haq kecuali Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi, bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya”.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.
“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang sentiasa mudah bersuci”.

Asyhadu allailaha'illallah, wahdahu la syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin


Akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))


Sebuah riwayat menerangkan bahawa antara fadilat membaca doa ini ialah

Sesiapa yang membaca doa selepas wudhu , maka akan keluar segala dosanya daripada segala anggotanya dan dicap pahala wudhunya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad.

BERMAKSUD
mengamalkan doa ini DAN sentiasa berusaha hidup dalam keadaan menjauhi larangan dan mengerjakan perintah Allah, maka jika dia mati dalam keadaan beriman, maka wudhunya akan diangkat ke langit dan air wudhu itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskn baginya pahala sehingga hari kiamat..


wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]