Selasa, 31 Januari 2012

The Duit 3 - Memberi dan Menerima

sambungan artikel lalu

Apabila kita berbicara mengenai membina kekayaan, kekayaan adalah cara berfikir. Ia adalah mengenai bagaimana anda berfikir. Anda harus berasa senang dengan wang (Membuang segala tanggapan negatif terhadap wang) untuk ‘menarik’ lebih banyak wang kepada anda.

Sebagaimana yang diketahui apabila manusia tidak mempunyai cukup wang , mereka merasa kesempitan wang dan mula mengeluh dan sentiasa merasakan/ menggetarkan pemikiran dan perasaan 'tidak cukup, very limited

Tetapi fikiran negatif sedemikian akan menghalang wang untuk datang kepada anda! Anda harus hentikan kitaran tidak sihat itu dengan berasa senang dengan wang dan bersyukur dengan apa yang anda miliki. Sepertimana maksud hadis dibawah:

Dari Abu Sa’id al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupinya (sehingga jiwanya kaya/merasa cukup dan dibukakan untuknya pintu-pintu rezeki).

(HR. al-Bukhari no. 1469 dan Muslim no. 2421)


MEMBERI DAN MENERIMA BERLIPAT KALI GANDA

Memberi ialah satu cara yang memberi kesan yang sangat dalam kehidupan anda untuk mendapat lebih banyak penghasilan. Ini kerana apabila anda memberi , anda sedang menghantar mesej yang anda mempunyai lebihan wang. Ia tidak menghairankan apabila antara orang terkaya di dunia adalah pemberi yang baik. Mereka memberikan sejumlah wang dan ini memberikan mereka hasil berupakan sejumlah wang kepada mereka berlipat kali ganda.

Sekiranya anda berfikir

“Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk memberi”

Cuba amati betul-betul kata-kata tersebut, anda patut sedar mengapa anda tidak mempunyai wang secukupnya. Ya! Kerana itulah Affirmasi anda!





Ada perbezaan yang besar di antara memberi dan berkorban. Memberi merupakan satu tindakan yang sukarela manakala berkorban pula selalunya tidak akan menyenangkan hati kita.

Memberi dengan ikhlas dari hati akan membuat anda berasa gembira dan senang hati, anda akan dapat merasai perbezaannya.

Sebagaimana maksud Firman Allah:

"Perumpamaan orang-orang yang mendermakan harta benda di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji dan menumbuh tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah akan menggandakan (pahala) bagi orang yang dikehendakinya, dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah: 261)

Untuk menghuraikan ayat ini Nabi SAW telah memberikan perinciannnya dengan sabda baginda:

“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah

We are the ones who make a brighter day, So lets start giving
There's a choice we're making, We're saving our own lives
Its true we'll make a better day, Just you and me..



to be continue...

Isnin, 30 Januari 2012

Elemen-elemen penting 2 - Pemikiran Terkongkong

Sambungan dari LINK

PEMIKIRAN TERKONGKONG

Apabila melalui step ke 2.1 iaitu affirmasi, seringkali pertanyaan diajukan bertanya :

“Bro, saya telah menulis keinginan saya secara spesifik, kemudian membuat permintaan dan sedang berusaha membaca affirmasi yang bersesuaian dengan permintaan saya, tetapi sebelum melakukannya, saya dikehendaki merasa puas dan bersyukur terlebih dahulu dengan apa yang saya ada pada masa sekarang ini. Masalah saya ialah, saya merasa terlalu sukar untuk melafazkan dihadapan cermin perkataan:

I am grateful to be ME

“Bagaimana untuk saya menghayati rasa bersyukur dan berbangga dengan diri saya sendiri, sedangkan diri saya memang banyak kelemahan, wajah saya hodoh, tubuh saya gemok/ kurus melidi, bagaimana saya ingin merasakan keseronokkan dengan memiliki wajah seperti ini?

………….......................

Ini adalah salah satu contoh bentuk pemikiran terkongkong yang menjadi salah satu sebab penting mengapa kebanyakan orang tidak berjaya memanifestasikan keinginan mereka. Mereka telah mengongkong diri mereka dengan keadaan-keadaan negative yang tertentu sehingga menjadikan diri mereka sukar untuk membuat perubahan kepada diri mereka.

