Jumaat, 30 Disember 2011

Formula 2012

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru masehi 2012.

Rasanya baru sahaja saya update entry untuk tahun baru masehi 2011, pejam celik dah update untuk tahun yang baru. Masa terlalu cepat berlalu, sesuai dengan hadis Nabi SAW yang memberitahu kita perjalanan waktu di akhir zaman amat cepat berjalan, sebagai salah satu tanda-tanda akhir zaman.


Waktu ini adalah masa yang terbaik untuk memeriksa 'wishlist' yang dibuat di awal tahun 2011 (ada buat ke ni), dan lihatlah berapa banyakkah yang telah anda menifestasi dan bahagian manakah yang tidak lagi menjadi kenyataan. lakukan post mortem, kenalpasti apakah kelemahan dan kemungkinan kesilapan yang kita lakukan. Perbaiki, dan cuba menjadi kreatif dan husnuzzon ketika memikirkannya. Allah pasti menunjukkan jalan kepada kita. Amin.

Tahun 2011 menyaksikan beberapa orang rakan LOA's melangsungkan pernikahan dan ada yang mengikat tali pertunangan, alhamdulillah, tahniah dan semoga jodoh anda berkekalan ke akhirat.

Juga tahniah kepada yang LOA's yang berjaya dengan cemerlang didalam UPSR, PMR dan juga berjaya bergelar Graduan di IPT. Juga kepada anda semua, tahniah di atas pencapaian anda semua. Panjatkanlah kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Suka Memberi walau ada impian dan matlamat kita yang masih belum dicapai kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apakah yang paling terbaik untuk kita, hambaNya dan bilakah masa yang terbaik dan sesuai untuk kita menerima sesuatu yang kita impikan.

Dikesempatan ini saya sekali lagi memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan, kesilapan diri saya dan juga ketelanjuran tuturkata saya kepada sesiapa jua yang mengenali saya dan juga yang mengunjungi blog ini.

Berpesan untuk diri sendiri juga, ingatilah formula terpenting dalam pengaplikasian Hukum Tarikan:

Apa jua yang kita lakukan, pastikan ianya ikhlas kerana Allah semata-mata dengan niat:

" Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik kepada Penerima / Pelanggan TANPA Mengharapkan Apa-apa Balasan Atau Ganjaran"


Amacam? Ada brann?!!



Salam Positif

Positif Menuju Kejayaan ♥

By: Kay Sablihan

Apakah rahsia menuju kejayaan hanya dengan berfikir positif..?

Kita perlu memulakannya dengan bersyukur atas segala apa yang kita terima sepanjang kehidupan kita, segala yang baik dan segala yang buruk..walau dalam apa acara sekalipun ia berlaku.

Terimalah ia seadanya dan yakin disebaliknya tersirat 1001 kebaikan.

Untuk menjadi seorang yang berjaya, pertama sekali anda perlu kenal pasti apakah sebenarnya keinginan kita. Tetapkan pendirian dan yakin bahawa apa yang anda inginkan itu akan menjadi kenyataan.

Kemudian,kita perlu berdoa pada Tuhan supaya memakbulkan keinginan kita.Mulaka dengan sering membayangkan yang anda sedang mendapat apa yang anda inginkan tersebut.Perkara ini bukanlah angan2 semata.Tetapi otak kita sedang menarik perkara yang dihajati kepada diri anda.

Setelah itu,anda harus meyakinkan diri anda yang anda memang akan mendapat perkara yang anda ingin kan itu.

Seterusnya.setelah kita berdoa pada Tuhan.sudah tentu akan memberikan jalan kepada kita untuk kita merealisasikan perkara yang diingini tersebut.Terpulang kepada kita untuk merebut peluang atau membiarkan keinginan kita sekadar menjadi angan semata. Kita perlu berusaha untuk menuju ke arah memiliki perkara yang diinginkan.

Akhir sekali,kita perlu bersyukur dan menerima apa jua suratan yang tertulis setelah kita beruasaha semampu yang mungkin.Sesungguhnya segala yang berlaku didalam perancangan Allah.

