Ahad, 4 Disember 2011

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan. (Con't 1) Dial No: 24434

Sambungan dariLINK


Seketika, saya sempat singgah di masjid Rivervale, Perth untuk menunaikan solat Jumaat. Alangkah bangganya aku sebagai anak melayu bila khutbah dibacakan dalam bentuk dwibahasa iaitu mula-mula bahasa Inggeris, kemudian dengan Bahasa Melayu kerana ramainya jumlah para jemaah disana terdiri dari orang-orang Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, selain dari warga Australia.



pandangan dari luar masjid River Vale


Imam Jalil, khatib yang bertugas pada hari itu berasal dari Indonesia dan pernah bertugas di Kuala Lumpur selama beberapa tahun sebelum ke Australia.

Alhamdulillah, khutbah pada hari itu berkisar tentang kelimpahan nikmat Allah dan konsep bersyukur yang amat menarik cara penerangannya.

" Bayangkan begini:

Ada seorang yang kaya raya, memberikan DENGAN PERCUMA kepada anda sebuah kediaman mewah yang lengkap dengan segala keperluan, dan segala keperluan tambahan akan dihantar sebelum yang sedia ada habis.

Anda bebas menggunakan apa sahaja yang disediakan, mengajak siapa sahaja tinggal dengan anda tanpa bayaran walau satu sen pun sehingga akhir hayat anda.

Hanya ada SATU sahaja syarat yang diminta oleh tuan rumah yang hartawan lagi dermawan itu, iaitu:

Menelefon dirinya sebanyak 5 kali sehari untuk mengucapkan TERIMAKASIH.


Apakah syarat yang dikenakan itu terlalu sukar untuk dipenuhi jika dibandingkan dengan pemberian yang diberikan oleh hartawan tersebut? Apakah hartawan itu meminta terlalu banyak? Atau, apakah boleh diertikan syaratnya itu sebagai sebuah permintaan atau bukan permintaan?"


Imam Jalil meneruskan khutbahnya dengan menerangkan bahawa ini adalah sebuah perbandingan ringkas supaya mudah difahami oleh para jemaah tentang konsep bersyukur dalam bentuk solat.

Allah tidak memerlukan apa-apa dari makhlukNya, manakala kitalah makhlukNya yang berkehendak dan sangat memerlukanNya.

" We have everything for free, do we have to pay to HIM for the air, water, or anything that HE create for us? yes, we pay our bills such electric and gas to the government, but that is the payment for the service provides by the government in order to build the facilities to our home. Not paying to Allah.

We just need to performed 5 day prayer to say "THANKS"..thats all.



" Kita memiliki segalanya dengan percuma, apakah kita perlu membayar kepadaNya untuk udara, air atau apa jua yang diciptakanNya untuk sekalian makhluk hamba ciptaanNya? Mungkin kita perlu membayar bil air atau petrol kepada pihak berwajib, tetapi itu adalah bayaran perkhidmatan diatas khidmat penyelenggaraan yang disediakan oleh kerajaan supaya kemudahan hasil bumi tersebut sampai terus ke rumah kita. Bukan membayar kepada Allah. Kta hanya diwajibkan solat 5 kali sehari, untuk mengucapkan terimakasih"


Tetapi kita sedia maklum, terlalu banyak alasan yang dapat kita dengari dikalangan masyarakat kita sendiri tentang perlaksanaan solat ini. Terlalu berat rasanya, berbanding dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita sekalian hambaNya.

Mungkin lantaran tidak dapat menghayati perasaan bahawa kita ini tidak wujud satu masa dulu dan kemudian telah diciptakan oleh satu kuasa yang Maha Agung.

Mungkin lantaran tidak menyedari dengan serious bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita adalah dimiliki oleh PENCIPTA dan PENGUASA yang Maha Tunggal yang Maha Agung, yang wajib untuk kita SUJUD padaNya, mengikut waktu waktu yang telah ditetapkan.

Allah S.W.T itu Maha Bijaksana mengaturkan peredaran waktu siang dan malam mempunyai perihal-perihal yang tersendiri, maka telah disesuaikan kewajipan ini mengikut kesesuaian yang MENYELESAKAN hambaNya, bukan MENYUSAHKAN hambaNya.

Sebagai contoh,

Subuh, waktu yang amat singkat dan ketika itu manusia selalunya tergesa-gesa dengan pelbagai urusan seperti bersiap untuk pergi bekerja, menyiapkan persiapan anak-anak kesekolah, dan pelbagai macam lagi, maka waktu solat hanya 2 (DUA) rakaat.

Kemudian diwaktu-waktu yang lebih tenang, maka diberikan jumlah rakaat yang lebih seperti Zuhur dan Asar, 4 (EMPAT), manakala waktu senja juga manusia biasanya agak sibuk juga baru pulang kerumah dari tempat kerja, dari padang bola, dari sekolah dan lain-lain, berebut hendak ke bilik air, dan lain-lain, maka untuk Maghrib jumlah dikurangkan kepada 3 (TIGA) rakaat. Manakala Isya' merupakan waktu yang lebih santai, maka ditambah kembali kepada 4 (EMPAT) rakaat.

Seterusnya jika diperhatikan, waktu Zuhur berlangsung diwaktu rehat tengahari dikebanyakkan tempat bekerja, maka tiada alasan untuk meninggalkannya, kerana jumlah waktu rehat sejam itu rasanya cukup untuk makan tengahari dan juga solat yang tidak sampai 10 minit. Asar pula menjelma ketika waktu pekerjaan hampir tamat, maka selepas tamat waktu pejabat, teruslah solat dahulu sebelum pulang dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan sebagainya.

Segalanya telah diatur sebegitu cantik dan selesa, akan tetapi masih ramai yang merasakan betapa beratnya untuk menunaikannya.

Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk menilai diri kita, bagaimanakah ingin kita lanjutkan kesyukuran kita kepada Allah SWT yang memberikan pelbagai macam pemberian kepada kita tanpa meminta apa-apa balasan pun.

Menunjukkan kesyukuran melalui solat ini bukanlah sesuatu yang memberi manfaat kepada Allah SWT, tetapi menfaatnya kepada kita manusia itu sendiri.


Dalam sebuah hadis qudsi,
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. berfirman:

"Wahai hamba-hambaKu, andainya semua jin dan manusia dari yang awal hingga yang terakhir diciptakan adalah hamba yang bertaqwa semuanya ketahuilah bahawa itu tidak akan menambahkan walau apa pun terhadap Kekuasaan-Ku dan Ke-AgunganKu."

"Wahai hamba-Ku, andainya semua jin dan manusia dari yang awal hingga yang terakhir diciptakan adalah hamba yang jahat semuanya (tidak menyembah Allah) ketahuilah bahawa hal itu tidak akan mengurangkan apa pun daripada Kekuasaan-Ku dan Ke-AgunganKu"


Pesanan ini adalah untuk diriku pertama-tamanya. Wallahuaklam


~bersambung ke LINK

1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]