Jumaat, 30 Disember 2011

Latihan Pernafasan

Terdapat begitu banyak cara dan teknik yang dapat dipelajari tentang Latihan dan Teknik Pernafasan. Berikut adalah diantara latihan pernafasan yang pernah diajarkan kepada saya oleh seorang pengamal perubatan alternatif.

a. Mulakan dengan Bismillah dan Berselawat ke atas Nabi SAW beberapa kali.

b. Duduk dan biarkan tengkuk kita tegak. Cuba bertenang. Letakkan posisi tangan anda di atas peha dan kedudukkan jari anda pastikan seperti gambar dibawah



c. Menyedut nafas melalui hidung dengan perlahan sedalam-dalamnya hingga dada menegak dan TAHAN NAFAS ini. Pastikan tiada nafas yang keluar.

d. Semasa menahan nafas, (didalam hati) ucapkan 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan jiwa dan juga penghayatan.

e. Hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 10 saat.

f. Lakukan sewaktu bangun tidur pagi hari, selepas solat dan sebelum tidur. Juga sebelum memulakan rawatan Teknik EFT.


g. Jika anda ingin melakukannya 2 atau 3 kali setiap kali melakukannya , PASTIKAN anda mengambil nafas seperti biasa dahulu sebelum mengulangi sekali lagi. (jika tidak kemungkinan risiko anda akan pitam)

h. Untuk mengetahui antara kebaikan dari latihan pernafasan ini, sila klik LINK

i. Sekiranya anda melakukannya dengan cara yang betul, InsyaAllah, anda pasti dapat merasakan sesuatu 'kelainan' yang positif pada diri anda beberapa ketika sesudah anda membuat latihan ini.

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah..mekasey igtkan blik cara pernafasan niy.. :)

    BalasPadam
  2. kenapa jari perlu berada dlm keadaan seperti dalam gambr? terim kash...

    BalasPadam
  3. Kedudukan jari seperti itu adalah bagi membolehkan arus tenaga terus bersambung dan mengalir tanpa henti, Ini TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YOGA dsbgnya.

    BalasPadam
  4. terima kasih...antara lain teknik pernafasan yang sy amalkan adalah teknik pernafasan perut. kaedah yang lebih kurang sama seperti huraian di atas cuma apabila menyedut oksigen melalui hidung tu kita sedut bersama aura positif seperti memohon kesihatan yang baik, keselamatan yang baik, kewangan yang baik, akhlak yang baik, kehidupan peribadi yang baik dan lain-lain...kemudian, semasa kita menyedut oksigen itu, perut kita dikembungkan, (teknik ini agak sukar sikit sbb perlu latih utk kembungkan perut dulu hehe) iaitu memasukkan oksigen terus ke dalam bahagian perut. lakukan 2-3 kali (boleh diselangi dengan pernafasan normal). selepas tu, kita akan rasa dada dan perut kita sejuk seolah2 kita baru lepas minum air sejuk. saat tu kita akan rasa tenang dan damai di hati insyaAllah....amalkan mana2 yang amat dekat dan selesa dengan tindak balas tubuh badan kita.....selamat mencuba! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih atas perkongsian, jazakallahukhairan :)

      Padam
  5. Saya nak tanya, adakah normal bila kita buat teknik pernafasan ini, bila kita tahan nafas dan hembus kita dapat rasa denyutan jantung/nadi kita sekali?

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]