Jumaat, 3 Februari 2012

"KENAN" atau Syndrome Tourette

LATAR BELAKANG TOURETTE SYDROME.

Tourette syndrome (TS) adalah salah satu ketidakupayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Ramai yang tidak mengetahui apakah TS dan apakah ada rawatan untuk mereka yang mengalaminya. Tanpa kita sedari ada insan disekeliling kita merupakan penghidap TS.

TS adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics (US National Institutes of Health).
TS adalah keadaan yang mempengaruhi sistem saraf utama dan menyebabkan tics.

Tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak sengaja dilakukan oleh manusia. Terjadinya TS apabila seseorang itu mempunyai dua tics iaitu yang mempengaruhi pergerakan badan dan bunyi (Kids Health Organisation).
Tics di definasikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas, tanpa sebab, berulang kali dan diluar kawalan seseorang (American Academy of Family Physicians).

Nama penyakit ini diambil berdasarkan nama Dr. Gilles de la Tourette yang banyak mengkaji tentang penyakit ini. Menurut Dr. Gilles de la Tourette tentang TS ialah: "Everything is extraordinary in this disease: the name is ridiculous, its symptoms peculiar, its character equivocal, its cause unknown, its treatment problematical."

Sindrom ini terjadi dalam semua masyarakat, bangsa, etnik dan agama. Golongan lelaki lebih banyak menghidapi penyakit ini berbanding wanita dengan perkiraan 3 hingga 4 kali berbanding wanita.

TS ini bermula sebelum umur 18 tahun dan kebiasaannya terjadi antara umur 5 hingga 7 tahun. Namun berita baik buat pesakit ini ialah mereka akan bertambah baik apabila meningkat dewasa. Disebabkan penyakit ini juga mereka tidak semestinya mempunyai jangka hidup yang singkat.

Walaubagaimanapun, penghidap TS mungkin boleh mendapat penyakit lain seperti attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trouble learning (Ronan O’Brien).


PUNCA-PUNCA PENYAKIT

Penyebab berlakunya TS masih tidak lagi diketahui puncanya. Namun terdapat beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor menyumbang kepada punca penyakit ini iaitu :

i) Faktor Genetik: sejak tahun 1980 lagi menunjukkan banyak kes berkaitan TS disebabkan factor genetik atau keturunan. Hasil kajian tentang genetik kekeluargaan pada peringkat awal telah merumuskan bahawa akan berlaku salinan gen yang tidak sempurna dan akan diturunkan dari salah satu orang tua kepada pewarisnya yang amat berisiko untuk mengidap TS.

ii) Faktor awal kelahiran / masalah kelahiran: ada beberapa pendapat menyatakan
bahawa kanak-kanak yang mengalami TS besar kemungkinan pernah mengalami kesukaran ketika kelahiran atau ibu mereka telah mengalami kehamilan yang bermasalah. Walaubagaimanapun masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuktikan sekiranya ada sebarang asas perubatan yang menyokong hipotesis ini (Hillary Box, 2008).

iii) Faktor Usur Abnormal: bahagian otak pengidap TS iaitu bahagian Ganglia basal, Lobes depan dan Cortex berlakunya unsur abnormal. Selain dari bahagian yang disebut, unsur abnormal juga dapat dikesan pada saraf yang menyambungkan otak pengidap serta bahagian neutritransmiter (Dopamine, Seroyanin dan norepinephre) yang mempunyai fungsi untuk berintraksi dan berkomunikasi di antara sel saraf.


SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT


Untuk mengenal pasti sindrom ini, gejala-gejalanya adalah tics. Tics terbahagi kepada dua iaitu tics motor dan tics vokal atau phonic. Pesakit TS kebiasaannya akan mula mempunyai simptom tics sederhana dahulu sebelum berubah kepada tics kompleks.
Berdasarkan kajian dilakukan oleh American Academy Psychiatric Assosiation (AFPA), beberapa jenis tics telah dikenalpasti berlaku kepada pesakit TS iaitu:

Pergerakkan yang tidak terkawal pada/ seperti:


Tergeleng-geleng, terhangguk-hangguk

Kerlipan mata (terkelip-kelip)

Membunyikan tekak (sering dan mengganggu org lain)

Memusingkan biji mata

Mendengus (walau tiada selesema dan hingus)

Mengangkat bahu (pergerakkan yg tidak sepatutnya, bukan mengangkat bahu untuk memberi tahu isyarat saya tidak tahu)

Menggerak-gerakkan cuping telinga
Menyentuh-nyentuh sesuatu objek dengan kiraan tertentu
Menjerit atau memekik
Kepala tersentak-sentak
Menghidu dengan kuat
Mulut terbuka
Menyalak
Mengepak tangan
Menghembuskan nafas
Memek muka
Batuk
Menggerakkan hidung
Meludah
Menjilat bibir
Mendecit
Menjulingkan mata
Bersiul
Memusingkan kepala
Bunyi seperti hon
Ketegangan otot
Ketawa
Membengkokkan jari (biasanya jari kaki)
Sedu
Menendang sedikit
sendawa

