Isnin, 18 Jun 2012

Memohon ATAU Memaksa? ~ Unmanifested Wishes

BERDOA adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadah."

Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

2. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

3. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.



Perkara yang terpenting sekali didalam berdoa adalah bersabar, dan elakkan sikap tidak sabar dan terburu-buru. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu yang tepat dan sesuai untuk memberikan kepada kita apa yang kita perlukan.

(Affirmasi: Everything I need comes to me at the Perfect Time).

"Bukan semua keinginan dan impian kita akan dapat kita miliki tepat seperti yang kita harapkan, TETAPI kita pasti akan memiliki segala apa yang kita PERLUKAN. Segala apa yang kita perlukan itu termasuklah juga KESAKITAN dan KEPEDIHAN sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit"

Ingat! Kita BERMOHON, bukan MEMAKSA! memohon adalah sikap seorang hamba, manakala memaksa adalah sikap seperti seorang tuan.

Hadis Nabi S.A.W:

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

................................................................

Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti akan ada seseorang yang terkejut menerima sejumlah kurniaan yang tidak terkira banyaknya dan tidak sesuai dengan amalan ibadahnya ketika di dunia.

Maka dia bertanya kepada Allah

“Wahai Tuhanku,dari mana datangnya semua ini?” lalu Allah menjawab “bukankah Aku telah perintahkan engkau agar meminta kepada-Ku apa sahaja di dunia?”

maka orang itu menjawab “betul ya Tuhanku”.

Maka Allah s.w.t menerangkan

“Apa yang engkau mohonkan di dunia itu baru sedikit (yang diperkenankan) Aku berikan kini bakinya.Aku serahkan di akhirat” .

Akhirnya orang itu akan berkata

“alangkah baiknya jika Engkau memberikan apa yang aku minta di dunia itu semuanya di akhirat sahaja”.


................................................................

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.
(HR At-Tabrani).


Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]