Ahad, 17 Jun 2012

Muhammad Akhir

Muhammad Akhir karya Anas K. Hadimadja

Sebuah Novel Sufisme yang AJAIB dan MEMBERIKAN IMPAK SEGERA KE DALAM NALURI PEMBACA!



Sebuah lagi novel yang menarik untuk dibaca dan direnungi bersama. Buku yang telah 15 tahun di pasaran tetapi pengisiannya tetap menarik dan mempunyai auranya yang tersendiri. Buku ini boleh didapati daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Akhir

Pengarang : Anas K.Hadimaja
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Kuala Lumpur (1992)
Jenis Bahan : Buku
Keterangan Fizikal : viii, 203 ms
ISBN : 983-62-3194-3
Nombor Kelas : 899.233 Ana
No ID : 2001908


~ Ini sebuah novel yang amat-amat luar biasa. Dalam beberapa bab dan babak novel ini, saya jadi terlalu tersentuh dengan pilihan teks dan kisahnya, saya jadi menangis dan menangis. Ya, ia telah menyentuh kalbu saya berkenaan indahnya ciptaan Allah dan segalanya itu dari Allah jua. Malah persoalan dan isu yang tampak "tegang" (jika dinyatakan dalam teks politik, seperti perkauman) tampak indah dan "terjawab" secara humanis di dalam novel ini, menunjukkan kekuasan Islam sebenarnya. - fadli al-akiti@fadz KUBU BUKU

Shahnon Ahmad dan sekumpulan penulis yang sudah membaca novel ini memanggil novel ini "ajaib" dan "luar biasa". Bagi saya, sebenarnya novel ini sebuah novel sufi (yang dipanggil Habiburahman sebagai novel ruhaniah, pembina diri) yang secara haknya sebuah novel yang "mengajar" tentang "mengenal diri" , disaluti dengan plot berkenaan seorang lelaki (lelaki ini kiranya seorang wali Allah yang nyata/hidup) yang mengajar secara sengaja atau tidak sengaja tentang Islam dan kemanisannya kepada mereka yang dijumpainya.

...............

Pertama kali membaca sebuah novel yang secara terang-terangan memperincikan sifat seorang insan yang alim, warak, zuhud (dan sewaktu dengannya) tanpa di paksa-paksa. Perwatakan yang hampir sempurna bagaikan mencipta seorang individu yang dicari-cari mutakhir ini, yang mengajak ke jalan kebenaran, membetulkan kebiasaan yang menyimpang, memberitahu tanpa menggurui, mengajar dengan penuh hikmah tanpa perlu membuka kitab yang tebal-tebal. Muhammad Akhir kiranya insan istimewa muncul pada manusia yang sesat, berada dalam puncak kejahilan tetapi boleh dibawa keluar untuk mendalami Islam dan kembali kepada mentauhidkan Allah dengan sebenar kefahaman. Sesekali terasa menggigil membaca perwatakan Muhammad Akhir yang serba sempurna, sambil cuba mencari apakah wujud insan seperti itu dewasa ini?

- Norziati Mohd Rosman Goodreads Author


......................


Saya membaca novel ini ketika berusia 22 tahun, dengan cara meminjam dari perpustakaan awam. Dan saya ingin berkongsi disini bahawa, Novel inilah yang sebenarnya antara asbab yang memberikan satu inspirasi, motivasi dan 'anjakan paradigma' kepada diri ini dan membawa kesan dan pengaruh yang amat mendalam didalam perjalanan hidup saya selepas itu. Tahniah kepada Anas K. Hadimadja. Anda juga wajar memilikinya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]