Isnin, 24 Oktober 2011

Merawat Diri - Al-Qur'an sebagai As-Syifa (Penyembuh)

(Entry ini merupakan dialog/ diskusi antara saya dan saudara Is-Haque, seorang pengamal perubatan alternatif berasaskan Al-Qur'an.)


by is-haque on May 27, 2011 at 5:09pm





Al-Qur'an mempunyai berbagai nama dan gelaran...Antaranya Al-Furqaan ('Penyisih', yang menzahirkan perbezaan antara haq dan batil), Al-Kitaab, dan As-Syifaa' (Penyembuh).

Saya ingin memfokuskan pada nama dan sifat Al-Qur'an yang disebut sebagai As-Syifaa' ini. Saya dan teman-teman banyak memperbincangkan mengenai rawatan menggunakan Al-Qur'an. Tidak kiralah samada rawatan untuk masalah fizikal, psikologi mahupun spiritual.

Kami pada awalnya tidak fokus terhadap satu-satu aliran perubatan, tetapi cuba untuk mendalami dan mencari kaedah penyelesaian yang terbaik untuk satu-satu masalah.

Bagaimanapun, kami dapati kaedah perubatan yang paling berkesan dan paling pantas merawat ialah yang berada pada spiritual plane. Contoh aliran perubatan yang ada sekarang yang memenuhi syarat ini, ialah homeopati (sebenarnya homeopati berada pada kedua-dua platform..physical plane dan spiritual plane).

Kaedah homeopati amat menarik..kerana ia memfokuskan pada frekuensi tenaga. Saya fikir, saudara Arjunasetia sudah maklum bahawa Dr.Heihnemann bukanlah pengasas homeopati yang sebenar...tetapi pernah dikaji dan dimajukan oleh tokoh Perubatan Islam, Ibnu Sina sendiri dengan merujuk kepada kitab-kitab perubatan Yunani purba.

Falsafah perubatan homeopati yang berbunyi "similia similibus curentur" (ungkapan Bahasa Latin bermaksud "yang sama menjadi penawar kepada yang serupa"), adalah bersandarkan kepada konsep frekuensi. Dalam bahasa teknikal yang lebih mudah, sesuatu tenaga negatif itu boleh dibatalkan oleh suatu tenaga positif yang berada pada skala frekuensi yang sama.

Maaf intro saya agak panjang di sini.

Penemuan kami, ialah ayat-ayat Al-Qur'an itu juga mengandungi bermacam-macam frekuensi, dan prinsip rawatan menggunakan tenaga dari getaran ayat-ayat mukjizat itu mempunyai beberapa persamaan yang kami lihat selari dengan kaedah homeopati.

dari situ, kami merumuskan bahawa "untuk mencapai sesuatu tujuan yang tertentu, kita memerlukan kombinasi frekuensi tenaga yang tertentu juga". Begitulah ceritanya..

maaflah saya cuma dapat jelaskan secara ringkas di sini....untuk terangkan secara detail, saya rasa lebih sesuai disampaikan secara lisan. Lagipun saya sendiri belum boleh dianggap mahir mengenai frekuensi.

▶ Reply
Permalink Reply by arjunasetia on June 2, 2011 at 3:33pm


terimakasih.

tuan, ingin saya bertanya, frekuensi ayat apakah yang terbaik sekali untuk mengeluarkan gangguan halus atau 'singgah' yg ada didalam tubuh manusia?



▶ Reply
Permalink Reply by is-haque on June 2, 2011 at 7:58pm


soalan yang tidak mudah untuk dijawab.

mula-mula sekali, gangguan makhluk halus atau jin ini ada berbagai jenis dan kategori. Ada yang dihantar secara khusus, dan ada juga yang 'melekat' atau berlegar-legar pada diri pesakit.

Makhluk yang kita panggil 'jin' ini juga mempunyai berbagai kategori dan jenis. Antara kategori yang agak sukar untuk ditangani ialah kategori ifrit (jin yang terpantas dan licik, mahir menyembunyikan diri), maarid (yang sukar dihapuskan kerana nyawanya dijanjikan panjang oleh Allah), dan jenis-jenis jin saka (jin yang mempunyai perjanjian atau kontrak dengan manusia). Lazimnya di zaman sekarang ini, jin-jin saka itu tidak bertuan..atau boleh dikategorikan sebagai 'saka yang tak dituntut'.

