Khamis, 5 Januari 2012

The 'Duit' 1 ~intro

Sepanjang tahun 2010 hingga 2011, saya banyak memberikan fokus perbincangan yang lebih tertumpu kepada Pemahaman Asas LOA, perhubungan, jodoh dan juga perawatan OCD. InsyaAllah pada tahun ini, saya ingin memberikan lebih banyak perbincangan tentang kewangan.

Duit bukanlah segalanya, tetapi kebanyakkan 'segalanya' perlukan duit. Kebanyakkan punca keretakkan rumahtangga, masalah sosial seperti rompakan, ragut, rasuah dan masalah-masalah jiwa seperti stress, kemurungan dan lain-lain adalah berpunca dari masalah kewangan, Benar, wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi ia juga adalah salah satu dari punca kebahagiaan.

Maksud Firman Allah:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas:77)

Manakala Rasulullah SAW pernah bersabda:

Jauhilah kefakiran (kemiskinan), kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran.

Ini adalah Hadis dari Hajjaj bin Farafisah, dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran”

Menurut Ali al-Qary dalam al-Mirqaat: Hadith itu adalah hadith yang sangat lemah. Bagaimanapun kesahihannya bolehlah dikaitkan dengan sifat hati yang miskin yang membawa kepada kebimbangan dan kerisauan (anxiety) yang mana ia seterusnya boleh membawa kepada sifat tidak redha pada takdir Allah dan protes atas (cara) pembahagian rezeki.

Dari maksud Firman Allah dan Hadis di atas juga telah menunjukkan kepada kita bahawa sebagai umat islam, mencari harta kekayaan (duit/wang) itu adalah tuntutan.

Kalau tak berduit macamana nak buat Haji, Umrah? Macamana nak bayar zakat? macamana nak nikah dan tanggung anak orang. Duit hantaran lagi, kenduri lagi. Macamana nak pakai kenderaan? nak bayar bil handfon, astro. kalau tak pasang Astro, siaran tak baik, gambar ada double triple. Nak belajar kena juga guna macama-macam seperti komputer, internet dan keperluan-keperluan lain. Semua tu guna duit. Nak bayar balik duit PT. Nak makan, minum, hmmm....Semua guna duit. Duit! Duit! Duit!



Bukankah didalam sebuah hadis, Nabi SAW pernah bersabda:

Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tangan di atas (yang memberi), lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima bantuan) "
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Marilah kita mengajak diri kita menjadi 'tangan yang di atas' kerana ianya lebih baik dari menjadi tangan yang sentiasa mengharapkan bantuan.

Bagaimanakah cara untuk menjadi 'tangan yang diatas'? Dengan memiliki Lebihan Wang yang dapat digunakan untuk memberi (derma, sedekah, bantuan, memberi pinjaman). Tetapi apakah kita memiliki 'Lebihan Wang' ini? dan bagaimanakah untuk diri kita berusaha untuk memilikinya?


to be continued

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]