Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua pembaca blog ini. Saya doakan semoga kita semua diberikan rezeki dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan sentiasa mendapat keampunan dan barakah dari Pencipta diri kita dan seluruh alam semesta ini, Allah SWT yang sangat kukasihi, Tuhan yang tunggal dan Amat Maha Berkuasa yang selama ini senantiasa tidak pernah berhenti dari terus memberikan didikan, harapan dan pertolongan serta sokongan kepada setiap makhluk ciptaanNya, walaupun berkali-kali hambaNya ini mendurhakaiNya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."
(Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat."
(Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah"
(Riwayat Ibn Hibban)

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)


Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!


arjunasetia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]