Terdapat beberapa kes, punca terjadinya 'singgah' atau 'hinggap' pada seseorang pesakit, kerana ada jin saka yang bertindak 'membuka pintu pagar', mempersilakan jin-jin yang tiada tempat tinggal, menghuni jasad pesakit. Bukan sesuatu yang aneh sekiranya tubuh seorang manusia itu didapati dihuni oleh puluhan bahkan ratusan ekor jin. Dah jadi macam sebuah kampung atau bandar jin!

Ini belum lagi diperkatakan tentang kategori qarin, yang lebih 'halus' jisimnya berbanding jin biasa (jin biasa tidak mampu melihat qarin). Tapi itu topik yang lain.

'Jin biasa' juga ada dua kategori umum, iaitu yang berakal (dan mukallaf), dan terdapat juga haiwan alam jin, yang tidak berakal, sama seperti haiwan di alam manusia (yang sebahagiannya pernah disebut di dalam hadith sebagai binatang ternakan jin).

Untuk menjawab soalan saudara Arjunasetia, saya sendiri tidak berani untuk memberi jawapan yang tepat. Untuk masalah 'singgah' yang umum, boleh saja digunakan bacaan ayat-ayat ruqyah untuk mengatasinya.

Bagaimanapun, terdapat lebih daripada satu riwayat tentang kombinasi dan variasi ayat-ayat ruqyah. Ayat-ayat manzil juga adalah merupakan salah satu variasi ayat-ayat ruqyah.

Untuk sesetengah kes, gabungan kombinasi ayat-ayat manzil dan ruqyah (dari riwayat yang masyhur), adalah diperlukan.

Untuk kes-kes gangguan yang sederhana, memadai dengan bacaan Surah Al-Muzzammil ayat 15 hingga 20, dan Surah Al-Qiyamah ayat 35 hingga 40. Kesemua ayat ini perlu diulang baca sebanyak 3 hingga 7 kali, bergantung tahap keseriusan gangguan dan jumlah jin yang menggangu.

Lebih berkesan jika ayat-ayat tersebut dibaca dengan memahami maksudnya, oleh pesakit itu sendiri (jika mampu).

Ada beberapa adab atau protokol yang perlu dipatuhi, antaranya ialah si pembaca itu seeloknya berada dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar. Ini kerana kekuatan frekuensi yang dihasilkan oleh manusia tanpa wudhu' hanyalah satu pertujuh, berbanding dalam keadaan berwudhu'.

Sebelum melakukan rawatan, pesakit dan perawat disaran agar melakukan solat sunat taubat (sekurang-kurangnya dua rakaat). Kemudian perawat dan pesakit perlu melafazkan Sayyidul Istighfar sebanyak beberapa kali (antara 3 hingga 21 kali, bergantung kepada kes). Kemudian perawat perlu membaca surah Al-Fatihah beberapa kali (antara 3 hingga 100 kali, juga bergantung kepada kes).

Jika perlu, perawat akan membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan hawwalah beberapa kali. Sesudah itu, barulah ayat-ayat rawatan itu mula dibaca..dan sebaiknya dengan suara lantang dan jelas. Ketepatan bacaan tajwid juga membantu untuk mendapatkan 'kuasa penuh' ayat-ayat kalamullah tersebut, sebagaimana Al-Qur'an dilafazkan oleh Rasulullah dan Jibril 'Alaihissalam.

Maafkan saya sekiranya penjelasan saya ini tidak memenuhi kehendak soalan.

Apa pun, keseluruhan Al-Qur'an itu adalah penyembuh, dan sekiranya si perawat itu berada pada tahap ketaqwaan yang tinggi, lafaz "Bismillah" dan kekuatan niat sahaja sudah memadai untuk menghapuskan sebarang gangguan luar.

Wallahu a'lamu bissawab.

▶ Reply
Permalink Reply by arjunasetia on June 6, 2011 at 1:13pm


Alhamdulillah, segala Puji bagi Allah. Terimakasih tuan diatas tunjuk ajar yg diberikan. Maaf sebab saya masih ada soalan.

bolehkah jika ayat2 yg dinyatakan diatas (Surah Al-Muzzammil ayat 15 hingga 20, dan Surah Al-Qiyamah ayat 35 hingga 40. Kesemua ayat ini perlu diulang baca sebanyak 3 hingga 7 kali,) dijadikan amalan umpama bacaan selepas solat oleh pesakit, dengan niat untuk berubat?


terimakasih.

