Ahad, 16 Oktober 2011

Seseorang dari masa lalu ATAU seseorang pada masakini

Antara peranan sebagai sahabat, kita sepatutnya membantu rakan kita ‘melupakan’ apa jua pengalaman pahit/silam mereka. Bukannya membuat mereka mengingati kembali apa jua yang mereka tidak sukai, benci dan tak mahu lalui lagi.

Bukankah dengan secara tak langsung perbuatan kita ini hanya akan membuatkan kawan kita itu terdedah kepada memberikan fokus dan tumpuan kepada perkara-perkara negatif…

Tidak ada untungnya mengetahui kisah silam seseorang, itu adalah perjalanan hidup yang telah pernah mereka lalui, itu adalah hak mereka, rahsia mereka, pengajaran untuk mereka, biarkan ianya begitu. Apakah untungnya? tiada bukan!..Apa yang penting ialah siapa mereka hari ini. Apakah kita mahu menjadi seseorang dari masa lalu kepada mereka, atau seseorang pada masa sekarang dalam kehidupan baru mereka yang baru mereka bina?

Kita sendiri memiliki kisah lalu yang tersendiri. dan kita sendiri merasa tidak selesa untuk berkongsi dengan orang lain beberapa pangalaman tersebut. Walau siapa pun kita, tetap ada perkara-perkara yang terlalu peribadi dalam hidup kita. Maka oleh itu, hormatilah hak dan privasi insan lain sepertimana kita mahu privasi kita dihormati.



Sebenarnya, apa jua pengalaman atau kepahitan yg pernah dilalui oleh seseorang itu, tak perlu kita tanya kerana orang itu sendiri dengan rela dan ikhlas akan menceritakan kepada kita tentang dirinya, apabila sesuatu perhubungan itu telah menjadi rapat, merasa boleh dipercayai, selamat dan semuanya ini mengambil masa dan keihklasan kedua belah pihak juga.

Sekiranya seseorang itu merasa berat untuk bercerita kepada kita tentang dirinya, ini bermakna diri kita belum menjadi seseorang yang dirasakannya selamat dan boleh dipercayai untuk berkongsi kisah peribadi. dan hal ini berlaku antaranya akibat sikap kita sendiri yang tanpa kita sedari agak dingin, memiliki ciri-ciri egois, tidak empatik dan mungkin juga tiada unsur humor dalam jiwa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]