Untuk memecahkan pemikiran terkongkong berbentuk begini, saya cuba jelaskan dengan cara seperti ini:

(Hanya sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman)

A meminati dan memuja kecantikan Maya Karin. Bagi A, Maya Karin adalah artis Malaysia yang paling jelita.

B pula lebih teruja dengan Yuna dan berpendapat Yuna lebih berkarismatik dalam banyak segi.

Bila ditanya kepada A tentang Yuna, ternyata pandangan A terhadap Yuna jauh berbeza dari B. Bagi A, yuna hanya biasa-biasa sahaja. Begitu juga pandangan B terhadap Maya Karin mengatakan maya Karin hanya biasa-biasa sahaja dan baginya Yuna lebih jelita dari Maya Karin.

Semuanya mempunyai pandangan yang berbeza-beza, dan dimasa yang sama mempunyai citarasa sendiri terhadap seseorang, walaupun citarasanya itu dikatakan tidak menarik oleh orang lain.

Kesimpulannya disini, paras rupa dan raut fizikal bukanlah penentu kecantikan seseorang, ianya lebih banyak tertumpu kepada MATA yang melihatnya. Setiap penciptaan Allah itu adalah sempurna dan mempunyai kelebihan masing-masing termasuk diri ANDA.

Percayalah, : “Setiap dari ANDA pasti mempunyai sekumpulan manusia lain yang mempunyai MATA yang meletakkan minat, keinginan dan rasa suka pada manusia yang berkeadaan/ ber'penjenisan' seperti ANDA, atau memandang positif terhadap ANDA, yang mana mereka ini juga berpotensi untk menyayangi anda dan menjadi penyokong ANDA, tak kira walaubagaimanapun keadaan diri anda.

Mengapa begitu? Apakah ini benar atau hanya suatu kebetulan? TIDAK? ianya bukan kebetulan, ia sememangnya diciptakan sedemikian oleh Yang Maha Mencipta. It Is DESIGN that way!

Seringkali kita melihat seseorang yang dikagumi sekumpulan ramai manusia, (tak kira dari golongan artis, ahli politik, akademi dll), dalam pada masa yang sama terdapat juga sekumpulan manusia yang tidak menyukai atau kurang menyetujui/meminati orang itu.

Tetapi apa yang penting ialah dari sisi positif,nya ialah: TERDAPAT sekumpulan manusia yang mempunyai MATA yang meletakkan minat, keinginan dan rasa suka pada ANDA, atau memandang positif terhadap ANDA, tak kira walaubagaimanapun keadaan diri anda.




Hodoh? Gemuk? Kurus? Adakah itu sesuatu yang wujud dan benar? Bagaimanakah kita membuat sesebuah ukuran tentang kehodohan atau kejelitaan / ketampanan itu? Adakah hanya semata-mata secara tradisinya dunia mengakui gemok itu sesuatu yang melambangkan hodoh? Bagaimana pula jika sejak dari awal, dunia mengesahkan kurus adalah lambang kehodohan? Apakah semua manusia akan berebut2 untuk menjadi gemok pula?

Semua ini hanyalah sebuah persepsi yang datang dari sudut pandangan manusia setelah melalui pelbagai ragam sosial masyarakat. Umpamanya, wanita kurus lebih disenangi oleh lelaki pada awalnya bukan kerana kurus itu cantik, tetapi kerana kebanyakan lelaki merasakan ‘mudahnya’ membuli pasangan kurus dalam bab yang menjurus kepada hubungan seks! Lama kelamaan ianya menjadi suatu tradisi yang berlandaskan persepsi.

Nah, oleh itu, katakan dengan yakin: I am grateful to be ME

Jangan bandingkan diri anda dengan sesiapa pun jua ketika itu. Anda tidak perlu menjadi orang lain untuk menjadi seseorang yang berjaya. Walau sehodoh atau seterukmana pun yang anda rasakan tentang diri anda selama ini, sentiasa ingatkan bahawa:

TERDAPAT sekumpulan manusia yang mempunyai MATA yang meletakkan minat, keinginan dan rasa suka pada ANDA, atau memandang positif terhadap ANDA, tak kira walaubagaimanapun keadaan diri anda.

