Rabu, 12 Oktober 2011

Hudud: Dari satu sisi yang lain

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam.



Timbalan ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.

(“JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN..”..

itu antara kenyataan N. Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang dipetik dari facebook beliau, mengulas isu berkaitan kes pembunuhan kejam Dato Sosilawati..)

“Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

“Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. ” ujarnya kepada Harakahdaily.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan.

Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

“Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh.”

“(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum,” ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikanperlembagaan dan prinsip demokrasi.

“Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

“Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

“Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam,” ujarnya.



Beliau menambah lagi:

"Hukum HUDUD tidak perlu ditakuti oleh orang bukan islam dan juga oleh orang islam sendiri kerana tujuan hudud adalah untuk menjaga kepantingan hartabenda seluruh rakyat daripada dicuri dengan sewenang-wenangnya.

"Malah ia juga dapat memelihara maruah dan hargadiri terutamanya anak-anak dara, isteri-isteri dan wanita dari diganggu oleh orang lain sesuka hati"

" Dalam konteks ini, hanya pencuri dan penzina sahaja yang tidak suka kepada hukum hudud"

"Lagipun, hukum hudud hanya dijalankan kepada orang islam sahaja. Oleh itu, berilah peluang kepada orang islam khususnya PAS untuk melaksanakan hukum berkaitan dengan kepercayaan mereka, mengikut peruntukkan perlembagaan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.



Sementara itu, Pengerusi DHPP, Hu Pang Chow menafikan sekeras-kerasnya berita yang mengatakan bahawa DHPP akan keluar dari PAS jika hudud dijalankan.



" Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar semalam. Sebagai pengasas Kelab Penyokong PAS bukan Islam yang kini DHPP, tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian. Laporan itu sangat tidak tepat dan saya tidak akan ada kuasa untuk menghalang lebih 20,000 penyokong DHPP dari terus menyokong perjuangan PAS"

Sumber: LINK


P/S:

Yang sedihnya, ketika Non Muslim rancak menyokong Perundangan Allah SWT, ramai juga Penganut Islam Keturunan yang menentang dan memandang rendah kepada hukum ini. Hello, sula itu BUKAN hudud ya, itu hukum raja-raja Melayu zaman dulukala yang belum islam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]