Setiap perkataan yang kita katakan,percayalah..ianya adalah doa yang amat mujarab tanpa kita sedari.

Otak kita memiliki gelombang2 yang dikeluarkan setiap kali kita berfikir. Jika kita berfikir dan berkata perkara yang baik, maka baiklah perkara yang akan datang kepada kita. Gelombang yang dikeluarkan otak kita itu sebenarnya sedang menarik perkara yang kita katakan dan fikirkan.

Oleh itu,berhati-hatilah dengan setiap patah kata.kerana ianya adalah doa.MasyaAllah.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Percayalah sesuatu yang lebih baik sedang menunggu anda dan sekiranya anda berjaya memiliki keinginan anda, bersyukurlah atas nikmat itu kerana setiap perkara yang berlaku adalah ujian untuk semua manusia.



Penghargaan untuk Kay Sablihan (Peserta Terbaik Lelaki Seminar Husnuzzon dan Hukum Tarikan Sessi Remaja 2010)

SUMBER: LINK

Latihan Pernafasan

Terdapat begitu banyak cara dan teknik yang dapat dipelajari tentang Latihan dan Teknik Pernafasan. Berikut adalah diantara latihan pernafasan yang pernah diajarkan kepada saya oleh seorang pengamal perubatan alternatif.

a. Mulakan dengan Bismillah dan Berselawat ke atas Nabi SAW beberapa kali.

b. Duduk dan biarkan tengkuk kita tegak. Cuba bertenang. Letakkan posisi tangan anda di atas peha dan kedudukkan jari anda pastikan seperti gambar dibawah



c. Menyedut nafas melalui hidung dengan perlahan sedalam-dalamnya hingga dada menegak dan TAHAN NAFAS ini. Pastikan tiada nafas yang keluar.

d. Semasa menahan nafas, (didalam hati) ucapkan 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan jiwa dan juga penghayatan.

e. Hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 10 saat.

f. Lakukan sewaktu bangun tidur pagi hari, selepas solat dan sebelum tidur. Juga sebelum memulakan rawatan Teknik EFT.


g. Jika anda ingin melakukannya 2 atau 3 kali setiap kali melakukannya , PASTIKAN anda mengambil nafas seperti biasa dahulu sebelum mengulangi sekali lagi. (jika tidak kemungkinan risiko anda akan pitam)

h. Untuk mengetahui antara kebaikan dari latihan pernafasan ini, sila klik LINK

i. Sekiranya anda melakukannya dengan cara yang betul, InsyaAllah, anda pasti dapat merasakan sesuatu 'kelainan' yang positif pada diri anda beberapa ketika sesudah anda membuat latihan ini.

Khamis, 29 Disember 2011

Duri Cinta



Tirai malam yang berlabuh
Membungkus kepiluan rasa
Dan sesuatu menyentak fikiranku
Seolah kau muncul tiba-tiba

Aku yang pernah kau sayang
...dan
aku yang telah kau lukai
Masih jua seperti dahulu,
tak pernah berubah hatinya

Disebalik malam dan siang yang berganti
Mengintai segala rinduku
dan wajahmu mengganggu dimana sahaja
Seolah engkau masih disisiku

Dan masa pun berlalu
mungkin engkau telah melupakan
bahawa dikelopak hatiku yang masih berdarah
..bergayut duri cintamu


.........aku jua hanya insan kerdil yang lemah

Rabu, 28 Disember 2011

Jiwa Yang Tetap Positif

" untuk Hafizi "


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..

Anisah tidak pernah mengeluh atau menyesal dengan apa yang dilaluinya. Bagi dirinya, apa yang lebih penting adalah Mensyukuri Nikmat Penciptaan dirinya ke mukabumi ini oleh Yang Maha Pencipta. Itu yang didahulukannya. Keperitan dan penderitaan yang dialaminya tidak pernah menjadi penyebab untuk dia mengeluh atau menyalahkan takdir. Malah dia bertambah bersyukur dan mampu tersenyum bila mengenangkan penyakit yang dideritainya itu mampu meruntuhkan dosa-dosanya (jika ada).

