Isnin, 13 Februari 2012

Mak!! ada Hantu!

Ketika saya berada dalam darjah 4, suatu peristiwa pernah berlaku iaitu disatu pagi sedang saya bersiap hendak kesekolah, saya menuruni tangga rumah untuk bersarapan didapur. Ketika menuruni tangga tersebut, emak dengan baju sejuk birunya sedang menaiki tangga dan berselisih dengan saya.

Setibanya saya didapur, kelihatan emak sedang membancuh kopi!

Siapakah yang berselisih dengan saya ditangga tadi?...

Bila saya menceritakan hal tersebut, emak mengatakan dia memang berada didapur dari tadi lagi dan bagaimana mungkin emak saya boleh berada di dua tempat dalam satu masa?

Perkara ini memang menyeramkan saya dan saya menjadi agak terganggu buat beberapa hari.

..............

Kini, saya hanya tinggal berdua dengan emak yang telah lanjut usia. kadangkala adik beradik saya dan juga anak-anak buah datang bertandang dan menjenguk. Ada yang akan tidur disini dan ada yang balik hari. Terserah kepada keadaan masing-masing.

Dan pada tengahari ini, ketika saya sedang berada didalam bilik air, ada suara mengetuk pintu dan mengajak saya turun makan.

"Pak Uda, makan.."

Saya hanya menjawab dari bilik air " Iyalah, sekejap lagi" Mungkin anak buah saya Furqan kerana dia selalu singgah menghantar lauk.

Setelah selesai urusan dibilik air, saya turun dan kelihatan emak sudah duduk dimeja makan tetapi hanya bersendirian.

"Siapa yang datang mak?" Saya bertanya pada emak.

"mana ada sesiapa" jawap emak ringkas.

"habis tu, siapa yang panggil saya ajak turun makan tadi? " Saya bertanya emak semula penuh kehairanan.

Emak juga menjadi kehairanan mendengar soalan saya, dengan itu juga, senario ketika saya masih didalam darjah 4 tadi terbayang semula.

Tetapi kali ini saya tidak merasa apa-apa perasaan seram atau takut lagi. mengapa?




Kerana saya telah menemui jawapannya iaitu:

Hantu Tidak Wujud!!


Hantu memang tidak pernah wujud langsung. Apajua yang seangkatan dengannya samada potianak, pochong atau apa jua pun sebenarnya tidak pernah wujud. Mengapakah dengan penuh keyakinannya saya berani berkata demikian?

Apakah hantu mengikut pemahaman kita?

Ianya berupa makhluk yang mnyeramkan yang dikatakan berasal dari roh orang yang telah mati. Ada yang mengatakan roh yang tidak aman dan sebagainya. Dan dikatakan hantu ini boleh merupa sebagai perempuan atau lelaki yang cantik atau kacak, berbau wangi dan kemudiannya bertukar semula kebentuk asal dan berbau amat busuk. Dan hantu dikatakan mengganggu manusia, menakutkan manusia hingga timbul pelbagai kisah dan mitos masyarakat kita tentang hantu.

Jangan disalah erti antara Hantu dengan Jin. Jin memang wujud dan golongan yang kita panggil orang bunian dan sebagainya itu adalah dari golongan jin. Tetapi mereka bukan hantu yang berasal dari roh manusia yang telah mati.

Menurut Al-Qur'an, makhluk yang wujud selain manusia hanyalah malaikat, jin dan syaitan. Tidak pernah ada ayat yang menyebut tentang roh orang yang telah mati bangkit semula dan menjadi hantu. Persoalannya, jika hantu tidak wujud? apakah saksi-saksi yang melihat makhluk ini telah berbohong atau hanya ilusi dan imaginasi mereka sahaja?

Apakah yang kita ketahui mengikut sudut agama, tentang apa yang berlaku kepada manusia sebaik sahaja maut menjemput mereka (mati)?

Manusia akan diuruskan oleh waris mereka dan akan ditanam ke dalam kubur. Setelah selesai pengkebumian, 2 malaikat akan mendatangi mayat iaitu Mungkar dan Nakir. Tugas malaikat ini ialah bertanya beberapa soalan seperti " Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu, Apakah ikutan kamu dan sebagainya.

Ketika itu, yang menjawap soalan tersebut adalah hasil dari siapakah diri kita didunia ini. Dalam ertikata lain,amal ibadah dan keimanan kitalah yang menjawap soalan-soalan malaikat tersebut.

Sekiranya si-mati seorang yang berbahagia, dia akan mampu menjawapnya dan malaikat akan memerintahkan si-mati tidur "seumpama pengantin tidur" sehinggalah ke hari dibangkitkan iaitu hari kiamat. Manakala jika si-mati seorang yang disebaliknya, maka si-mati akan disiksa didalam kubur hingga kehari kiamat.

