Selasa, 1 November 2011

Paku di dinding, Luka dihati

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama....

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.



Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Marah adalah salah satu cabang nafsu..yang dicetuskan oleh bisikan syaitan yang sememangnya bertepuk tangan bahkan bersorak riang apabila kita dikuasai perasaan marah..sehinggakan segal a perkataan yang keluar dari mulut kita adalah sesuatu yang tak terduga dan melukai hati-hati insan yang menjadi mangsa amarah kita..bahkan ada antara kita yang terlalu dikuasai perasan marah yang membuak-buak sanggup mencederakan dan membunuh sesama manusia.

Dalam Al-Quran juga menyarankan agar kita mengawal dan menghindarkan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf. Seperti dalam firman Allah yang bermaksud;

“Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran:134)

Sesungguhnya saya berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua..semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT ..dan..

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda"


Sumber: LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]