Layanannya terhadap suami tercinta dan satu-satunya puteri mereka tak pernah berubah, mungkin berkurangan akibat ketidakmampuan dirinya yang telah berada di stage ke 4 kanser rahim itu.

Hafizi akur dengan ketentuan Ilahi. Pun begitu dia tidak pernah berputus asa berusaha dan berikhtiar bagi mendapatkan penawar bagi penyakit isterinya.

"Tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawar disampingnya, melainkan maut telah menjemput"

Itulah kata-kata yang dipegangnya dan menjadi perangsang kepada perjuangan mereka berdua.

Ketika menziarahi pasangan ini, tiada langsung terdapat tanda-tanda kesedihan atau kekusutan pada wajah mereka. Senyuman sentiasa terukir diwajah mereka sambil melayan keletah puteri mereka, Nurul'ain yang berusia 5 tahun itu walau raut muka Anisah agak pucat dan tampaknya keletihan. Sungguh positif jiwa mereka, malah mereka membuatkan aku terinspirasi dan termotivasi dengan bait-bait perbualan dengan mereka.

Bagi Hafizi, dia mengutamakan suasana keceriaan dan ketenangan sentiasa menjadi aura utama di dalam rumah tersebut disamping penggunaan 'affirmasi' berbentuk kesembuhan diri yang sememangnya menjadi rutin harian mereka sekeluarga.

"mana tahu bro, mungkin ada rezeki dapat sembuh dari kanser seperti Louise Hay dan yang lain-lain," ujar Anisah.

Aku pulang ke rumah pada hari itu dengan air mata bergenang melihatkan keletah anak kecil mereka yang tidak faham apa-apa itu. Aku mula berfikiran negatif membayangkan bagaimana keadaan anak itu nanti apabila Anisah telah pergi buat selama-lamanya diusianya yang masih kecil itu.

"Eh, apa aku ni? fikir yang bukan-bukan. Kenapa aku tak positif macam mereka?..Doakanlah perkara yang baik, kesembuhan dan keajaiban umpamanya" Aku berbicara dengan diriku sendiri.

...........

Kurang 3 minggu dari tarikh ziarah itu, dipagi subuh Hafizi menelefonku:

Anisah dah tak ada bang, dia pergi dalam tidur

Tenang sungguh suaranya.

Ketika pengkebumian, Hafizi kelihatan amat tenang dan seolah telah benar-benar bersedia menghadapi hari tersebut. Nurul'ain hanya membisu seribu bahasa berpaut dibahu ayahnya.

".....mana tahu bro, mungkin ada rezeki dapat sembuh dari kanser seperti Louise Hay dan yang lain-lain,"
Hatiku menjadi bertambah sayu bila teringat kata-kata arwah ini.


Innalillahiwainnailaihirrojiun.

Selasa, 27 Disember 2011

Sometimes You Are SYIRIK

Penggunaan perkataan Bahasa Inggeris yang diselitkan bersama ayat-ayat dalam Bahasa Melayu didalam perbualan seharian memang sering kita dengar setiap hari. Kadangkala cara mereka menggunakannya agak lucu juga kerana perkataan bahasa Inggeris yang diselitkan itu tidak ada kena mengena atau pun tidak tepat dengan ayat yang mereka tuturkan. Akan tetapi mungkin kerana ianya seakan telah menjadi kebiasaan atau habits, maka ianya tidak menjadi persoalan yang besar terutama dikalangan orang melayu.

Tetapi dalam pada keghairahan menggunakan beberapa perkataan Bahasa Inggeris ini, perlu juga berhati-hati kerana ada juga penggunaan yang boleh membawa kepada dosa tanpa disedari oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, dibawah ini adalah penggunaan yang biasa kita dengar, ada yang tepat dan ada yang tidak tepat dan melucukan:


Dialog 1: I mean

"aku sebenarnya nak balik dah lepas habis waktu pejabat ni, i mean memang aku ada hal. tapi tiba-tiba kena stay pulak, boss minta tolong siapkan report."