Menarik baju
Bunyi seperti haiwan
Menyentuh orang lain
Nada & volume suara berubah
Menyentuh benda lain
Gagap
Menghidu jari
Mengulangi perkataan
Menghidu objek
Bercakap sorang diri
Melompat atau meloncat
Meniru bunyi / intonasi
Mencucuk
Berkata lucah
Menumbuk
Palilalia: mengulangi perkataan sendiri atau atau mengulangi bunyi sendiri.
Menendang
Mencium diri
Mencium orang lain
Tangan menggelupur
Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat.
Berpusing sekeliling
Ketegangan sekumpulan otot
Pergerakan menikam
Memutarkan rambut
Echopalia: menyebut perkataan dan bunyi orang lain.
Berjengket
Menggoyangkan kaki
Mencubit


Dalam istilah masyarakat melayu ianya dikenali dengan nama: KENAN


SUMBER: LINK



P/S: Aku juga mengalami syntonm Tourette Syndrome ini, yang kuingat, ianya bermula seawal usiaku 5 tahun dan ianya berterusan hingga kini. Symptom-symptom yang aku gelapkan (bold) diatas itu adalah antara yang aku alami. Amat letih dengan gangguan ini, letih kerana tenaga banyak dihabiskan untuk mengawal pergerakkan2 tubuh yang bergerak sendiri tanpa kurancang pergerakkannya. terutamanya bila aku meberikan ucapan dan mengendalikan seminar, aku pasti terjelepuk keletihan ketika pulang ke rumah.

Gangguan pada diriku lebih tertumpu kepada pergerakkan tangan yang suka menggoyang-goyang sendiri tanpa sebab. Lantaran itu aku sering dilihat meletakkan (menindih tanganku) dibawah punggung terutama ketika aku membaca kerana untuk mengelakkan dari ianya bergerak dan ini amat mengganggu diriku dan juga membuat aku malu.

Berbaur pula dengan gangguan OCD, maka ianya akan bergerak berulang-ulang mengikut sesebuah rentak yang tidak menentu. Hal ini berjaya kusorokkan dari pengetahuan umum dengan mengerahkan seluruh tenaga dan pemikiran untuk mengawalnya, tetapi hasilnya, aku terlalu cepat kepenatan, dan jika aku bersendirian didalam bilik, aku tidak akan mengawalnya dan aku akan kelihatan amat hodoh dan melucukan dengan gangguan ini jika ada orang lain yang nampak. Lantaran itu aku lebih suka bersendirian dan mengelak dari bertemu dengan orang sekiranya tidak benar-benar perlu. Dengan kaedah LOA, ianya belum menampakkan hasil yang lagi. Innalillahiwainnailahirrojiun. Wallahuaklam.

7 ulasan:

  1. Hi,

    Saya nk tnya,sy ada anak berumur 10 bulan,kdg2 bila sy perhatikan dia selalu tergeleng2..kadang2 suka bunyikan tekak dia,ada apa2 cara atau amalan yg awak amalkan untuk kurangkan syndrome ni?terima kasih ya :)

    BalasPadam
  2. @Unknown,

    Agak terlalu awal untuk mengaitkan bayi anda dengan Syndrome Tourette kerana ia baru berusia 10 bulan kerana Tics biasanya bermula seawal usia 4 atau 5 tahun. Mungkin apa yg dihadapi oleh bayi anda adalah perkara yg biasa dilakukan oleh bayi2 lain kerana mereka baru dapat merasai deria-deria yang ada pada tubuh badan mereka. Walaubagaimanapun, saya menyarankan agar anda membawa bayi anda berjumpa doktor Pediatrician bagi mendapatkan kepastian. Terimakasih kerana menghantar komen

    BalasPadam
  3. hi... saya nawfal dari pembikin film bebas dari kuala lumpur. saya sangat berminat dengan cerita tuan yang memberi impak yang mendalam dalam mengharungi perjalan hidup.. kami berminat untuk bertemu dengan tuan untuk mengenali tuan dengan lebih dekat lagi dan ingin mambuat independence documentary berkenaan dengan penyakit touret syndrome ini dan mungkin akan diteruskan dengan membuat short film inspired dari cerita Tuan. Boleh menelifon kami di - 0326316069 (Pintu Pictures Production) email; pintu.pictures@gmail.com

    Kami harap tuan dapat berkerjasama dengan kami.

    terima Kasih.

    BalasPadam
  4. ada tak persatuan utk TS

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera, Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 11 tahun mempunyai kenan yg sangat teruk. Dia mengeluarkan bunyi yang kuat berulang2 kali dan ianya amat merungsingkan saya apabila ianya menjadi bahan tawaan org. jika tidak keberatan, bolehkan saya bertanya. bagaimanakah untuk mengubatinya? Adakah penyakit ini dapat di ubati? terima kasih ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Puan Meriyati, TS ini boleh diusahakan berikhtiar mengubatinya. Sila bawa anak puan berjumpa doktor pakar, sama ada paedatrician atau pun palar neourology kerana TS ini berkaitan dgn sistem saraf atau nerve. Ada preskripsi yg membantu mengurangkan kecenderungan TiCs dari bertindak aktif. Wallahuaklam

      Padam
    2. Anak sy juga kena ts ni.alhamdulilah ada kurang sdikit tics nya. Whatsapp sy 0142677445

      Padam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]