Isnin, 30 Januari 2012

Elemen-elemen penting 2 - Pemikiran Terkongkong

Sambungan dari LINK

PEMIKIRAN TERKONGKONG

Apabila melalui step ke 2.1 iaitu affirmasi, seringkali pertanyaan diajukan bertanya :

“Bro, saya telah menulis keinginan saya secara spesifik, kemudian membuat permintaan dan sedang berusaha membaca affirmasi yang bersesuaian dengan permintaan saya, tetapi sebelum melakukannya, saya dikehendaki merasa puas dan bersyukur terlebih dahulu dengan apa yang saya ada pada masa sekarang ini. Masalah saya ialah, saya merasa terlalu sukar untuk melafazkan dihadapan cermin perkataan:

I am grateful to be ME

“Bagaimana untuk saya menghayati rasa bersyukur dan berbangga dengan diri saya sendiri, sedangkan diri saya memang banyak kelemahan, wajah saya hodoh, tubuh saya gemok/ kurus melidi, bagaimana saya ingin merasakan keseronokkan dengan memiliki wajah seperti ini?

………….......................

Ini adalah salah satu contoh bentuk pemikiran terkongkong yang menjadi salah satu sebab penting mengapa kebanyakan orang tidak berjaya memanifestasikan keinginan mereka. Mereka telah mengongkong diri mereka dengan keadaan-keadaan negative yang tertentu sehingga menjadikan diri mereka sukar untuk membuat perubahan kepada diri mereka.

Untuk memecahkan pemikiran terkongkong berbentuk begini, saya cuba jelaskan dengan cara seperti ini:

(Hanya sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman)

A meminati dan memuja kecantikan Maya Karin. Bagi A, Maya Karin adalah artis Malaysia yang paling jelita.

B pula lebih teruja dengan Yuna dan berpendapat Yuna lebih berkarismatik dalam banyak segi.

Bila ditanya kepada A tentang Yuna, ternyata pandangan A terhadap Yuna jauh berbeza dari B. Bagi A, yuna hanya biasa-biasa sahaja. Begitu juga pandangan B terhadap Maya Karin mengatakan maya Karin hanya biasa-biasa sahaja dan baginya Yuna lebih jelita dari Maya Karin.

Semuanya mempunyai pandangan yang berbeza-beza, dan dimasa yang sama mempunyai citarasa sendiri terhadap seseorang, walaupun citarasanya itu dikatakan tidak menarik oleh orang lain.

Kesimpulannya disini, paras rupa dan raut fizikal bukanlah penentu kecantikan seseorang, ianya lebih banyak tertumpu kepada MATA yang melihatnya. Setiap penciptaan Allah itu adalah sempurna dan mempunyai kelebihan masing-masing termasuk diri ANDA.

Percayalah, : “Setiap dari ANDA pasti mempunyai sekumpulan manusia lain yang mempunyai MATA yang meletakkan minat, keinginan dan rasa suka pada manusia yang berkeadaan/ ber'penjenisan' seperti ANDA, atau memandang positif terhadap ANDA, yang mana mereka ini juga berpotensi untk menyayangi anda dan menjadi penyokong ANDA, tak kira walaubagaimanapun keadaan diri anda.

Mengapa begitu? Apakah ini benar atau hanya suatu kebetulan? TIDAK? ianya bukan kebetulan, ia sememangnya diciptakan sedemikian oleh Yang Maha Mencipta. It Is DESIGN that way!

Seringkali kita melihat seseorang yang dikagumi sekumpulan ramai manusia, (tak kira dari golongan artis, ahli politik, akademi dll), dalam pada masa yang sama terdapat juga sekumpulan manusia yang tidak menyukai atau kurang menyetujui/meminati orang itu.

Tetapi apa yang penting ialah dari sisi positif,nya ialah: TERDAPAT sekumpulan manusia yang mempunyai MATA yang meletakkan minat, keinginan dan rasa suka pada ANDA, atau memandang positif terhadap ANDA, tak kira walaubagaimanapun keadaan diri anda.




Hodoh? Gemuk? Kurus? Adakah itu sesuatu yang wujud dan benar? Bagaimanakah kita membuat sesebuah ukuran tentang kehodohan atau kejelitaan / ketampanan itu? Adakah hanya semata-mata secara tradisinya dunia mengakui gemok itu sesuatu yang melambangkan hodoh? Bagaimana pula jika sejak dari awal, dunia mengesahkan kurus adalah lambang kehodohan? Apakah semua manusia akan berebut2 untuk menjadi gemok pula?

Semua ini hanyalah sebuah persepsi yang datang dari sudut pandangan manusia setelah melalui pelbagai ragam sosial masyarakat. Umpamanya, wanita kurus lebih disenangi oleh lelaki pada awalnya bukan kerana kurus itu cantik, tetapi kerana kebanyakan lelaki merasakan ‘mudahnya’ membuli pasangan kurus dalam bab yang menjurus kepada hubungan seks! Lama kelamaan ianya menjadi suatu tradisi yang berlandaskan persepsi.

Nah, oleh itu, katakan dengan yakin: I am grateful to be ME

Jangan bandingkan diri anda dengan sesiapa pun jua ketika itu. Anda tidak perlu menjadi orang lain untuk menjadi seseorang yang berjaya. Walau sehodoh atau seterukmana pun yang anda rasakan tentang diri anda selama ini, sentiasa ingatkan bahawa:

TERDAPAT sekumpulan manusia yang mempunyai MATA yang meletakkan minat, keinginan dan rasa suka pada ANDA, atau memandang positif terhadap ANDA, tak kira walaubagaimanapun keadaan diri anda.

Anda dan Diri Anda sendiri seadanya sudah cukup untuk membawa anda menempa kejayaan dengan izin Tuhan. Kemungkinan juga kejayaan yang anda bakal capai dalam kehidupan anda akan membuatkan orang lain pula menjadikan ANDA sebagai perbandingan.

Kesukaran melafazkannya hanyalah kerana minda kita dipearuhi oleh persepsi-persepsi manusia lain yang sebenarnya tidak perlu dihiraukan, dan hanya membuatkan kita mengongkong pemikiran kita sehingga kita menjadi tidak berani untuk BERMIMPI BESAR.


Bersambung ke LINK

4 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]