Dialog 2 : At Least

"Iyelah, betul jugak apa yang dia cakap tu, at least adala jugak dia terfikir nak tolong adik dia"

"tapikan,..aku rasa kalau kita makan dekat Hameed's lagi bestlah, at least roti dia lagi lembut dari mamak 'Syukran'


Dialog 3 : Actually

"Aku memang dah lama tak puashati dengan dia tu, actually dari hari pertama dia masuk sini lagi'

" Kalau kau nak guna mesin fotostat yang lagi laju ada, actually kau kena pergi tingkat tiga la.."



PENGGUNAAN YANG SALAH DAN BOLEH MEMBAWA KEPADA DOSA TANPA DISEDARI:

Dialog 4: Sometimes

"Awak tau tak kenapa saya tak letak gambar saya dalam facebook? Sebab sometimes ianya berdosa menunjukkan wajah dan aurat kepada lelaki bukan muhrim. Lagipun lelaki-lelaki zaman sekarang ni sometimes bukan boleh percaya, kalau nak tau mereka jujur ke tidak dalam perkenalan, biarlah tanpa melihat rupa, sebab mungkin kalau dengan melihat rupa, sometimes nafsu yang menjadi ukuran mereka.

Bukankah Allah telah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang sudah putus haidhnya dan tidak ada harapan untuk kawin lagi, maka tidak berdosa baginya untuk melepas pakaiannya, asalkan tidak menampak-nampakkan perhiasannya. Tetapi kalau mereka menjaga diri akan lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (an-Nur: 60)

I ni bukannya alim sampai nak send kat you ayat-ayat Al-Qur'an ni, but sometimes its true!"

...

"Sometimes it's true"...untuk Firman Allah? Maksudnya, kadangkala firman Allah itu benar, dan ada antara firman Allah yang tidak benar ke? Astagfirullahaladzim. Ucaplah syahadah semula.

Dalam keghairahan ingin berbahasa Inggeris, cubalah pelajari maksud-maksud ayat yang ingin kita gunakan supaya kita tidak menjadi Syirik kepada Allah tanpa disedari. Janganlah main sebut aje ya.


p/s: cakap 'bodoh' kang marah

Khamis, 15 Disember 2011

Banyaknya nikmat Allah.

By: Permata Aurorious

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah Ar-Rahman- Ayat 13).

Mengingatkan betapa beruntungnya saya selama ini membuatkan saya rasa bersyukur sangat-sangat pada Allah s.w.t. Segala nikmatnya yang tak mampu saya hitungkan. Merenung kembali bagaimana saya menghadapi musibah sebelum ini terasa sangat-sangat memalukan berdepan dengan Allah s.w.t memandangkan prestasi yang sangat-sangat teruk. Asyik-asyik meratap dan menangis. Namun begitu Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang kepada saya memperbetulkan segala kesilapan. Hari ini saya ingin berkongsi satu tips dengan anda semua. Cuba tuliskan antara 5 perkara yang anda dapat semalam. Tuliskan setiap hari dan cuba untuk konsisten selama seminggu. Ni adalah contoh senarai saya.

Hari pertama :

1. Dapat makan mc’chicken percuma

2. Dapat naik bas ade aircond

3. Jimat duit nak makan sebab ada orang belanja

4. Jumpa mak sebab mak baru balik dari mekah.

5. Dapat hadiah jubah dari mak

Hari kedua :

1. Dapat pergi hospital teman kakak sebelum balik

2. Dapat tempat duduk dalam bas.

3. Tak payah tunggu lama naik feri.

4. Dapat makan nasi goreng seafood (kedai tu dah lame tutup)

5. Cuaca elok je arini.

Hari ketiga :

1. Sampai ofis internet dah on.

2. Kerja selamat diselesaikan.

3. Cuaca sejuk jadi naik basikal rasa best je.

4. Dapat anak buah baru.

5. Member rumah belanja makan.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Surah Ibrahim – ayat 34)

Jika kita cuba menghitung nikmat yang Allah berikan selama nescaya tidak mampu untuk kita lakukan. Sejak kita dilahirkan sehingga kita hidup ke hari ini tidak putus-putus nikmat Allah yang telah kita dapat. Kita dengan mudah memuji dan menyanjung tinggi pabila ada orang lain membantu kita tapi pernahkan kita terfikir siapakah sebenarnya yang layak dipuji dan disanjung tinggi. Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan kita segala-galanya. Kepada Dialah kita patut bersyukur.

