Ahad, 22 Julai 2012

Elemen-elemen penting 4: To Be A Full Time Muslim

sambungan dari LINK



Maksud Firman Allah:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (khabarkan kepada mereka):

Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah :186).

Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah, dari apa yang kita mudah untuk fahami dari ayat diatas ialah:

Allah memakbulkan semua doa dari para hambaNya setiapkali mereka bermohon padaNya.


Akan tetapi, mengapakah masih ada doa-doa kita yang kita rasakan kita memang perlu dan sangat penting bagi kita, masih belum nampak dimakbulkan?

Mungkin kita pasti berhusnuzzon dengan beranggapan perkara itu belum sesuai untuk kita perolehi pada saat ini, maka ianya belum tertunai, ATAU, kita menyedapkan hati kita mengatakan : Allah sedang mendidik aku untuk bersabar.

Dan mungkin kita akan kembali merujuk pada firman Allah yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah :216)

Atau mungkin jua kita masih tetap husnuzzon dan merujuk kepada hadis Nabi SAW:


”Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.
(HR At-Tabrani).

Maka kita ingin menganggap bahawa diakhirat kelak doa-doa kita itu akan menjadi salah satu asbab penolong diri kita. Sila (klik) untuk merujuk artikel Unmanifested Wishes


TETAPI, sedarkah kita bahawa firman Allah didalam surah Al-baqarah ayat 186 yang diatas sekali itu mempunyai sambungannya iaitu:

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Ayat ini dengan jelas dan terang MEMBERI PERINGATAN kepada kita bahawa Allah menyeru kita supaya mematuhi perintahNYA dan menjadi orang yang benar-benar beriman, kemusian dari itu barulah keadaan diri kita menjadi baik dan betul ~ tepat seperti apa yang sepatutnya.

Dari sini, apa yang kita mesti fahami ialah, Allah inginkan seseorang yang FULL TIME MUSLIM, bukannya PART TIME MUSLIM. Maka dari itu, barulah setiap doa dan permintaan itu dimakbulkannya.


Apakah ini sesuatu yang berat?

Ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Apakah kita benar-benar sedar tujuan kita dicipyakan ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

Firman Allah: DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI (BERAMAL IBADAH) KEPADAKU...(ADZ-DZARIYAT: 56)

Sekurang-kurangnya, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menjadi FULL TIME MUSLIM walaupun mengalami kesukaran. TETAPI perlu ada semangat mencuba dan berusaha dari masa ke semasa. Tetapi jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu memaksa diri. Ingatlah pesan nabi SAW, ambillah jalan tengah dan bersederhana.

Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah bagus seperti sabda Baginda bermaksud:

“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).”
(Hadis riwayat Baihaqi)

Allah SWT tidak akan memerintahkan kepada hambaNya sesuatu yang berada diluar kemampuan hambaNya. Maka dengan itu, perintah untuk menjadi FULL TIME MUSLIM ini adalah berada didalam kemampuan kita manusia sebenarnya.


Sebagai perkongsian, saya ingin kongsikan tentang saudara Rohullah Bayanzai, seorang pelajar Universiti di Amerika Syarikat, yang juga seorang al-hafiz (hafaz Al-Qur'an), sentiasa memperolehi A dalam ujian-ujian akedamiknya, juga seorang penjaring utama dalam kumpulan Basketball - Cougar yang diwakilinya, yang mana rata-rata pemain dan jurulatihnya adalah bukan islam, tetapi beliau tidak pernah meninggalkan solat dan tetap berpuasa walaupun ketika mengadakan latihan intensif basketball.

Jurulatihnya mengatakan:

Dia sangat komited dengan apa yang dipercayainya, dia tidak pernah memberi alasa bahawa sekarang ini bulan Ramadhan, saya tidak boleh berlari kerana berpuasa dan sebagainya. Dan dia adalah pemain terbaik saya.

Saksikan video dibawah, semoga memberikan semangat juang kepada kita untuk berusaha menjadi FULL TIME MUSLIM walau dimana kita berada, situasi apa pun yang kita tempuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]