Sabtu, 22 Oktober 2011

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan (Intro)

Assalamualaikum. Saya pernah menulis tentang Law of Abundance sebelum ini, tetapi ada yang beri respon "terlalu panjang, letihla nak baca", ok tak apa, InsyaAllah akan saya cuba huraikan sedikit demi sedikit dalam bentuk bersiri, bermula dengan entri kali ini. "Kalau semua nak tulis pendek, tak hasil maksudlah apa yang nak disampaikan dek oi..rajin-rajinlah sedikit membaca, penat membaca, lagi penat menulis taw dak..hehe"

......................

Segala apa yang dibekalkan oleh Allah untuk hambaNya tidak pernah berkurang, malah semakin bertambah. Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Kaya Raya lagi Maha Suka Memberi, syiriklah kita jika kita ada beranggapan bahawa pemberian Allah itu tidak berupaya mencukupi keperluan makhluk yang diciptaNya.

Lihat sebutir padi atau pun gandum yang Allah sediakan untuk manusia, ianya akan bercambah biak dari sebutir kepada ratusan juta butir, manusia dari seorang Adam hingga kepada berbillion manusia, dan seterusnya. Adakah bumi ini terlalu padat hingga manusia sudah ada yang ketiadaan kawasan untuk didiami? Tidak!, semuanya sentiasa serba cukup.

Ingatlah, bahawa tak pernah ada orang mati didunia ini kerana bumi tidak mempunyai cukup makanan.

Eh?..Tapi bukan ke ramai yang mati kebuluran, seperti di Afrika?

Iya, benar mereka mati kerana tidak cukup makan, tetapi BUKAN kerana makanan tidak cukup didunia ini. Sumber makanan dibumi ini sentiasa cukup dan berlebihan. Cumanya, makanan yg berlebihan itu tidak sampai ke tempat mereka, yg mana ini berlaku BUKAN KESILAPAN ATAU KELEMAHAN ALLAH, tetapi salah manusia sendiri yang tidak berusaha keras menyampaikan makanan dan bantuan ke sana. Bila ada usaha yang dilakukan, terdapat pula dikalangan manusia sendiri yang menghalangnya, sebagai contoh, bantuan kemanusiaan kapal Mavi Malmara yang diserang, aktivis Malaysia yang terbunuh dalam tugas kemanusiaan dan sebagainya.

Lihat sahaja senario di Malaysia dibulan Ramadhan, bukankah TERLALU banyak makanan dibazirkan dibulan mulia yang sepatutnya kita lebih berjimat dan menghargai rezeki itu?

Semuanya telah Allah sediakan, Takkan nak makan pun minta Allah suapkan kedalam mulut? Semuanya telah pun Allah bekalkan, termasuk kemajuan teknologi yang kita kecapi hari ini seperti kenderaan berenjin, internet, komputer, handphone, teknologi maklumat dan lain-lain. Untuk apa? untuk memudahkan kita membantu sesama manusia dan memudahkan kita (yang dah dapat Islam free ikut keturunan ni) menyebarluaskan daawah dan memperkenalkan siapakah Pencipta Alam kepada mereka-mereka yang belum sampai lagi risalah kebenaran. Dalam ertkata lain, beramal ibadah. Bukan guna internet nak cari khidmat seks, atau webcam dengan awek hot atau semata-mata nak download lagu free atau apa jua yang melalaikan semata-mata.

Firman Allah:

DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI (BERAMAL IBADAH) KEPADAKU...(ADZ-DZARIYAT: 56)

Eh?..yang tu bukan manusia cipta ke?...

MasyaAllah, ada yang tanya macam tu, takpe, munkin tak faham atau MALAS nak fikir dalam-dalam, tapi kenalah hargai anugerah otak dan akal yang Allah beri.

" Memanglah manusia yang ciptakan, tapi dari manakah datangnya idea nak cipta itu dan ini kalau bukan dari akal fikiran dan otak yang Allah anugerahkah? Bukankah hanya dengan keizinan dan kekuasaanNya sahaja maka manusia mampu berfikir. Dan perkakasan yang digunakan untuk membuat/membina teknologi dan peralatan itu semua dari mana? dari luar bumi ke? kalau dari luar bumi pun, tentulah Allah juga yang ciptakan. Bukankah semuanya dari sumber alam tak kiralah plastik ke, besi ke, aluminium ke, gadget apa pun semuanya berasal dari sumber alam yang Allah ciptakan juga. Kenapa? ada yang terfikirkan bahawa handphone blackberry kau tu dibuat dekat kilang dari sumber apa? magik aje terus ada ke bahan-bahan pembuatannya?

Sebenarnya, teknologi yang kita gunakan hari ini telah pun diciptakan Allah dari azali lagi, cuma manusia diizinkan menggunakannya mengikut masa yang sesuai dengan keperluan sahaja yang telah ditetapkanNya. Maka apabila teknologi kenderaan enjin telah pun sesuai untuk manusia, maka diberikanNya ilham/idea itu kepada Henry Ford untuk berfikir tentang kereta. Apabila zaman manusia telah pun perlu untuk menggunakan pesawat terbang, maka teknologi penerbangan menggunakan enjin pun dicetuskan oleh Allah kepada Wilbur Right bersaudara. Begitulah juga apa yang berlaku kepada Alexander Graham Bell (Telefon) dan ramai lagi. Ingat! Idea membuat kapal pertama telah pun diberikan kepada nabi Nuh a.s.

Perhatikan dan renungkan sedalam-dalamnya maksud Firman Allah ini:

Firman Allah:

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah : 31-34)

Apa yang dapat kita fahami dari ayat-ayat diatas? Apakah yang dimaksudkan nama-nama, benda-benda dan kegunaannya itu? Semuanya itu adalah apa yang kita semua (anak adam) ada, guna dan lihat dari zaman awal manusia dibumi hingga ke hari ini dan hingga ke hari kiamat. Segala apa yang diperlukan oleh manusia telah pun Allah sediakan dan ajarkan kepada Nabi Adam A.S sebagai manusia pertama, dan dari sinilah segala pengetahuan yang diajarkan itu dan diimplantkan kedalam DNA Adam a.s untuk dipusakai oleh sekelian zuriat keturunannya(manusia bani Adam). Ada faham ka?



Kita jangan berbangga sangat dengan kemajuan teknologi yang kita ada hari ini, kerana jika nak dibanggakan, malulah jugak kerana Allah hanya izinkan manusia menggunakan pesawat terbang berenjin jet dan berasaskan bahanapi benzin sahaja setakat ini.

Mengapa Allah belum berikan lagi idea/ilham membuat pesawat terbang lebih maju dan boleh terbang lebih jauh dengan jimat seperti menggunakan kuasa medan magnet? Atau teknologi anti graviti? Kerana kita (manusia) tak layak menggunakannya lantaran sifat tamak haloba, riak dan angkuh manusia sendiri. Jika Allah berikan kepada kita teknologi seperti ini, kemungkinan Bumi ini akan lebih cepat musnah akan berlaku.


Terpaksa bersambunglah, rasanya ini pun dah cukup panjang kot..hehe..jgn marah haa

jumpa lagi, InsyaAllah

BERSAMBUNG KE LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]