Ahad, 11 Disember 2011

Nama anda adalah Affirmasi anda!

Firman Allah SWT (ertinya):

“…Dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk...
(QS Al-Hujuraat : 11)



Apabila Nabi S.A.W bertemu dengan seseorang yang memiliki nama buruk, baginda pun menukar nama tersebut (kepada nama yang baik). Demikian juga jika baginda mendengar nama yang kurang baik, baginda segera menukarnya dengan nama yang lebih baik. Di antara contohnya adalah :

1. Baginda pernah menukar nama Ashiyah (wanita yang durhaka), dan bersabda, “Namamu kini ‘Jamilah’ (wanita yang cantik).
(HR. Muslim)



2. Sa’id bin Musayyib dari ayahnya dari abangnya, dia berkata,

Aku pernah menghadap Nabi SAW, baginda bertanya kepadaku,

‘Siapa namamu?’

Dia menjawab

‘Namaku Huzn (kasar atau sedih).’

Baginda kembali bersabda,

‘Ganti namamu dengan nama Sahl (mudah).’

Dia berkata,

‘Aku tidak akan menukar nama yang telah diberikan oleh ayahku.’

Ibnu Musayyib berkata, Sejak saat itu sifat kekasaran senantiasa ada dikalangan keluarga kami.” (HR. Bukhari)


3. Di antara nama yang terlarang ialah sebagaimana tercantum dalam hadis Rasulullah SAW,

“Jika umurku panjang aku akan melarang seseorang dinamai dengan nama
‘Rabaah’ (arak),
‘Najih’ (yang sabar),
‘Aflah’ (yang beruntung)
‘Naafi’ (yang bermanfaat)
dan ‘Yasaar’ (kemudahan)”.
(HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim dan ia menshahihkannya dan disetujui Adz-Dzahabi dan lain-lain)


Agak pelik juga mengapakah nama yang baik seperti Najih (yang sabar) dan Yasaar(kemudahan) tidak digalakkan oleh baginda Nabi SAW?

Baginda menjelaskan bahawa, andainya disesebuah perkumpulan atau majlis, jika orang-orang yang dinamakan dengan nama yang sedemikian tidak hadir, dan ada pula orang yang bertanya mencari mereka, maka mereka akan bertanya:

"Adakah si Najih (yang sabar)disitu?"

Orang-orang disitu akan menjawab: "Ditempat ini tidak ada Najih / Disini tidak ada kesabaran"


Atau pun: Disini tidak ada kemudahan ((Yasaar)

Maka perkara ini dapat memberi kesan dan akibat yang tidak baik kepada tempat / majlis tersebut. (Hingga begini sekali kesan dari panggilan nama!)

"Rasulullah SAW telah menjelaskan sebab terlarangnya nama-nama tersebut dengan sabda baginda SAW:

“.… Sebab jika kamu bertanya , “Apakah di sana ada dia (Yasaar = kemudahan)? “Dan ternyata memang dia tidak ada, maka dia akan menjawab , “Tidak ada (kemudahan)”.
(HR. Muslim)


wallahuaklam
Sumber: petikan-petikan dari kitab :
‘Mausuu’ah al-Adaab al-Islamiyah’, oleh Syeikh Abdul Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]