Renunglah kembali senarai anda dan tanamkan dalam hati segala yang anda miliki adalah kurniaan Allah s.w.t. Tumpukan kepada perkara-perkara positif yang kita ada. Barulah jiwa akan bertenang. Dengan membaca senarai kita berulang kali kita akan nampak betapa banyak nikmat Allah yang kita dapat selama ni. Jiwa akan menjadi tenang. Cara itu juga akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah Yang Satu.

Bayangkan diri anda yang sentiasa dikelilingi gelombang-gelombang positif. Sudah pastilah anda menarik lebih banyak perkara-perkara menggembirakan terjadi kepada anda. Tiada lagi perkara yang merunsingkan, malah anda akan sentiasa berbahagia dengan hidup anda sendiri. Syukurilah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Tanpa kita sedari jiwa akan mendapat ketenangan yang tidak disangka-sangka, kebahagiaan yang diidamkan dan hilang segala kerisauan. Cubalah, dan mari kita lihat hasilnya.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih". (Surah Ibrahim – ayat 7).

Selasa, 13 Disember 2011

Pak Ali Dangdang

Antara senarai secret shifter yang saya gunakan ialah pantun kanak-kanak (quote)yang saya dan rakan-rakan selalu gunakan sewaktu kanak-kanak dulu. Bila mengingati bait-bait pantun kanak-kanak ini, tercuit rasa lucu dan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak sejenak mengimbau.

Tentu sebilangan dari kita pernah menggunakan pantun-pantun berikut ketika membahagikan kumpulan samaada untuk bermain police and thief, galah panjang, nyorok-nyorok dan lain-lain.




1
Pak Ali Dang Dang
Pak Ali jual udang
Sekati sekupang
Tak laku kena tendang
Pak Ali tukang cat!

2.
Tan tan tut
Keladi wea wea
Siapa terkentut
Kahwin dengan orang tua

3.
Lat talilat laili tamplong
Siapa ganjil dia jadi..

4.
Whose shoes is the dirty shoes?
Please let him go out and buy a new shoes


Mungkin kanak-kanak zaman kini tidak menggunakannya lagi lantaran permainan-permainan ini semakin dilupakan akibat arus kemajuan permainan digital seperti PSP, I-pad dan sebagainya.

Ahad, 11 Disember 2011

Nama anda adalah Affirmasi anda!

Firman Allah SWT (ertinya):

“…Dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk...
(QS Al-Hujuraat : 11)



Apabila Nabi S.A.W bertemu dengan seseorang yang memiliki nama buruk, baginda pun menukar nama tersebut (kepada nama yang baik). Demikian juga jika baginda mendengar nama yang kurang baik, baginda segera menukarnya dengan nama yang lebih baik. Di antara contohnya adalah :

1. Baginda pernah menukar nama Ashiyah (wanita yang durhaka), dan bersabda, “Namamu kini ‘Jamilah’ (wanita yang cantik).
(HR. Muslim)



2. Sa’id bin Musayyib dari ayahnya dari abangnya, dia berkata,

Aku pernah menghadap Nabi SAW, baginda bertanya kepadaku,

‘Siapa namamu?’

Dia menjawab

‘Namaku Huzn (kasar atau sedih).’

Baginda kembali bersabda,

‘Ganti namamu dengan nama Sahl (mudah).’

Dia berkata,

‘Aku tidak akan menukar nama yang telah diberikan oleh ayahku.’

Ibnu Musayyib berkata, Sejak saat itu sifat kekasaran senantiasa ada dikalangan keluarga kami.” (HR. Bukhari)


3. Di antara nama yang terlarang ialah sebagaimana tercantum dalam hadis Rasulullah SAW,

“Jika umurku panjang aku akan melarang seseorang dinamai dengan nama
‘Rabaah’ (arak),
‘Najih’ (yang sabar),
‘Aflah’ (yang beruntung)
‘Naafi’ (yang bermanfaat)
dan ‘Yasaar’ (kemudahan)”.
(HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim dan ia menshahihkannya dan disetujui Adz-Dzahabi dan lain-lain)


Agak pelik juga mengapakah nama yang baik seperti Najih (yang sabar) dan Yasaar(kemudahan) tidak digalakkan oleh baginda Nabi SAW?

