Khamis, 15 Disember 2011

Banyaknya nikmat Allah.

By: Permata Aurorious

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah Ar-Rahman- Ayat 13).

Mengingatkan betapa beruntungnya saya selama ini membuatkan saya rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah s.w.t. Segala nikmatnya yang tak mampu saya hitungkan. Merenung kembali bagaimana saya menghadapi musibah sebelum ini terasa sangat-sangat memalukan berdepan dengan Allah s.w.t memandangkan prestasi yang sangat-sangat teruk. Asyik-asyik meratap dan menangis. Namun begitu Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang kepada saya memperbetulkan segala kesilapan. Hari ini saya ingin berkongsi satu tips dengan anda semua. Cuba tuliskan antara 5 perkara yang anda dapat semalam. Tuliskan setiap hari dan cuba untuk konsisten selama seminggu. Ni adalah contoh senarai saya.

Hari pertama :

1. Dapat makan mc’chicken percuma

2. Dapat naik bas ade aircond

3. Jimat duit nak makan sebab ada orang belanja

4. Jumpa mak sebab mak baru balik dari mekah.

5. Dapat hadiah jubah dari mak

Hari kedua :

1. Dapat pergi hospital teman kakak sebelum balik

2. Dapat tempat duduk dalam bas.

3. Tak payah tunggu lama naik feri.

4. Dapat makan nasi goreng seafood (kedai tu dah lame tutup)

5. Cuaca elok je arini.

Hari ketiga :

1. Sampai ofis internet dah on.

2. Kerja selamat diselesaikan.

3. Cuaca sejuk jadi naik basikal rasa best je.

4. Dapat anak buah baru.

5. Member rumah belanja makan.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Surah Ibrahim – ayat 34)

Jika kita cuba menghitung nikmat yang Allah berikan selama nescaya tidak mampu untuk kita lakukan. Sejak kita dilahirkan sehingga kita hidup ke hari ini tidak putus-putus nikmat Allah yang telah kita dapat. Kita dengan mudah memuji dan menyanjung tinggi pabila ada orang lain membantu kita tapi pernahkan kita terfikir siapakah sebenarnya yang layak dipuji dan disanjung tinggi. Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan kita segala-galanya. Kepada Dialah kita patut bersyukur.

Renunglah kembali senarai anda dan tanamkan dalam hati segala yang anda miliki adalah kurniaan Allah s.w.t. Tumpukan kepada perkara-perkara positif yang kita ada. Barulah jiwa akan bertenang. Dengan membaca senarai kita berulang kali kita akan nampak betapa banyak nikmat Allah yang kita dapat selama ni. Jiwa akan menjadi tenang. Cara itu juga akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah Yang Satu.

Bayangkan diri anda yang sentiasa dikelilingi gelombang-gelombang positif. Sudah pastilah anda menarik lebih banyak perkara-perkara menggembirakan terjadi kepada anda. Tiada lagi perkara yang merunsingkan, malah anda akan sentiasa berbahagia dengan hidup anda sendiri. Syukurilah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Tanpa kita sedari jiwa akan mendapat ketenangan yang tidak disangka-sangka, kebahagiaan yang diidamkan dan hilang segala kerisauan. Cubalah, dan mari kita lihat hasilnya.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih". (Surah Ibrahim – ayat 7).

1 ulasan:

  1. permata, t.kasih atas sumbangan artikel. Tips ini memang bagus, menuliskan senarai sekurang2nya 5 perkara atau kebaikan yg diterima setiap hari. Kerana kebanyakan kita hanya suka menyebut perkara yang tidak disukai yg dialami setiap hari. Tetapi untuk mempraktikkan tips ini, saya rasa hanyalah orang2 yg suka memotivasikan diri sendiri dan orang2 berjiwa positif, husnuzzon sahaja yg akan terpanggil untuk mencubanya kerana mereka faham akan hasil dari mempraktikkannya. Bagi orang2 yg negatif, suka untuk kecewa dan berpemikiran mengongkong, mereka hanya menganggap tips ini suatu yg tiada manfaat.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]