Anda dan Diri Anda sendiri seadanya sudah cukup untuk membawa anda menempa kejayaan dengan izin Tuhan. Kemungkinan juga kejayaan yang anda bakal capai dalam kehidupan anda akan membuatkan orang lain pula menjadikan ANDA sebagai perbandingan.

Kesukaran melafazkannya hanyalah kerana minda kita dipearuhi oleh persepsi-persepsi manusia lain yang sebenarnya tidak perlu dihiraukan, dan hanya membuatkan kita mengongkong pemikiran kita sehingga kita menjadi tidak berani untuk BERMIMPI BESAR.


Bersambung ke LINK

Rabu, 11 Januari 2012

Jangan 'beranak' lagilah lepas ni..

Arman yang aku kenali memang seorang yang panas baran. Hampir 3 tahun aku mengenali dirinya ketika sama-sama bekerja di salah sebuah Call Centre di Kuala Lumpur. Walaupun begitu, dia seorang yang dedikasi dan bertanggungjawab dengan kehidupannya. Setelah aku berhenti dari Call Centre tersebut, Arman juga mendapat pekerjaan baru di tempat lain.

Setahun kemudian Arman mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, juga rakan sekerja kami ketika di Call Centre itu, aku juga mengenali isterinya itu.

Petang itu aku bertembung dengan Arman dan isterinya disebuah pasaraya. Isterinya yang sedang sarat mengandung itu sedang menolak troli manakala Arman berjalan laju didepan.

"Eh Bro, lamanya tak nampak, buat apa sekarang ni? Tegur Arman

Aku memberikan short briefing sahaja tentang diriku kerana aku dapat mengagak pasangan ini sedang berselisih faham. Isterinya hanya tersenyum tawar padaku manakala Arman menegurku dengan wajah yang merah padam.

"Minta no fon bro, nanti aku contact balik, kita sembang panjang, sebab tengah busy sekarang ni"


....

"Tak tahulah nak cakap macamana bro, tapi saya memang meluat betul dengan dia sekarang ni. Saya sayangkan dia, tapi dia tu yang sentiasa aje naikkan darah saya. Apa je yang saya buat semuanya tak kena pada dia"

Arman meluahkan segala yang dirasakannya terhadap isterinya kepadaku ketika kami berkesempatan minum di sebuah restoran Mamak Teh Tarik beberapa hari selepas bertembung dipasaraya tempohari.

Man, kau kena beringat, isteri kau tu tengah sarat mengandung, memanglah macam tu, itulah namanya 'pembawakkan budak'

Aku cuba memberikan pandangan.

"Saya tahu pasal tu bro, dan saya memang tak bencikan dia, saya sedar dia mengandungkan anak pertama saya, saya cuma ingin perasaan meluat saya pada dia ni hilang. Tapi tak boleh la bro, sebab dia yang selalu cari pasal. Saya baru nak cool down, ada aja yang tak kena dia nak merajuklah, membebellah. Pening la macam ni".


Hmmm..boleh aku tahu bila due date isteri kau?

"Ikut kata doktor, bulan depan"

Baiklah Man, aku ni bukanlah pakar runding rumahtangga. Aku sendiri pun berumah tak bertangga. heheh. Cuma aku nak cadangkan satu perkara.

"Apa dia bro?"

Isteri kau bersalin nanti kat hospital mana?

"Ampang Puterilah, sebab panel tempat kerja saya."

Cantiklah tu, hospital swasta lagi senang. Aku cadangkan begini, semasa isteri kau dalam bilik bersalin tu, kau ikut sekali, dan tengok sampai isteri kau selesai bersalin, kau kan jenis pantang dicabar, tak takut apa pun. Jadinya, aku nak kau tengok proses bersalin isteri kau tu, hingga anak kau selamat keluar. Amacam? Ada brann?

"Setakat tengok isteri bersalin, apa adahal bro, ok, takda masalah. Tapi apa hubungkaitnya dengan masalah saya ni?"


Kau buat ajelah dulu, dan buat masa ni, aku harap kau banyaklah bersabar, ingatkan Allah, istighfar bila kau terasa naik angin, kau jangan kasari atau sakiti isteri kau tak kiralah fizikal ke, emosi ke, orang tengah sarat tu. Cubalah ya.