Baginda menjelaskan bahawa, andainya disesebuah perkumpulan atau majlis, jika orang-orang yang dinamakan dengan nama yang sedemikian tidak hadir, dan ada pula orang yang bertanya mencari mereka, maka mereka akan bertanya:

"Adakah si Najih (yang sabar)disitu?"

Orang-orang disitu akan menjawab: "Ditempat ini tidak ada Najih / Disini tidak ada kesabaran"


Atau pun: Disini tidak ada kemudahan ((Yasaar)

Maka perkara ini dapat memberi kesan dan akibat yang tidak baik kepada tempat / majlis tersebut. (Hingga begini sekali kesan dari panggilan nama!)

"Rasulullah SAW telah menjelaskan sebab terlarangnya nama-nama tersebut dengan sabda baginda SAW:

“.… Sebab jika kamu bertanya , “Apakah di sana ada dia (Yasaar = kemudahan)? “Dan ternyata memang dia tidak ada, maka dia akan menjawab , “Tidak ada (kemudahan)”.
(HR. Muslim)


wallahuaklam
Sumber: petikan-petikan dari kitab :
‘Mausuu’ah al-Adaab al-Islamiyah’, oleh Syeikh Abdul Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada

Puisi Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan kemudian,
..menyanyiku,.

Ku lari ke pantai kemudian,
..teriakku

Sepi..sepi dan sendiri
..aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..

Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau...

aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Dian Sastrowardoyo




..memang tengah bosan dan sendirian dimalam ini, baru je aku update tentang 'nikmat yg terlupakan'..tup-tup 2 hari dah aku tak leh berjalan tegak betul..tidur mengereng, duduk mengereng, heheh..kena buasir pulak..innalillahiwainnailaihirrojiunn..

Jumaat, 9 Disember 2011

Berbaiksangka Sesama Insan

Pesanan dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka
baik sesama insan.

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.

Ucapkan dalam hatimu:

‘Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.’


2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):



‘Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.’


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.’


4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Orang ini telah memperoleh kurnia yang tidak kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmun yang dipelajarinya, tentu dia lebih baik dariku.’


5. Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):

‘Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.’



6. Jika bertemu dengan orang bukan Islam / belum Islam, maka katakanlah (dalam hatimu):

‘Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh'


Marilah kita sama-sama berhusnuzzon sesama insan. Barangkali orang yang buruk itu lebih baik dari kita pada masa akan datang jika kita tidak berusaha memperbaiki dan menjaga diri kita rohani dan jasmani.

Isnin, 5 Disember 2011

Nikmat Yang di 'terlupa' kan

Bapa mertua saya pernah bertanya saya secara serious kepada saya disuatu ketika dahulu:

Talhah, abah nak tanya, dalam banyak-banyak nikmat dunia yang kita dapat dalam hidup ini, kamu rasa, nikmat apa yang paling sedap sekali?

Saya agak terkeliru dengan soalannya, apakah ingin menduga saya atau ingin berjenaka, maka dengan tersipu-sipu saya cuba memberi jawapan.

Nikmat dunia ya?..hmmm..mungkinkah nikmat hubungan suami isteri?


Abah:

Hmmm...hampa semua ni memang tak dak benda lain nak ingat..heheh..ada lagi perkara lain yang kenikmatan dia sangat sedap..sangat nikmat, tapi kita jarang nak bersyukur, dan jarang ambil peduli tentang nikmat yang satu ni.


Nikmat apa tu abah?


"Nikmat ketika membuang air besar! Ketika sedang meneran keluar 'tuuuut' itu, bukankah kamu rasa nikmat sangat? rasa lega sangat? rasa puas? ada tak?


Saya mengangguk-nganggukkan kepala mengiyakan kata-katanya. Memang benar apa yang dikatakannya itu. Mungkin bagi mereka yang pernah mengalami sembelit (sakit sukar buang air besar) atau buasir sahaja yang dapat menghargai betapa nikmatnya jika membuang air besar dengan sihat.

