Selasa, 3 Januari 2012

Tahun baru, laptop baru!

Jie semakin tertekan memikirkan keadaan dirinya. Jurusan yang diambilnya di universiti ini sememangnya me'wajib'kan dirinya untuk memiliki sebuah komputer peribadi atau sekurang-kurangnya sebuah komputer riba. Ijazah Rekabentuk Animasi...memang siksa jika tak memiliki laptop sendiri. Takkanlah memanjang nak pinjam kawan-kawan punya. Mereka pun nak guna juga.lagipun komputer ni macam barangan peribadi jugak. Bukan satu perkara yang baik kalau asik meminjam barangan macam ni. Mula-mula kalau sesekali tu tak pelah, tapi kalau asik je meminjam, kawan pun lama-lama tarik muka dan menjauhkan diri.

"hina besi kerana karat...hina aku sebab takde laptop" bisik hatinya lagi.

Lama disimpannya keinginan untuk memiliki laptop ini, namun apakan daya, dia datang benar-benar dari keluarga yang tak berkemampuan. Jie anak yang sulong, adik beradik lain juga masih dibangku sekolah dan perlukan wang. Sebahagian wang PTPTN yang diperolehinya terpaksa diguna untuk membantu ekonomi keluarga yang sangat memerlukan ketika itu. Begitu juga wang gaji kerja part time yang dilakukannya sepanjang cuti semester yang lalu. Ayah telah kehilangan kerja dan masih berusaha mencari kerja kesana-sini disamping ibu yang mengambil upah menjahit bagi membantu meringankan beban keluarga.

Pagi itu Jie mengemas biliknya untuk bersiap pulang sempena cuti belajar. Diantara buku-buku didalam raknya, Jie terjumpa kembali buku yang pernah dibelinya ketika menyertai sebuah seminar beberapa tahun lalu.

...hukum tarikan, dah terlupa pulak. Apa kata kali ini aku cuba ikut betul-betul step yang diajarkan ni, bukan kena bayar pun, mana tau kot ada rezki"..Jie berkata-kata sendirian.

Malam itu dia mula membaca kembali langkah-langkah yang pernah dipelajarinya yang hampir di'terlupakan' selama ini dan memulakan langkah pertama iaitu

1. Menulis dengan terperinci tentang keinginannya itu.

Keinginanku:

Komputer Riba

Harga: Lingkungan RM2,000-00

Ciri-ciri spesifikasi:

- Intel Core i3- 2357M ULV Processor( 1.3Ghz, 3MB L3 1333Mhz FSB)
- FreeDos
- 11.6 HD Glossy LED
- 2GB DDR 3 ( X 1), 8GB max ( 2 DIMN Slot )
- 320GB / 5400rpm Hard Disk Drive
- Intel HD graphics 3000
- Intel Centrino Wireless N 1000
- Bluetooth / No optical Drive
- 6 Cell Battery

Tempoh diinginkan:

Menjelang tahun baru 2012, (semester baru bermula)

2. Membuat permintaan melalui solat hajat dan menyebut dengan sejelas dan terperinci mungkin akan keinginannya itu didalam doanya itu dan seterusnya:

Menanam perasaan BENAR_BENAR TERASA GEMBIRA didalam hatinya, kerana merasakan dirinya kini telah pun berada didalam status: sedang menerima permintaan (kerana janji Allah setiap permintaan pasti dimakbulkan)

3. Mencipta affirmasi yang sesuai dengan permintaannya iaitu:

Tahun baru 2012, aku memiliki laptop baru....laptop baruku di tahun baru. (Yang disebut berulangkali setiap hari dan juga membaca senarai keinginannya itu dengan yakin)

4. Membuat beberapa komitmen yang dirasakannya sesuai dan termampu untuk memasukkan dirinya ke dalam flow (aliran) yang tepat dengan keinginannya seperti: meyertai peraduan-peraduan yang menjanjikan hadiah komputer riba. Menjimatkan perbelanjaan bagi menabung untuk membeli komputer riba walaupun wang simpanannya amat jauh nilainya dari harga laptop yang diinginkannya dan juga melakukan amalan Solat Sunat Dhuha dan bersedekah setakat kemampuan dirinya.

5. Sentiasa mengucapkan kesyukuran dan berterimakasih diatas pemberian yang bakal diterimanya.

Hampir 2 minggu berlalu tanpa apa-apa harapan yang menunjukkan keinginannya itu hampir kepadanya.

Ya Allah,

Jika rezekiku berada di langit, Kau turunkanlah

Jika ia berada didalam bumi, Kau keluarkanlah

Jika ia berada didalam lautan, Kau timbulkanlah

Jika ia jauh, Kau dekatkanlah

Jika ianya sulit, Kau permudahkanlah


Diulang-ulangnya doa ini tiap kali berkesempatan melakukan solat sunat dhuha.

Dan dialah pelajar terakhir menghantar tugasan pada kali ini lantaran menunggu rakan karibnya selesai menggunakan laptop, kerana dia masih terpaksa meminjam dari rakannya itu. Nak jadi cerita, segala tugasan yang dibuat terpadam akibat laptop rakannya 'pegun' (hanging) ketika sedang menyiapkan tugasan tersebut hingga Jie hampir hilang semangat untuk terus berfikiran positif terhadap langkah-langkah yang dibuatnya selama ini.

Hari itu tidak ada kelas, maka dia berkesempatan berkunjung ke rumah neneknya. Wajahnya yang agak suram itu membuatkan neneknya bertanya apa yang tak kena pada dirinya. Jie tidak menjawab tetapi hanya ibunya yang memberitahu tentang masalahnya. Kalau nak beli di courts mammoth pun, desktop yang pernah beli dulu pun tak habis bayar lagi, dah rosak pula.


........

Tiga hari selepas itu, Jie mendapat panggilan telefon dari neneknya supaya datang kerumah pada malam itu.

MasyaAllah, tak sangka sungguh, rupa-rupanya neneknya bermurah hati mengeluarkan wang Tabung Haji dan menyuruh salah seorang pakciknya membelikan sebuah komputer riba untuknya!





Terdapat beberapa peratus spesifikasi yang dimintanya tidak tepat seperti yang dinginkan seperti REM 2GB, tetapi dia mendapat yang lebih baik lagi iaitu REM 8GB, sangat baik bagi kerja-kerja animasi dan CGI yang dipelajarinya.

Malam itu , Jie melakukan sujud syukur yang tak terhingga kepada Allah dengan airmata gembira yang tak terhingga.

"tahun baru, laptop baruku...." akhirnya manifest

Segalanya ini hanyalah dengan Keinginan, Kekuasaan dan Keizinan Allah S.W.T semata-mata. Tetapi sebagai hamba, kita tetap diberi peluang untuk berikhtiar.

Tahniah Jie. Study rajin-rajin ek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]