.......

Isteri Arman selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi subuh hari itu dan aku cuma berkesempatan melawat ketika tengahari. Ketika itu isterinya masih belum dipindahkan ke wad biasa kerana ketika bersalin, isterinya terpaksa melalui Cesarian.

Ketika aku sampai, ibubapa kedua pasangan itu turut berada disana melihat cucu. Kelihatan wajah Arman berseri-seri ketika aku menghulurkan hadiah berupa pakaian bayi kepadanya.

"Terimakasih kerana sudi datang bro. Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selamat, cuma Zah (isterinya) kena tahan dulu, tapi doktor kata semuanya ok"

Alhamdulillah, haa...macamana Man? ada kau ikut apa yang aku cadangkan dulu tu?


'MasyaAllah, saya ikut bro, Allahuakbar..Insaf saya, bro, rasa macam dah tak sanggup tengok isteri saya menahan kesakitan yang tak pernah saya tengok selama ni. Menitik air mata saya teringat semua kekasaran yang saya pernah buat. Dia sanggup melalui semua kesakitan dan keperitan tu tadi semata-mata hendak memberikan kepada saya zuriat saya. Sampaikan tadi, saya terlepas cakap pada dia: Lepas ni janganlah sayang beranak lagi..abang tak sanggup tengok sayang macam ni.Dengan cara otomatik bro, semua perasaan-perasaan tak elok saya pada dia tu hilang..sekarang ni apa yang saya terfikir cuma, saya nak bahagiakan dia sepanjang hidup saya.
Bersungguh-sungguh Arman menerangkan kepadaku.



Ketika anak Arman, Mohd Faris Dainal berusia 6 bulan, dengan tiba-tiba petang itu aku dihubungi oleh isterinya melalui telefon.

"Ini ha, Abang Man minta saya call abang sebab dia takut terlupa, nak jemput datang rumah esok, lepas maghrib, Ada buat doa selamat dan kesyukuran sikit sebab baru pindah rumah ni."


Ok, InsyaAllah saya akan datang jika tak ada apa aral. Abang nak tanya sikit boleh?

"Kenapa bang?"

Arman macamana sekarang? dah cool down?

"Tak taula nak cakap bang, semenjak Faris ni ada, Abang Man tu dah jadi macam sebaik-baik umat, baran dia tu ada la sesekali, tapi tak sangatlah, memang sebaik-baik umat sekarang ni"


Alhamdulillah syukur kalau dah macam tu, kau doalah banyak-banyak semoga rumahtangga sentiasa diberi barakah dan kebahagiaan


..............
Kepada para suami semua, ingatlah perngorbanan yang isteri anda lakukan ketika melahirkan zuriat keturunan anda. Kesakitan melahirkan itu antara hidup dan mati, hinggakan jika meninggal dunia, mereka tergolong dalam kategori mati syahid.

Juga sentiasalah ingatkan kesakitan dan pengorbanan yang IBU kita telah lakukan kepada kita ketika melahirkan kita dahulu.

"Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku, Berkati dan Rahmatilah mereka berdua, Kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani diriku diwaktu kecil"

Amin, Ya Rabbal A'lamin....

Khamis, 5 Januari 2012

The 'Duit' 2 ~ Affirmasi

sambungan artikel lalu

Terdapat beberapa kategori manusia dalam dunia kita hari ini.

Golongan pertama:

Tiada Duit (Kurang/ cukup-cukup) dan
Tiada Masa (Kurang Masa berkualiti untuk diri dan family)

- Kebanyakkan dari golongan ini adalah golongan yang bekerja makan gaji

Golongan Kedua:

Tiada Duit tetapi Ada banyak masa terluang

- Kebanyakkan dari golongan ini adalah penganggur

Golongan Ketiga

Ada banyak duit dan Ada banyak masa berkualiti.

- Kebanyakkan dari golongan ini bergelar jutawan


Diantara ketiga-tiga kategori diatas ini, golongan yang sentiasa mempunyai Lebihan Wang ialah golongan ketiga. Mereka memiliki kebebasan Kewangan (Financial feedom) dan juga memiliki kebebasan masa (masa berkualiti untuk pengurusan diri dan juga keluarga).

