Rabu, 11 Januari 2012

Jangan 'beranak' lagilah lepas ni..

Arman yang aku kenali memang seorang yang panas baran. Hampir 3 tahun aku mengenali dirinya ketika sama-sama bekerja di salah sebuah Call Centre di Kuala Lumpur. Walaupun begitu, dia seorang yang dedikasi dan bertanggungjawab dengan kehidupannya. Setelah aku berhenti dari Call Centre tersebut, Arman juga mendapat pekerjaan baru di tempat lain.

Setahun kemudian Arman mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, juga rakan sekerja kami ketika di Call Centre itu, aku juga mengenali isterinya itu.

Petang itu aku bertembung dengan Arman dan isterinya disebuah pasaraya. Isterinya yang sedang sarat mengandung itu sedang menolak troli manakala Arman berjalan laju didepan.

"Eh Bro, lamanya tak nampak, buat apa sekarang ni? Tegur Arman

Aku memberikan short briefing sahaja tentang diriku kerana aku dapat mengagak pasangan ini sedang berselisih faham. Isterinya hanya tersenyum tawar padaku manakala Arman menegurku dengan wajah yang merah padam.

"Minta no fon bro, nanti aku contact balik, kita sembang panjang, sebab tengah busy sekarang ni"


....

"Tak tahulah nak cakap macamana bro, tapi saya memang meluat betul dengan dia sekarang ni. Saya sayangkan dia, tapi dia tu yang sentiasa aje naikkan darah saya. Apa je yang saya buat semuanya tak kena pada dia"

Arman meluahkan segala yang dirasakannya terhadap isterinya kepadaku ketika kami berkesempatan minum di sebuah restoran Mamak Teh Tarik beberapa hari selepas bertembung dipasaraya tempohari.

Man, kau kena beringat, isteri kau tu tengah sarat mengandung, memanglah macam tu, itulah namanya 'pembawakkan budak'

Aku cuba memberikan pandangan.

"Saya tahu pasal tu bro, dan saya memang tak bencikan dia, saya sedar dia mengandungkan anak pertama saya, saya cuma ingin perasaan meluat saya pada dia ni hilang. Tapi tak boleh la bro, sebab dia yang selalu cari pasal. Saya baru nak cool down, ada aja yang tak kena dia nak merajuklah, membebellah. Pening la macam ni".


Hmmm..boleh aku tahu bila due date isteri kau?

"Ikut kata doktor, bulan depan"

Baiklah Man, aku ni bukanlah pakar runding rumahtangga. Aku sendiri pun berumah tak bertangga. heheh. Cuma aku nak cadangkan satu perkara.

"Apa dia bro?"

Isteri kau bersalin nanti kat hospital mana?

"Ampang Puterilah, sebab panel tempat kerja saya."

Cantiklah tu, hospital swasta lagi senang. Aku cadangkan begini, semasa isteri kau dalam bilik bersalin tu, kau ikut sekali, dan tengok sampai isteri kau selesai bersalin, kau kan jenis pantang dicabar, tak takut apa pun. Jadinya, aku nak kau tengok proses bersalin isteri kau tu, hingga anak kau selamat keluar. Amacam? Ada brann?

"Setakat tengok isteri bersalin, apa adahal bro, ok, takda masalah. Tapi apa hubungkaitnya dengan masalah saya ni?"


Kau buat ajelah dulu, dan buat masa ni, aku harap kau banyaklah bersabar, ingatkan Allah, istighfar bila kau terasa naik angin, kau jangan kasari atau sakiti isteri kau tak kiralah fizikal ke, emosi ke, orang tengah sarat tu. Cubalah ya.

.......

Isteri Arman selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi subuh hari itu dan aku cuma berkesempatan melawat ketika tengahari. Ketika itu isterinya masih belum dipindahkan ke wad biasa kerana ketika bersalin, isterinya terpaksa melalui Cesarian.

Ketika aku sampai, ibubapa kedua pasangan itu turut berada disana melihat cucu. Kelihatan wajah Arman berseri-seri ketika aku menghulurkan hadiah berupa pakaian bayi kepadanya.

"Terimakasih kerana sudi datang bro. Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selamat, cuma Zah (isterinya) kena tahan dulu, tapi doktor kata semuanya ok"

Alhamdulillah, haa...macamana Man? ada kau ikut apa yang aku cadangkan dulu tu?


'MasyaAllah, saya ikut bro, Allahuakbar..Insaf saya, bro, rasa macam dah tak sanggup tengok isteri saya menahan kesakitan yang tak pernah saya tengok selama ni. Menitik air mata saya teringat semua kekasaran yang saya pernah buat. Dia sanggup melalui semua kesakitan dan keperitan tu tadi semata-mata hendak memberikan kepada saya zuriat saya. Sampaikan tadi, saya terlepas cakap pada dia: Lepas ni janganlah sayang beranak lagi..abang tak sanggup tengok sayang macam ni.Dengan cara otomatik bro, semua perasaan-perasaan tak elok saya pada dia tu hilang..sekarang ni apa yang saya terfikir cuma, saya nak bahagiakan dia sepanjang hidup saya.
Bersungguh-sungguh Arman menerangkan kepadaku.



Ketika anak Arman, Mohd Faris Dainal berusia 6 bulan, dengan tiba-tiba petang itu aku dihubungi oleh isterinya melalui telefon.

"Ini ha, Abang Man minta saya call abang sebab dia takut terlupa, nak jemput datang rumah esok, lepas maghrib, Ada buat doa selamat dan kesyukuran sikit sebab baru pindah rumah ni."


Ok, InsyaAllah saya akan datang jika tak ada apa aral. Abang nak tanya sikit boleh?

"Kenapa bang?"

Arman macamana sekarang? dah cool down?

"Tak taula nak cakap bang, semenjak Faris ni ada, Abang Man tu dah jadi macam sebaik-baik umat, baran dia tu ada la sesekali, tapi tak sangatlah, memang sebaik-baik umat sekarang ni"


Alhamdulillah syukur kalau dah macam tu, kau doalah banyak-banyak semoga rumahtangga sentiasa diberi barakah dan kebahagiaan


..............
Kepada para suami semua, ingatlah perngorbanan yang isteri anda lakukan ketika melahirkan zuriat keturunan anda. Kesakitan melahirkan itu antara hidup dan mati, hinggakan jika meninggal dunia, mereka tergolong dalam kategori mati syahid.

Juga sentiasalah ingatkan kesakitan dan pengorbanan yang IBU kita telah lakukan kepada kita ketika melahirkan kita dahulu.

"Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku, Berkati dan Rahmatilah mereka berdua, Kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani diriku diwaktu kecil"

Amin, Ya Rabbal A'lamin....

1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]