Dan ini adalah hal yang sebenarnya yang pasti berlaku tidak kira kepada sesiapa pun. Oleh yang demikian, bilakah pula masanya roh si-mati tersebut mempunyai masa lain untuk keluar dari kubur dan menjadi hantu untuk mengganggu manusia?

Semuanya ini hanyalah sebuah konspirasi jahat dari syaitan yang direjam. Syaitanlah yang merupabentuk seperti wajah si-mati dan berpura-pura menyamar menjadi hantu dan mengganggu manusia. Tujuannya hanyalah satu sahaja:

Membuat manusia terutama umat islam lari dari aqidah dan menjadi sesat. Lari dari aqidah apabila: Bersetuju dan mempercayai bahawa manusia yang telah mati boleh bangun semula menjadi hantu, DAN DENGAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK, TELAH MENIDAKKAN proses soal jawap malaikat dan siksa kubur.

Antara rukun Iman adalah: Percaya kepada malaikat dan antara malaikat yang wajib dipercayai ialah Mungkar dan Nakir yang menjalankan tugasnya kepada manusia yang telah mati. Maka apabila kita bersetuju bahawa hantu itu wujud, sedarkah kita bahawa kita telah MENIDAKKAN tugas kedua malaikat tersebut, secara tak langsung MENIDAKKAN firman-firman Tuhan didalam Al-Qur'an.

Konspirasi syaitan yang direjam ini malah menular lebih jauh kedalam akar umbi masyarakat sehingga melibatkan Fardhu Kifayah. Cuba kita tanya diri kita, berapa kerat dari kita yang benar-benar tahu tentang pengurusan jenazah?

Apabila berlaku kematian, berapa ramai yang menziarah, yang benar-benar duduk disisi mayat dan membacakan ayat-ayat al-Qur'an? Berapa ramaikah pula yang hanya duduk diluar rumah si-mati dan berbual-bual kosong dan kadangkala tedengar gelak ketawa besar (bertujuan menghilangkan rasa keresahan jiwa kerana ada kematian)?

Semua ini adalah berpunca dari : Takut Melihat Mayat, Takutkan Mayat dan sebenarnya memberi erti: Takut Hantu!

Apabila terlihat mayat yang sebenarnya sudah tiada apa-apa daya, yang terbaring dan ditutupi kain putih, ramai yang sudah berasa seram dan takut, takut kerana kepercayaan bahawa mayat itu boleh menjadi hantu!

Dan ini telah mengambil tempat perasaan yang sebenar yang dituntut oleh agama iaitu:

Rasa insaf bila melihat kematian, dan segera teringat hal diri kita sendiri betapa kita jua akan mati, merasa takut akan azab yang bakal menanti andai tidak membuat persediaan ketika masih hidup sekarang ini.

Tetapi perasaan yang dituntut ini telah hilang dan diganti oleh perasaan seram dan takut hingga tidak ramai yang volunter untuk mempelajari pengurusan jenazah.

Sedarkah kita semua ini berpunca dari konspirasi syaitan yang direjam melalui kempen mereka iaitu Takut Hantu sedangkan hantu itu sebenarnya tidak pernah wujud?

Mulai hari ini, buang segala rasa takut, seram dan kepercayan-kepercayaan mengarut tentang kewujudan hantu. Semua ini hanyalah tipuhelah syaitan yang hanya ingin membuat kita sesat dan lari dari akidah walau tanpa kita sedari, tetapi kita yang bersalah kerana tidak mahu memikirkan dengan lebih dalam dari sudut ugama tentang sesuatu yang ingin kita percayai atau setujui.

Wallahuaklam.



Hiiiiiiii...apa kat belakang awak tu?!!!!

8 ulasan:

  1. Tu maknanya jin tu ambil berat tentang pak uda, sebab tu jin tu ajak makan. Bestnya jadi pak uda ;)

    BalasPadam
  2. Jin tu kasitau I ;) hihi..

    Ntah la kenapa I rasa yakin tu suara jin sebab masa tu mmg takde org lain kan? abg dgn wan je kan kat umah? Jin yang tu ;)

    BalasPadam
  3. arjuna,
    ada akaun facebook tak?
    maaf website pH terpaksa ditutup atas sbb2 yg tak dapat dielakkan.
    Waktu online pun dah tak sekerap dulu..

    p/s: terima kasih kerana tolong backup artikel saya..very much appreciated.

    BalasPadam
  4. saudara is-haque, hubungi saya melalui: husnuzzonloa@yahoo.com terimakasih

    BalasPadam
  5. sama-sama.

    saya dah hantar email. ada nombor telefon saya dalam email tu. Sila hubungi saya jika ada kesempatan.

    BalasPadam
  6. Hiiiiiiii...apa kat belakang awak tu?!!!!

    jangan pandang belakang....

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]