Jika kita berada dalam golongan yang pertama, mempunyai wang, tetapi selalunya cukup-cukup dengan keperluan dan adakalanya memiliki sindrom GHBBH (Gaji habis, Bulan Belum Habis), biasanya kita juga tidak memiliki kebebasan masa berkualiti kerana kebanyakkan masa kita dihabiskan dengan membuat kerja-kerja 'overtime' dan juga kerja-kerja sampingan bagi menampung beban kewangan.

Apakah beza antara golongan pertama dan golongan ketiga? Apakah pula persamaan antara golongan pertama dan golongan ketiga ini?

Persamaan:

Antaranya ialah, kedua-dua golongan ini memiliki wang setiap bulan, memiliki kenderaan, ada yang memiliki rumah, keluarga dan lain-lain.

Perbezaannya:

Nilai tunai yang dimiliki tidak sama. Katakan seseorang yang makan gaji mungkin menerima RM5,000 setiap bulan hasil wang gaji dan kerja-kerja sampingan, tetapi kesemua pendapatannya itu digunakan untuk membayar keperluan saraan bulanannya, akan tetapi jika seseorang jutawan itu menerima sejumlah wang bernilai RM5,000 pada bulan yang sama, kemungkinan dia tidak menggunakan langsung wang tersebut untuk membayar apa-apa, malah boleh menyimpan sahaja atau pun membelanjakan wang tersebut dengan rasa gembira kerana dia memiliki Lebihan Wang dan tiada berhutang.

Persoalannya disini, apakah yang Golongan Ketiga ada, tetapi tidak ada pada golongan pertama? Mereka memiliki:


....KUASA BELI YANG TINGGI...
KUASA MEMBAYAR YANG BESAR...
KUASA MEMBERI YANG LUAS..


Tentu sahaja perkata Kuasa Beli ini biasa anda dengar terutama bagi mereka yang pernah mengambil jurusan ekonomi. Maka dari apa yang anda dapat lihat disini, anda boleh menggunakan ketiga-tiga ayat diatas sebagai Affirmasi harian anda sebagai langkah pertama anda untuk memiliki kebebasan kewangan.

Jadikan: "Aku memiliki Kuasa Beli Yang Tinggi' sebagai affirmasi anda.
Tetapi ingat! sebelum mengucapkan affirmasi ini, lakukan langkah yang perlu anda lakukan sebelum membuat affirmasi terlebih dahulu. Jika tidak, ianya hanya akan menjadi kata-kata yang tidak mempunyai makna sahaja. Apakah langkah tersebut? Bagi yang benar-benar mengikuti perbincangan-perbincangan dan perkongsian di dalam blog ini,tentu tahu akan jawapannya.


to be continued

The 'Duit' 1 ~intro

Sepanjang tahun 2010 hingga 2011, saya banyak memberikan fokus perbincangan yang lebih tertumpu kepada Pemahaman Asas LOA, perhubungan, jodoh dan juga perawatan OCD. InsyaAllah pada tahun ini, saya ingin memberikan lebih banyak perbincangan tentang kewangan.

Duit bukanlah segalanya, tetapi kebanyakkan 'segalanya' perlukan duit. Kebanyakkan punca keretakkan rumahtangga, masalah sosial seperti rompakan, ragut, rasuah dan masalah-masalah jiwa seperti stress, kemurungan dan lain-lain adalah berpunca dari masalah kewangan, Benar, wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi ia juga adalah salah satu dari punca kebahagiaan.

Maksud Firman Allah:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas:77)

Manakala Rasulullah SAW pernah bersabda:

Jauhilah kefakiran (kemiskinan), kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran.

Ini adalah Hadis dari Hajjaj bin Farafisah, dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran”

Menurut Ali al-Qary dalam al-Mirqaat: Hadith itu adalah hadith yang sangat lemah. Bagaimanapun kesahihannya bolehlah dikaitkan dengan sifat hati yang miskin yang membawa kepada kebimbangan dan kerisauan (anxiety) yang mana ia seterusnya boleh membawa kepada sifat tidak redha pada takdir Allah dan protes atas (cara) pembahagian rezeki.