Maka lantaran itulah, wajib kita bersyukur diatas nikmat yang satu ini dengan mengucapkan doa ketika keluar dari tandas (keluar dengan kaki kanan mengikut sunnah) iaitu:

Hadis dari Ibnu Umar, sabda Nabi saw:




Ertinya:

"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku."

(Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)


Wallahuaklam

Ahad, 4 Disember 2011

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan. (Con't 1) Dial No: 24434

Sambungan dariLINK


Seketika, saya sempat singgah di masjid Rivervale, Perth untuk menunaikan solat Jumaat. Alangkah bangganya aku sebagai anak melayu bila khutbah dibacakan dalam bentuk dwibahasa iaitu mula-mula bahasa Inggeris, kemudian dengan Bahasa Melayu kerana ramainya jumlah para jemaah disana terdiri dari orang-orang Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, selain dari warga Australia.



pandangan dari luar masjid River Vale


Imam Jalil, khatib yang bertugas pada hari itu berasal dari Indonesia dan pernah bertugas di Kuala Lumpur selama beberapa tahun sebelum ke Australia.

Alhamdulillah, khutbah pada hari itu berkisar tentang kelimpahan nikmat Allah dan konsep bersyukur yang amat menarik cara penerangannya.

" Bayangkan begini:

Ada seorang yang kaya raya, memberikan DENGAN PERCUMA kepada anda sebuah kediaman mewah yang lengkap dengan segala keperluan, dan segala keperluan tambahan akan dihantar sebelum yang sedia ada habis.

Anda bebas menggunakan apa sahaja yang disediakan, mengajak siapa sahaja tinggal dengan anda tanpa bayaran walau satu sen pun sehingga akhir hayat anda.

Hanya ada SATU sahaja syarat yang diminta oleh tuan rumah yang hartawan lagi dermawan itu, iaitu:

Menelefon dirinya sebanyak 5 kali sehari untuk mengucapkan TERIMAKASIH.


Apakah syarat yang dikenakan itu terlalu sukar untuk dipenuhi jika dibandingkan dengan pemberian yang diberikan oleh hartawan tersebut? Apakah hartawan itu meminta terlalu banyak? Atau, apakah boleh diertikan syaratnya itu sebagai sebuah permintaan atau bukan permintaan?"


Imam Jalil meneruskan khutbahnya dengan menerangkan bahawa ini adalah sebuah perbandingan ringkas supaya mudah difahami oleh para jemaah tentang konsep bersyukur dalam bentuk solat.

Allah tidak memerlukan apa-apa dari makhlukNya, manakala kitalah makhlukNya yang berkehendak dan sangat memerlukanNya.

" We have everything for free, do we have to pay to HIM for the air, water, or anything that HE create for us? yes, we pay our bills such electric and gas to the government, but that is the payment for the service provides by the government in order to build the facilities to our home. Not paying to Allah.

We just need to performed 5 day prayer to say "THANKS"..thats all.



" Kita memiliki segalanya dengan percuma, apakah kita perlu membayar kepadaNya untuk udara, air atau apa jua yang diciptakanNya untuk sekalian makhluk hamba ciptaanNya? Mungkin kita perlu membayar bil air atau petrol kepada pihak berwajib, tetapi itu adalah bayaran perkhidmatan diatas khidmat penyelenggaraan yang disediakan oleh kerajaan supaya kemudahan hasil bumi tersebut sampai terus ke rumah kita. Bukan membayar kepada Allah. Kta hanya diwajibkan solat 5 kali sehari, untuk mengucapkan terimakasih"


Tetapi kita sedia maklum, terlalu banyak alasan yang dapat kita dengari dikalangan masyarakat kita sendiri tentang perlaksanaan solat ini. Terlalu berat rasanya, berbanding dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita sekalian hambaNya.

Mungkin lantaran tidak dapat menghayati perasaan bahawa kita ini tidak wujud satu masa dulu dan kemudian telah diciptakan oleh satu kuasa yang Maha Agung.

