Jumaat, 17 Februari 2012

Mimpi



Ketika itu aku berada dalam satu majlis keramaian yg sangat meriah. Belum pernah aku melihat majlis yang sebegitu selama ini. Aroma wangian semerbak memenuhi ruang. Lagu-lagu qasidah dialun begitu mengasyikan. Tetamu yang hadir tak pula kukenali, tiada pun dari kalangan keluargaku. Tetamu wanita hanya memperlihatkan mata mereka disebalik niqab yang kebanyakkannya berwarna suram. Lelaki pula mengenakan jubah yang juga suram. Cuma pakaianku sahaja yang tidak seperti mereka. Bagaimana aku boleh berada disini. Dimanakah ini?

Seketika, beberapa orang menunjukkan aku supaya pergi kesuatu arah. Berkumpul beberapa orang yang juga tak kukenali mempelawa aku duduk bersama mereka hanya dengan isyarat tanpa kata-kata. Sejenak suasana menjadi terlalu sepi. Pandangan mata tertumpu padaku.

Datang seorang lelaki tua menyuakan sebuah kotak beralaskan dulang emas berisi sebentuk cincin seakan diperbuat dari perak dan seraya itu, dia menyarungkan cincin perak ke jari manisku. Aku seakan dipukau dan hanya membiarkan sahaja segala itu berlaku tanpa dapat bertanya walaupun hatiku mempunyai pelbagai persoalan yang ingin ditanya.

Kemudian aku dipimpin kesuatu sudut, terdapat seorang beberapa wanita berniqab sedang duduk. Ketika kakiku menghampiri mereka, salah seorang dari mereka membuka niqab dan menampakkan wajahnya. Dan wajah itu tak pernah kulupakan hingga kini. Dia memandangku sambil mengukir senyuman.


Dan aku pun terjaga....

Mimpi yang sungguh aneh ini berlaku ketika usiaku 11 tahun. Dan tetap tinggal sebagai misteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]