Selasa, 13 Disember 2011

Pak Ali Dangdang

Antara senarai secret shifter yang saya gunakan ialah pantun kanak-kanak (quote)yang saya dan rakan-rakan selalu gunakan sewaktu kanak-kanak dulu. Bila mengingati bait-bait pantun kanak-kanak ini, tercuit rasa lucu dan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak sejenak mengimbau.

Tentu sebilangan dari kita pernah menggunakan pantun-pantun berikut ketika membahagikan kumpulan samaada untuk bermain police and thief, galah panjang, nyorok-nyorok dan lain-lain.




1
Pak Ali Dang Dang
Pak Ali jual udang
Sekati sekupang
Tak laku kena tendang
Pak Ali tukang cat!

2.
Tan tan tut
Keladi wea wea
Siapa terkentut
Kahwin dengan orang tua

3.
Lat talilat laili tamplong
Siapa ganjil dia jadi..

4.
Whose shoes is the dirty shoes?
Please let him go out and buy a new shoes


Mungkin kanak-kanak zaman kini tidak menggunakannya lagi lantaran permainan-permainan ini semakin dilupakan akibat arus kemajuan permainan digital seperti PSP, I-pad dan sebagainya.

2 ulasan:

  1. Terasa zaman kanak yang sangat menyeronokkan dan indah, saya dahulu selalu terkena dengan dendangan nombor 3 dengan kawan2...sebab ada nama saya...haha...hmm...masih lagi menjadi dendangan kanak2 sekarang di kawasan kg...namun bilangannya mungkin sudah sedikit...malah mungkin ada yang tidak pernah dengar langsung..:(

    BalasPadam
  2. auntacu81, ya, memang benar, quote2 sebegini sudah semakin jarang kedengaran dan menjadi tugas kita pula untuk menurunkannya kepada generasi baru andai tidak mahu ia dilupakan. Mungkin didlm kepelbagaian program rakyat, ianya boleh diselitkan sebagai salah satu acara.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]