Dari maksud Firman Allah dan Hadis di atas juga telah menunjukkan kepada kita bahawa sebagai umat islam, mencari harta kekayaan (duit/wang) itu adalah tuntutan.

Kalau tak berduit macamana nak buat Haji, Umrah? Macamana nak bayar zakat? macamana nak nikah dan tanggung anak orang. Duit hantaran lagi, kenduri lagi. Macamana nak pakai kenderaan? nak bayar bil handfon, astro. kalau tak pasang Astro, siaran tak baik, gambar ada double triple. Nak belajar kena juga guna macama-macam seperti komputer, internet dan keperluan-keperluan lain. Semua tu guna duit. Nak bayar balik duit PT. Nak makan, minum, hmmm....Semua guna duit. Duit! Duit! Duit!



Bukankah didalam sebuah hadis, Nabi SAW pernah bersabda:

Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tangan di atas (yang memberi), lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima bantuan) "
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Marilah kita mengajak diri kita menjadi 'tangan yang di atas' kerana ianya lebih baik dari menjadi tangan yang sentiasa mengharapkan bantuan.

Bagaimanakah cara untuk menjadi 'tangan yang diatas'? Dengan memiliki Lebihan Wang yang dapat digunakan untuk memberi (derma, sedekah, bantuan, memberi pinjaman). Tetapi apakah kita memiliki 'Lebihan Wang' ini? dan bagaimanakah untuk diri kita berusaha untuk memilikinya?


to be continued

Selasa, 3 Januari 2012

Tahun baru, laptop baru!

Jie semakin tertekan memikirkan keadaan dirinya. Jurusan yang diambilnya di universiti ini sememangnya me'wajib'kan dirinya untuk memiliki sebuah komputer peribadi atau sekurang-kurangnya sebuah komputer riba. Ijazah Rekabentuk Animasi...memang siksa jika tak memiliki laptop sendiri. Takkanlah memanjang nak pinjam kawan-kawan punya. Mereka pun nak guna juga.lagipun komputer ni macam barangan peribadi jugak. Bukan satu perkara yang baik kalau asik meminjam barangan macam ni. Mula-mula kalau sesekali tu tak pelah, tapi kalau asik je meminjam, kawan pun lama-lama tarik muka dan menjauhkan diri.

"hina besi kerana karat...hina aku sebab takde laptop" bisik hatinya lagi.

Lama disimpannya keinginan untuk memiliki laptop ini, namun apakan daya, dia datang benar-benar dari keluarga yang tak berkemampuan. Jie anak yang sulong, adik beradik lain juga masih dibangku sekolah dan perlukan wang. Sebahagian wang PTPTN yang diperolehinya terpaksa diguna untuk membantu ekonomi keluarga yang sangat memerlukan ketika itu. Begitu juga wang gaji kerja part time yang dilakukannya sepanjang cuti semester yang lalu. Ayah telah kehilangan kerja dan masih berusaha mencari kerja kesana-sini disamping ibu yang mengambil upah menjahit bagi membantu meringankan beban keluarga.

Pagi itu Jie mengemas biliknya untuk bersiap pulang sempena cuti belajar. Diantara buku-buku didalam raknya, Jie terjumpa kembali buku yang pernah dibelinya ketika menyertai sebuah seminar beberapa tahun lalu.

...hukum tarikan, dah terlupa pulak. Apa kata kali ini aku cuba ikut betul-betul step yang diajarkan ni, bukan kena bayar pun, mana tau kot ada rezki"..Jie berkata-kata sendirian.

Malam itu dia mula membaca kembali langkah-langkah yang pernah dipelajarinya yang hampir di'terlupakan' selama ini dan memulakan langkah pertama iaitu

1. Menulis dengan terperinci tentang keinginannya itu.

Keinginanku:

Komputer Riba

Harga: Lingkungan RM2,000-00

Ciri-ciri spesifikasi:

- Intel Core i3- 2357M ULV Processor( 1.3Ghz, 3MB L3 1333Mhz FSB)
- FreeDos
- 11.6 HD Glossy LED
- 2GB DDR 3 ( X 1), 8GB max ( 2 DIMN Slot )
- 320GB / 5400rpm Hard Disk Drive
- Intel HD graphics 3000
- Intel Centrino Wireless N 1000
- Bluetooth / No optical Drive
- 6 Cell Battery

