Ahad, 22 Julai 2012

Repost: SERONOKKAH BERPUASA?

Seronok berpuasa tahun ni?

Alhamdulillah, seronok rasanya, dapat buat ibadah sunat seperti tarawikh, bertadarus, banyak berzikir, seronok menunggu waktu nak berbuka, kadang kala pergi ke Bazar Ramadhan, beli jugakla beberapa juadah berbuka, tapi ala kadar je la, jangan la sampai membazir. Seronok rasanya. Sekarang ni dah masuk 10 hari terakhir ramadhan, lagi la seronok nak tunggu ketibaan Aidilfitri, adala pergi shopping haritu, beli baju raya untuk keluarga serba sikit. Memang seronok, walau pun sederhana, tapi meriah.




MEMANGLA SERONOK!


Memangla seronok, sebab memang dah sedia tahu bila azan mahgrib berbunyi je, bermacam-macam makanan ada tersedia depan mata.

Memangla seronok, sebab pukul 5 pagi ada makanan untuk sahur, siap minum susu kesihatan lagi.

Memangla seronok, sebab sebulan sahaja dilarang makan, siang sahaja yang tak boleh makan, malam makan sampai nak termuntah, lepas taraweh ada moreh lagi, kadang-kadang lepas tadarus sempat pulak pergi teh tarik.

Lapar dan dahaga pun tapi TIADA rasa risau atau bimbang tentang ada ke benda yang nak dimakan hari ini atau tidak.

Memang la seronok, duduk dalam pejabat berhawa dingin, memangla seronok dan seronok sangat-sangat.


Cuba kita fikir sejenak, apakah yang sepatutnya kita faham disebalik semua ini?

Bagaimana kalau kelaparan kita tu tiada penamat? maksudnya kita ini adalah fakir miskin, TIDAK TENTU BILAKAH lagi ada makanan untuk kita.

Bukan setakat waktu siang selama sebulan, tapi bertahun-tahun. Ada anak, nak sekolah tak mampu, apatah lagi nak beli baju sekolah.

Bekerja dengan perut kosong ditengah panas terik, dapat hanya cukup untuk makan malam anak-anak hari itu sahaja. Tiada sarapan, tiada makan tengahari, hanya teguk air paip, dan TIADA JAMINAN BAHAWA lepas maghrib ni ada makanan.....seronok?!





Seronok ke? seronok ke?!!




seronok ke macam aku berpuasa?....boleh feels tak?

Sedihnya bila tersedar selama ini dah berapa puluh tahun diajar berpuasa, tapi belum jugak faham untuk feels / menghayati dan memahami dengan jujur dan empatis tentang perasaan orang fakir miskin, sebab itu la hati ini masih lagi kedekut, bakhil, tahi hidung masin.


Allahuakbar! Allahuakbar, Allahuakbar, wahai yang Maha Memberi Rezki, Kurniakanlah kegembiraan dan ketabahan terhadap fakir miskin, mewahkan lah rezeki mereka, bebaskan lah mereka dari kefakiran...


Terbit untuk Portal Islam Murabbi pada 14 Sept 2011 LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]