Jumaat, 30 Disember 2011

Formula 2012

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru masehi 2012.

Rasanya baru sahaja saya update entry untuk tahun baru masehi 2011, pejam celik dah update untuk tahun yang baru. Masa terlalu cepat berlalu, sesuai dengan hadis Nabi SAW yang memberitahu kita perjalanan waktu di akhir zaman amat cepat berjalan, sebagai salah satu tanda-tanda akhir zaman.


Waktu ini adalah masa yang terbaik untuk memeriksa 'wishlist' yang dibuat di awal tahun 2011 (ada buat ke ni), dan lihatlah berapa banyakkah yang telah anda menifestasi dan bahagian manakah yang tidak lagi menjadi kenyataan. lakukan post mortem, kenalpasti apakah kelemahan dan kemungkinan kesilapan yang kita lakukan. Perbaiki, dan cuba menjadi kreatif dan husnuzzon ketika memikirkannya. Allah pasti menunjukkan jalan kepada kita. Amin.

Tahun 2011 menyaksikan beberapa orang rakan LOA's melangsungkan pernikahan dan ada yang mengikat tali pertunangan, alhamdulillah, tahniah dan semoga jodoh anda berkekalan ke akhirat.

Juga tahniah kepada yang LOA's yang berjaya dengan cemerlang didalam UPSR, PMR dan juga berjaya bergelar Graduan di IPT. Juga kepada anda semua, tahniah di atas pencapaian anda semua. Panjatkanlah kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Suka Memberi walau ada impian dan matlamat kita yang masih belum dicapai kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apakah yang paling terbaik untuk kita, hambaNya dan bilakah masa yang terbaik dan sesuai untuk kita menerima sesuatu yang kita impikan.

Dikesempatan ini saya sekali lagi memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan, kesilapan diri saya dan juga ketelanjuran tuturkata saya kepada sesiapa jua yang mengenali saya dan juga yang mengunjungi blog ini.

Berpesan untuk diri sendiri juga, ingatilah formula terpenting dalam pengaplikasian Hukum Tarikan:

Apa jua yang kita lakukan, pastikan ianya ikhlas kerana Allah semata-mata dengan niat:

" Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik kepada Penerima / Pelanggan TANPA Mengharapkan Apa-apa Balasan Atau Ganjaran"


Amacam? Ada brann?!!



Salam Positif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]