Khamis, 17 November 2011

Wang Kertas VS Dinar Emas

Bismillah, Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt.


Wang kertas dan emas merupakan 2 perkara penting yang perlu ada. Wang kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.

Seperti yang kita sedia maklum, wang yg dicetak (kertas, syiling), oleh setiap negara tidak sama nilainya. Sebagai contoh : Kuantiti daging lembu yang kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar USD10, SGD10 dan AUD10. Tetapi jika emas yang digunapakai sebagai pembelian di mana2 negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.

Wang kertas yang kita gunakan tidak laku untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ini bermakna wang tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia ditukarkan dahulu kepada USD. Buat masa ini, RM3.30 boleh ditukarkan kepada USD1. Andaikata nilai wang kita jatuh pada masa akan datang…misalnya RM3.30 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi? Untuk mengelakan kerugian inilah emas mampu menjadi pelindung, ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi.

Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
Medium pertukaran yang diterima dunia
Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
Wang tanpa sempadan
Tidak boleh dibinasakan
Mudah dibahagikan
Sukar diperolehi/ditiru
Price to weight ratio yang tinggi
Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Kelemahan wang kertas
Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
Ada had sempadan
Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
Mudah rosak
Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.


Di Zimbabwe, duit tak dikira tapi ditimbang,100 Billion hanya mampu membeli 3 biji telur di Zimbabwe!


Wallahua'lam..

"Kuarkan Fikir, Tingkatkan Zikir..

Credit To: Abu Hannan

Sumber Artikel: LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]