Isnin, 6 Februari 2012

Siapakah punca MASALAH?

(Dari artikel 'Ringkasan' oleh Dr. Mohamed Farook Bin Raj Mohamed)

Satu– satunya manusia yang boleh mempengaruhi nasib anda adalah ANDA sendiri . Tiada satu manusia pun di mukabumi ini yang boleh mempengaruhi nasib anda.

Seseorang mungkin mengalami masalah yang nampaknya SEOLAH – OLAH BERPUNCA dari sumber lain seperti majikan, pelanggan ,rakan kerja, suami atau isteri, anak – anak , jiran tetangga atau situasi seperti kemelesetan ekonomi, kenaikan harga barangan , kemalangan dan sebagainya.

Punca sebenar masalah adalah 2 sahaja
a) Tuhan
b) Diri sendiri

Perkara yang Nampak seperti punca masalah seperti majikan , pelanggan , rakan kerja , suami atau isteri, anak – anak atau kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barangan adalah penyampai masalah tersebut dan bukannya punca masalah tersebut. Ini adalah sama seperti posmen yang menyampaikan kiriman wang kepada seorang penuntut.Beliau hanya menyampaikan kiriman wang dan bukannya sumber kiriman wang tersebut. Sumber kiriman wang mungkin ayah penuntut tersebut.Ini saya sudah terangkan dalam blog yang lebih awal.



1) Tuhan sebagai punca masalah
Tuhan adalah Ar rahman dan Arrahim. Allah tidak akan sengaja menyusahkan kita tanpa sebarang sebab. Hanya terdapat 2 situasi dimana Allah akan menghantar masalah kepada kita

a) Apabila kita perlu belajar sesuatu
Maka Allah akan memberi kita satu masalah sehingga kita belajar apa yang kita perlu belajar dari masalah tersebut. Sehingga kita belajar dari masalah tersebut apa yang kita sepatutnya belajar, masalah itu akan berulang – ulang dalam hidup kita. ( Lihat blog mengenai masalah). Apabila kita sudah belajar apa yang kita perlu belajar, maka masalah itu akan lenyap.

b) Sebagai satu ujian (didikan)
Apabila kita tabah menghadapi masalah itu dan kita redha disamping berusaha mengatasi masalah tersebut, maka masalah itu akan selesai. Selepas selesai menghadapi ujian tersebut, maka kita akan lebih maju dalam hidup kita.

2) Kita sendiri Sebagai punca masalah
Masalah tidak berlaku secara rawak dalam hidup kita. Allah (tuhan) menetapkan dua hukum fizik yang menentukan segala yang berlaku dalam hidup kita. Samada kita tahu atau tidak mengenai kedua – dua hukum ini , kita tidak akan dapat lari dari hukum ini. Kedua hukum ini juga sentiasa berkesan , sama seperti Hukum Graviti. Hukum Graviti adalah sentiasa berkesan. Manusia sentiasa tertakluk kepada Hukum Graviti samada kita tahu atau tidak tentang Hukum Graviti. Sebuah bola akan jatuh apabila dilepaskan dari tempat tinggi, tak kira samada yang melepaskan bola itu adalah seorang yang tahu secara mendalam mengenai hukum gravity orang Ahli Fizik ) atau seorang budak kecil. ( yang langsung tidak tahu langsung mengenai hukum gravity ).


Baca keseluruhan artikel ini pada : LINK (sila klik)


Credit to:

Dr. Mohamed Farook b Raj Mohamed
m.d. (UKM) O.H.D. (NIOSH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]