Ahad, 1 Januari 2012

Mengapa AZAM di Tahun Baru?

Assalamualaikum,

Bertambah lagi usia mengikut tahun masehi bagi kita semua, (Eh, saya belum..hehe. Nak muda punya hal sehari pun mau kira haa). Setiap kali melalui tahun yang baru, tak kiralah samada Tahun Hijrah atau Tahun Masehi, perkara yang kita selalu dengar ialah tentang AZAM.

Ada juga yang mengatakan:

Azam baik tidak perlu tunggu tahun baru untuk diterap, bila-bila pun kita boleh berubah.

Hari ini, saya cuba mengupas tentang AZAM disebalik pengaplikasian Hukum Tarikan.

Apakah itu AZAM? Ianya bersamaan dengan MATLAMAT atau GOALS, iaitu sesuatu tujuan atau perubahan yang ingin dicapai oleh seseorang individu, atau masyarakat mahupun badan-badan korporat atupun kerajaan sesebuah negara.

Kita telah berbincang tentang MATLAMAT didalam blog ini beberapa ketika dahulu dan sedia maklum bahawa didalam pengaplikasian LOA, cara untuk memberikan fokus kepada matlamat memerlukan:

S.M.A.R.T iaitu

S Specific (Spesifik)
M Measureable (Boleh diukur)
A Attainable (Boleh Dicapai)
R Realistic (Realistik)
T Time (Masa)

Azam atau Matlamat perlu spesifik, iaitu terperinci tentang perkara yang kita ingin berlaku itu. sebagai contoh,
seseorang yang amat menginginkan sebuah kereta BMW, biasanya dia tahu mengapa dia suka terhadap model tersebut dengan jelas dan terperinci, meliputi kelebihan dan akurasi tentang enjin, kelajuan, chasis, gadget-gadget yang disediakan didalam kereta tersebut. Maka kerana itu apabila ditanya mengapa dia sukakan dan inginkan kereta BMW, dengan bangganya dia akan menerangkan satu persatu tentang pengetahuannya tentang kelebihan kereta BMW, dan dapat memberikan perbandingan tentang kelemahan kereta jenis lain. ~ sehingga kita faham dan redha tentang keinginan dan matlamatnya itu atau mungkin boleh menjadi turut tertarik dengan matlamat dan keinginan mereka itu.

Ada juga individu yang bila ditanya, mengapa anda suka dan inginkan *itu? (*kerjaya, manusia, material dll). Individu tersebut tidak dapat memberikan jawapan dengan spesifik seolah-olah matlamatnya itu bukanlah sesuatu yang benar-benar diinginkannya. Tanya hati anda, benarkah itu matlamat anda?

Ada juga individu yang tidak mengetahui dengan spesifik tentang Matlamat dan Keinginan mereka, TETAPI cukup mengetahui dengan spesifik / jelas dan terperinci, TENTANG perkara yang TIDAK DISUKAINYA, dengan sangat mendalam sehingga seolah-olah itulah matlamat dan keinginan mereka atau perkara yang mereka suka. Dan perkara inilah yang selalu mereka alami dan temui didalam kehidupan mereka, kerana fokus dan perhatian mereka lebih tertumpu kepada perkara yang tidak disukai ini.

So, What Do You Really Want? What Do You Really Needs? Ask yourself clearly.

Azam atau Matlamat juga perlukan Ukuran, Merasakan Boleh Dicapai (Membuang Limiting Believe), perlu realistik (munasabah dengan keperluan sebagai hamba Allah) dan juga perlukan Masa (Time Frame)

Maka lantaran itulah,

Samada seseorang itu tahu atau tidak tahu tentang Hukum Tarikan, secara otomatis mereka akan mempunyai keinginan untuk meletakkan Azam atau Matlamat ketika dipermulaan tahun baru, kerana, secara naturalnya Minda separa sedar manusia telah NAMPAK sebuah Time Frame (Ukuran masa - iaitu Tahun yang baru bermula) bagi meletakkan sesuatu target, matlamat atau azam. Maka lantaran itulah jua, ramai yang sukar meletakkan sesebuah matlamat atau azam ketika ditengah-tengah tahun kerana Minda Separa Sedar tidak dapat menanggapi sebuah Time Frame untuk melakukan perubahan atau pun usaha.

Everybody is practissing LOA with or without knowing about it!



Cuma samada yang tercapai dan ada yang tidak , maka yang menjadi bezanya ialah apabila anda mengetahui dengan cara yang betul dan tepat, melalui langkah-langkah yang dicadangkan, Insya Allah, anda mempunyai 95% kebarangkalian untuk berjaya.


Good Luck To Everyone!

2 ulasan:

  1. Good luck to u too in this new year

    BalasPadam
  2. Terimakasih Teacher Aina, dan tahniah atas pertunangan, moga berpanjangan jodoh dan kebahagiaan hingga ke akhirat, amin :)

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]