Rabu, 12 Oktober 2011

Terkedu aku...

Terkedu sejenak ketika menerima respon salah seorang pembaca artikel Aku, Lim dan Islam. Pandangan yang diberikan oleh beliau amat bernas. Ingin saya kongsikan pandangan pembaca yang hanya ingin dikenali dengan nama 'awanbiru' ini:


Kisah Aku, Lim dan Islam ini memang satu perkara yg dah berbulan bersarang dlm kepala saya ni. Tak tau nak buat dan nak katakan macamana. Kita berkawan baik dgn rakan2 yg bukan islam, tapi untuk saya sendiri, merasakan tidak mampu nak sebutkan atau nak mengajak atau sekurang2nya memperkatakan sesuatu yg baik tentang islam. Nak start tu tak tau macamana. Kawan2 sekerja yg non muslim seorang demi seorang bersara tp tidak seorang pun yg sempat untuk saya dan rakan2 ajak kepada islam. Macamana agaknya kalau mereka semua tu mendakwa kita semua diakhirat nanti?

Satu ketika seorang ustaz berucap dlm sebuah majlis, antara ucapannya ada yg berkenaan dgn islam, tetapi sebelum dia sebutkan perkara tu dia katakan,

"minta maaf ya, ini bukan tujuan saya nak dakwah...".

Kenapa ya si ustaz ni cakap macam tu? Bukankah dakwah ni wajib bagi kita muslim? Kenapa kita mesti nak minta maaf sebab berdakwah?? Entahlah...

Pandangan saya, dah jadi satu budaya atau nilai yg diterima semua, bahawa isu agama islam adalah isu yg sgt sensitif yg tidak boleh dipersoal atau dibincangkan oleh org2 bukan islam. Sedangkan mereka mempersoalkan atas kejahilan dan dgn mereka mempersoalkan itu maksudnya mereka membuka pintu perbincangan, tetapi apa yg selalu berlaku ramai umat islam akan segera menutup rapat segala bentuk perbincangan dan segera mengeluarkan kenyataan berupa ugutan2 dan ancaman dan sbgnya. Sedangkan islam tu kalis persoalan, semua persoalan ada jawapannya dlm islam, tapi sebab kita pun jahil jadilah apa yg telah terjadi.

Ungkapan "Hidayah tu milik/dari Allah, (kalau kau dakwah macamana pun, kalau Allah tak nak beri hidayah, org itu takkan terima islam)"....

satu perkara yg lama terbenam dlm fikiran saya....tak apelah saya sekadar kongsikan utk saudara2 fikirkan..

Hanya pandangan....ungkapan ni adalah ayat hakikat, samalah seperti rezeki tu dari Allah tapi kita kerja, kenyang tu dari Allah tapi kita makan, ajal/maut tu ketentuan Allah tapi kita jaga keselamatan, jodoh tu ketentuan Allah tapi si bujang2 xsudah2 mengurat (yg nak tambah cawangan pun sama)....persoalannya apa yg bukan dari Allah? Segala2nya datang dari Allah.

Malangnya bila kita berkata berkenaan hidayah, kita akan segera kata hidayah tu dari Allah, maka kita buat pun seperti melepaskan batuk ditangga. Allah swt berikan kita lidah utk berkata2 tapi kita (sayalah ni cthnya) "konon2nya" akan kata dakwah tu banyak cara, tunjukkan cth yg baik pun dakwah juga...dan berbagai2 alasan lagi...sedangkan lidah yg Allah pinjamkan tu kita tak gunakan.

Kalau nak rezeki yg dipanggil kekayaan material boleh pulak kerja dari pagi ke malam. Tak cukup 1 kerja buat 2 kerja. Ada masa lagi buat MLM (yg buatla) atau buka bazar ramadan dlm pejabat masing2(terutama yg kerja kerajaan). Nak kenyang tau pulak makan 5 pinggan. Takut mati tau pulak pakai helmet atau tali pinggang keledar. kalau org hisap rokok boleh pulak kata, rokok penyebab kenser yg boleh membawa maut. Nak solid molid boleh diet dgn suppliment2 yg mahal. Utk mendapatkan kepuasan nafsu....seribu satu cara...

Kita akan mencari seribu satu kaedah utk mencapai apa yg dikehendaki oleh nafsu kita baik yg namanya rezeki yg dipanggil duit/harta kekayaan, kuasa, atau apa saja.... Tapi utk yg dipanggil hidayah, kita memang cukup simple...

"..tak mengapa, hidayah tu dari Allah....bertenang".

Cthnya kisah Aku, Lim dan Islam ini. Si rakan mendapat hidayah dari Allah setelah didakwah oleh bekas paderi kristian. Agak2nya boleh tak hidayah Allah turun kalau sebelum itu si tuan punya cerita yg dakwah? InsyaAllah boleh kan.. hakikat hidayah tu memang dari Allah, tapi asbab kepada turunnya hidayah tu, apakah kita ingin menjadi asbab kepada turunnya atau tidak.

Cth lain, rezeki tu dari Allah... Seorg pengemis dtg kepada saya, saya pun buat xtau, kemudian dia pun pergi ke saudara A dan A pun berilah dia rm10. Dia pun beli makanan, makan dan pergi dari situ. Disini kita lihat pilihan, saya memilih utk tidak mahu menjadi asbab kepada turunnya rezeki kepada sepengemis berbanding si A. Dan ganjaran pahala akan diterima oleh A. Tapi kalau A pun buat xtau, jika Allah masih berkehendak si pengemis itu utk terus hidup, pasti akan ada rezeki utknya. Teringat satu ungkapan..."sales start when people say no".

Dalam hal ini, dlm apapun tak kira tajuk apapun pasti akan ada org yang cuba utk mengaitkannya dgn politik. Bukankah kalau isu yg dibawakan tu dakwah, selagi kita ni mengaku islam, beriman kita juga bertanggungwjb berdakwah? Tak payahla sebut PAS, UMNO. Tak perlu sebut pun kafir2 laknat si yahudi atau kuncu2nya. Lihatlah sahabat2 kita yg sepejabat, jiran2 kita, rakan2 sekelas... Agaknya apakah kita dipertanggungjwbkan utk mendakwah mereka ke tak...agaknyala?
Wassallam...

1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]