Tempoh diinginkan:

Menjelang tahun baru 2012, (semester baru bermula)

2. Membuat permintaan melalui solat hajat dan menyebut dengan sejelas dan terperinci mungkin akan keinginannya itu didalam doanya itu dan seterusnya:

Menanam perasaan BENAR_BENAR TERASA GEMBIRA didalam hatinya, kerana merasakan dirinya kini telah pun berada didalam status: sedang menerima permintaan (kerana janji Allah setiap permintaan pasti dimakbulkan)

3. Mencipta affirmasi yang sesuai dengan permintaannya iaitu:

Tahun baru 2012, aku memiliki laptop baru....laptop baruku di tahun baru. (Yang disebut berulangkali setiap hari dan juga membaca senarai keinginannya itu dengan yakin)

4. Membuat beberapa komitmen yang dirasakannya sesuai dan termampu untuk memasukkan dirinya ke dalam flow (aliran) yang tepat dengan keinginannya seperti: meyertai peraduan-peraduan yang menjanjikan hadiah komputer riba. Menjimatkan perbelanjaan bagi menabung untuk membeli komputer riba walaupun wang simpanannya amat jauh nilainya dari harga laptop yang diinginkannya dan juga melakukan amalan Solat Sunat Dhuha dan bersedekah setakat kemampuan dirinya.

5. Sentiasa mengucapkan kesyukuran dan berterimakasih diatas pemberian yang bakal diterimanya.

Hampir 2 minggu berlalu tanpa apa-apa harapan yang menunjukkan keinginannya itu hampir kepadanya.

Ya Allah,

Jika rezekiku berada di langit, Kau turunkanlah

Jika ia berada didalam bumi, Kau keluarkanlah

Jika ia berada didalam lautan, Kau timbulkanlah

Jika ia jauh, Kau dekatkanlah

Jika ianya sulit, Kau permudahkanlah


Diulang-ulangnya doa ini tiap kali berkesempatan melakukan solat sunat dhuha.

Dan dialah pelajar terakhir menghantar tugasan pada kali ini lantaran menunggu rakan karibnya selesai menggunakan laptop, kerana dia masih terpaksa meminjam dari rakannya itu. Nak jadi cerita, segala tugasan yang dibuat terpadam akibat laptop rakannya 'pegun' (hanging) ketika sedang menyiapkan tugasan tersebut hingga Jie hampir hilang semangat untuk terus berfikiran positif terhadap langkah-langkah yang dibuatnya selama ini.

Hari itu tidak ada kelas, maka dia berkesempatan berkunjung ke rumah neneknya. Wajahnya yang agak suram itu membuatkan neneknya bertanya apa yang tak kena pada dirinya. Jie tidak menjawab tetapi hanya ibunya yang memberitahu tentang masalahnya. Kalau nak beli di courts mammoth pun, desktop yang pernah beli dulu pun tak habis bayar lagi, dah rosak pula.


........

Tiga hari selepas itu, Jie mendapat panggilan telefon dari neneknya supaya datang kerumah pada malam itu.

MasyaAllah, tak sangka sungguh, rupa-rupanya neneknya bermurah hati mengeluarkan wang Tabung Haji dan menyuruh salah seorang pakciknya membelikan sebuah komputer riba untuknya!





Terdapat beberapa peratus spesifikasi yang dimintanya tidak tepat seperti yang dinginkan seperti REM 2GB, tetapi dia mendapat yang lebih baik lagi iaitu REM 8GB, sangat baik bagi kerja-kerja animasi dan CGI yang dipelajarinya.

Malam itu , Jie melakukan sujud syukur yang tak terhingga kepada Allah dengan airmata gembira yang tak terhingga.

"tahun baru, laptop baruku...." akhirnya manifest

Segalanya ini hanyalah dengan Keinginan, Kekuasaan dan Keizinan Allah S.W.T semata-mata. Tetapi sebagai hamba, kita tetap diberi peluang untuk berikhtiar.

Tahniah Jie. Study rajin-rajin ek
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]