Isnin, 18 Jun 2012

Repost : Kita Tak Wujud pun..We are not real

Assalamualaikum,

Sedar atau tidak, kita semua dan apa jua yang kita dapat lihat, dengar, pandang dan ketahui diseluruh alam semesta ini sebenarnya tidak wujud.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Wujud dengan sebenar-benarnya.

Apa yang kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya ini hanyalah satu keadaan 'wujud sementara' yang mana RAMAI manusia tidak mahu memikirkannya dan menganggap dunia ini satu tempat untuk berlumba-lumba mencari kesenangan, kemewahan, kuasa dan segalanya sedangkan sebenarnya segalanya ini hanyalah sesuatu yang 'tidak real'

How does you define REAL?.. adakah dengan mengetuk meja dan mendengar bunyinya maka anda merasakan meja itu benar-benar berada didepan anda? Atau otak anda yang memberikan anda maklumat terhadap apa yang anda rasakan itu.

Apakah kesakitan yang anda rasa bila kaki anda luka itu menunjukkan anda wujud? mengapakah kebanyakkan kes, seseorang yang luka dan berdarah TIDAK MERASAKAN kesakitan, jika dia tidak mengetahuinya., DAN HANYA MERASAKAN kesakitan itu apabila diberitahu oleh orang lain. Iaitu setelah otak anda mengesahkan anda luka dan ianya sesuatu yang sakit.

Dapatkah anda mendefinisikan tentang WARNA?..apakah itu warna kuning?..anda hanya dapat melihatnya, bolehkah anda menyentuhnya atau merasainya? apa yang anda sentuh itu adalah dinding batu atau kain fabrik berwarna kuning, bukan warnanya.

Sesungguhnya, segala apa yang manusia kejar, nikmati dan kecapi hanyalah sesuatu yang tidak wujud, tidak real, termasuk diri manusia itu sendiri. Kita hanya muncul dalam bentuk penciptaan sementara di atas KESUDIAN dan KEIZINAN dari ALLAH SWT Yang Maha Wujud lagi Maha Pencipta.

1. Firman Allah:

"Hai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Maka dari itu, janganlah engkau semua tertipu oleh kehidupan dunia ini dan janganlah sekali-kali kepercayaanmu kepada Allah itu tertipu oleh sesuatu yang amat pandai menipu." (Al-Fathir: 5)

2. "Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

3."..dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah kesenangan tipuan belaka." (al-Hadid: 20)


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk nilainya di sisi Allah Ta'ala'.

Kita dan seluruh alam semesta adalah terdiri dari himpunan tenaga yang bergetar (sentiasa berzikir kalimah : La'ilahaillalah) iaitu atom (zarah), dan membentuk jasad, dan segala yang kita lihat ini.

Menurut kajian sains, setiap objek adalah terdiri daripada molekul. Molekul ini pula terdiri dari atom – atom. Dibahagian tengah atom ini terdapat nukleus. Nukleus ini terbentuk dari proton dan neutron. Elektron pula berputar mengelilingi nukleus (Bergetar;Berzikir) .Apa yang kita perlu faham adalah bahawa lebih 99 peratus dari atom ini adalah ruang kosong. Nukleus membentuk tidak sampai dari 1 peratus dari isipadu atom. Jika anda tidak faham yang diatas tidak mengapa. Apa yang anda perlu faham adalah lebih 99 peratus dari atom adalah ruang kosong. Atom adalah asas setiap objek dalam dunia termasuk manusia..Jadi setiap objek termasuk manusia merupakan lebih 99 peratus ruang kosong. Setiap objek termasuk manusia adalah terdiri dari tenaga.

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi terulung dari Barat menerangkan perkara ini dengan ringkas. Katakan ada sebuah kerusi. Jika tiada sesiapapun yang memberi perhatian kepada kerusi ini, ia akan tidak wujud lagi. Ia akan bertukar menjadi tenaga sepenuhnya. Bila ada seseorang yang memberi perhatian atau berfikir tentang kerusi ini, ia akan menggumpal dan menjadi kerusi kembali. Ini adalah mungkin, kerana kerusi tadi adalah 99 peratus ruang kosong. Perkara yang menjadikan kerusi tadi wujud adalah perhatian yang diberikan oleh seseorang . Jadi jika tiada seorang pun yang memberikan perhatian, maka kerusi tidak akan wujud sebagai objek. Ia hanya akan wujud sebagai tenaga.



"The MIND is actually something that is really shaping the very thing in our life"

Minda dan pemikiran yang dianugerahkan oleh Allah yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala sesuatu dalam kehidupan kita. Tanpa adanya pemerhatian dan penghantaran frekuensi dari minda terhadap sesuatu objek itu, maka objek itu tidak wujud sebagai objek, tetapi hanya tinggal sebagai tenaga. Lantaran itu, didalam kes yang kesakitan yang disebutkan diatas, seseorang tidak merasakan kesakitan selagi otaknya belum mengesahkan bahawa dia luka.


Oleh itu, kita hanya akan benar-benar wujud dalam bentuk yang sempurna HANYA DIAKHIRAT kelak, yang mana kita tidak lagi terikat dengan MASA. (Adakah masa dan linear sudah tidak relevan lagi disana, hanya Allah Yang Maha Mengetahui)

Anda dan Ibubapa atau Moyang anda sebenarnya sama sebaya, cuma dilahirkan kedunia mengikut tarikh dan waktu yang berlainan, yang menyebabkan berlakunya perbezaan usia, kerana didunia kita hidup sekarang ini, segalanya sangat tertakluk dan terikat dengan masa dan linear. Maka kerana itu terdapat awal dan akhir, tua dan muda. Bukankah diberitakan bahawa diakhirat kelak sekalian manusia adalah berusia sebaya belia dalam linkungan 30'an.

Saya hanya ingin berkongsi dan mengingatkan diri saya sendiri, bahawa segala yang kita kejari dan ingin miliki didunia ini hanyalah sesuatu 'yang bersifat sementara' dan tidak real, oleh itu janganlah merasa terlalu KECEWA dengan apa yang telah dilalui, umpamanya kehilangan seseorang yang amat dikasihi, kegagalan memiliki sesuatu yang sangat ingin dimiliki, dan sebagainya kerana segalanya itu bukannya 'real' dan wujud. Juga saya ingin berkongsi bahawa jika TANAH, NEGARA dan BANGSA dan KUASA POLITIK semata-mata yang kita ingin PENTINGKAN dan PERJUANGKAN, itu semua hanyalah sesuatu yang sementara dan tidak wujud sebenarnya. Akan tetapi, jika kita memperjuangkan UGAMA (KEIMANAN) maka itulah yang kekal dan benar-benar wujud.

Seorang ahli sufi pernah mengatakan:

Ya Allah, sesungguhnya, ghaib aku dalam wujudMu...

Dan akhirkata, bersyukurlah dengan satu kesedaran yang amat tinggi diatas KESUDIAN ALLAH SWT menciptakan :.................... (masukkan nama anda beserta bin/binti anda) sebagai salah satu dari makhluknya yang memiliki apa yang anda kecapi hari ini dan juga memiliki perkara-perkara yang mungkin tidak anda sedari dan ketahui. Dan kita akan kembali ke tempat asal kita mengadap Allah SWT Maha Pencipta dengan segala apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita didalam kehidupan sementara yang tidak 'real'( hanya tipuan semata) ini. Hentikanlah segala fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kezaliman, penyelewengan kuasa, rasuah, jenayah dan sebagainya, kerana segalanya itu hanyalah sesuatu yang tidak wujud dan tidak 'real' sebenarnya.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]