Khamis, 3 November 2011

Anda Seorang Yang Istimewa

......Sediakan tempat tidur yang bersih dan selesa sepertimana yang selalu anda sediakan kepada tetamu yang bermalam dirumah anda. Jangan anda biarkan diri anda tidur dengan selimut yang berbau hapak, cadar dan sarung bantal yang kopam kerana jarang dibasuh, kerana ini bererti anda tidak menghormati diri anda.

Hasilnya, minda kita akan menghantar frekuensi negatif berbentuk :

'anda tidak layak dihargai dan dihormati'

yang mana akan menarik semula ke dalam realiti hidup kita tenaga-tenaga yang berbentuk begitu. Maka jangan kita mudah melatah jika kita mendapati kita tidak berapa dihargai, tidak mendapat perhatian sepenuhnya atau dilayan dengan pandangan sebelah mata dari orang lain, umpamanya banyak kes-kes rungutan di kaunter-kaunter perkhidmatan awam dan sebagainya.

Kadangkala kita hairan mengapa kerani kaunter yang sama melayan pelanggan lain dengan sopan dan baik tetapi mengapa tidak dengan kita? Tanpa disedari sebenarnya, kitalah yang bertanggungjawab menarik realiti hidup seperti itu apabila kita tidak menghargai diri kita sendiri.

INGIN BACA KESELURUHAN ARTIKEL? SILA KLIK : LINK

1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]