Mungkin lantaran tidak menyedari dengan serious bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita adalah dimiliki oleh PENCIPTA dan PENGUASA yang Maha Tunggal yang Maha Agung, yang wajib untuk kita SUJUD padaNya, mengikut waktu waktu yang telah ditetapkan.

Allah S.W.T itu Maha Bijaksana mengaturkan peredaran waktu siang dan malam mempunyai perihal-perihal yang tersendiri, maka telah disesuaikan kewajipan ini mengikut kesesuaian yang MENYELESAKAN hambaNya, bukan MENYUSAHKAN hambaNya.

Sebagai contoh,

Subuh, waktu yang amat singkat dan ketika itu manusia selalunya tergesa-gesa dengan pelbagai urusan seperti bersiap untuk pergi bekerja, menyiapkan persiapan anak-anak kesekolah, dan pelbagai macam lagi, maka waktu solat hanya 2 (DUA) rakaat.

Kemudian diwaktu-waktu yang lebih tenang, maka diberikan jumlah rakaat yang lebih seperti Zuhur dan Asar, 4 (EMPAT), manakala waktu senja juga manusia biasanya agak sibuk juga baru pulang kerumah dari tempat kerja, dari padang bola, dari sekolah dan lain-lain, berebut hendak ke bilik air, dan lain-lain, maka untuk Maghrib jumlah dikurangkan kepada 3 (TIGA) rakaat. Manakala Isya' merupakan waktu yang lebih santai, maka ditambah kembali kepada 4 (EMPAT) rakaat.

Seterusnya jika diperhatikan, waktu Zuhur berlangsung diwaktu rehat tengahari dikebanyakkan tempat bekerja, maka tiada alasan untuk meninggalkannya, kerana jumlah waktu rehat sejam itu rasanya cukup untuk makan tengahari dan juga solat yang tidak sampai 10 minit. Asar pula menjelma ketika waktu pekerjaan hampir tamat, maka selepas tamat waktu pejabat, teruslah solat dahulu sebelum pulang dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan sebagainya.

Segalanya telah diatur sebegitu cantik dan selesa, akan tetapi masih ramai yang merasakan betapa beratnya untuk menunaikannya.

Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk menilai diri kita, bagaimanakah ingin kita lanjutkan kesyukuran kita kepada Allah SWT yang memberikan pelbagai macam pemberian kepada kita tanpa meminta apa-apa balasan pun.

Menunjukkan kesyukuran melalui solat ini bukanlah sesuatu yang memberi manfaat kepada Allah SWT, tetapi menfaatnya kepada kita manusia itu sendiri.


Dalam sebuah hadis qudsi,
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. berfirman:

"Wahai hamba-hambaKu, andainya semua jin dan manusia dari yang awal hingga yang terakhir diciptakan adalah hamba yang bertaqwa semuanya ketahuilah bahawa itu tidak akan menambahkan walau apa pun terhadap Kekuasaan-Ku dan Ke-AgunganKu."

"Wahai hamba-Ku, andainya semua jin dan manusia dari yang awal hingga yang terakhir diciptakan adalah hamba yang jahat semuanya (tidak menyembah Allah) ketahuilah bahawa hal itu tidak akan mengurangkan apa pun daripada Kekuasaan-Ku dan Ke-AgunganKu"


Pesanan ini adalah untuk diriku pertama-tamanya. Wallahuaklam


~bersambung ke LINK

Ingin Sihat? Slim? Segar dan Cergas? Sangat Mudah! Buat INI Setiap Hari!




Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih)

Hikmah Sujud dari sudut klinikal

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

-membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

-membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

-melegakan sakit hernia (burut)

-mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

-melegakan paru-paru daripada ketegangan.

-mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

-kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

-meringankan bahagian pelvis.

-memberi dorongan supaya mudah tidur.

-menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

-pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

-bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.

-pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

-Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

-Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



Masya'allah, terlalu banyak benefits / kebaikan dalam setiap apa jua yang diWAJIBkan oleh Allah kepada manusia, itu pun manusia masih susah untuk melakukannya, melainkan jika telah didedahkan kebaikan dan manfaat dari segi sains. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


BACA ARTIKEL INI SEPENUHNYA DI LINK
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]