▶ Reply
Permalink Reply by is-haque on June 9, 2011 at 4:23pm


Ya, boleh..dengan meniatkan bahawa amalan itu adalah ikhtiar untuk merawat diri...di sini hukumnya DIBOLEHKAN (mubah) untuk MEMILIH ikhtiar yang bersesuaian (yang tidak menyalahi aqidah mahupun syariat). Samalah hukumnya dengan MEMILIH untuk pergi ke klinik dan mendapatkan suntikan dari doktor apabila terpijak paku berkarat. Ianya hanya ikhtiar..dan tujuannya adalah untuk SEMBUH.

Bukan sahaja DIBOLEHKAN, tetapi diberi ganjaran pahala kerana memelihara jasad dan akal yang diamanahkan oleh Pencipta kita.

Bagaimanapun, apabila sesuatu ikhtiar itu melibatkan sesuatu amalan yang disyariatkan, contohnya berzikir, melakukan solat sunat, atau membaca Al-Qur'an, perlu diingat bahawa kesemua amalan tersebut mempunyai syarat-syarat tersendiri untuk melaksanakannya.

Contohnya, Haram hukumnya sekiranya melakukan solat sunat dalam keadaan berhadas..atau membaca Al-Qur'an tanpa mematuhi hukum tajwid. Ini yang asasnya. Ertinya, perlu memahami adab-adab dan rukun serta syarat-syarat sah bagi melakukan sesuatu amalan.

Kemudian, perlu juga diingat bahawa sekiranya sesuatu amalan itu dilaksanakan HANYA untuk mendapatkan fadhilatnya, dikhuatiri pahala (dari amalan tersebut) yang sepatutnya diperolehi menjadi kurang..atau tiada pahala langsung. Maka keikhlasan niat adalah diperlukan..niatkan bahawa amalan tersebut adalah untuk memperolehi manfaat dunia dan akhirat.

Dalam hal ini, tidak timbul isu bid'ah (jika ini isunya yang saudara maksudkan), kerana amalan tersebut adalah semata-mata IKHTIAR dan bukanlah diniatkan sebagai ibadah khusus. Sudah pasti, menggunakan ikhtiar berlandaskan syariat adalah lebih afdhal daripada memilih ikhtiar-ikhtiar yang lain (seperti mandi bunga atau menabur garam di penjuru rumah atau seumpamanya).

Akhir sekali, masih mengenai niat...iaitu kita mahukan kesembuhan dari penyakit, UNTUK APA? Sekiranya seorang pesakit osteoartritis berikhtiar merawat lututnya yang sakit, agar dia dapat bermain golf dan berseronok di nightclub, saya kira kesihatannya itu hanya sia-sia dan sakit lebih baik untuk orang ini.

Atau seorang yang sakit kerongkong, berikhtiar merawat penyakitnya supaya dia dapat menyanyi semula di pusat karaoke..sama sajalah..lebih baik dia terus sakit..kerana penyakitnya itu menghalangnya dari melakukan perkara yang melalaikan (lagha).

Maka sewajarnya kita niatkan bahawa "ikhtiarku mendapatkan semula kesihatanku ini adalah supaya aku dapat lebih banyak lagi melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala.." InsyaAllah beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

Maafkan saya sekiranya jawapan saya ini meleret melebihi apa yang disoal.


TERIMAKASIH KEPADA SAUDARA IS-HAQUE ATAS PENERANGAN DAN PERKONGSIAN INI

Sabtu, 22 Oktober 2011

Law Of Abundance - Hukum Kelimpahan (Intro)

Assalamualaikum. Saya pernah menulis tentang Law of Abundance sebelum ini, tetapi ada yang beri respon "terlalu panjang, letihla nak baca", ok tak apa, InsyaAllah akan saya cuba huraikan sedikit demi sedikit dalam bentuk bersiri, bermula dengan entri kali ini. "Kalau semua nak tulis pendek, tak hasil maksudlah apa yang nak disampaikan dek oi..rajin-rajinlah sedikit membaca, penat membaca, lagi penat menulis taw dak..hehe"

......................

Segala apa yang dibekalkan oleh Allah untuk hambaNya tidak pernah berkurang, malah semakin bertambah. Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Kaya Raya lagi Maha Suka Memberi, syiriklah kita jika kita ada beranggapan bahawa pemberian Allah itu tidak berupaya mencukupi keperluan makhluk yang diciptaNya.

Lihat sebutir padi atau pun gandum yang Allah sediakan untuk manusia, ianya akan bercambah biak dari sebutir kepada ratusan juta butir, manusia dari seorang Adam hingga kepada berbillion manusia, dan seterusnya. Adakah bumi ini terlalu padat hingga manusia sudah ada yang ketiadaan kawasan untuk didiami? Tidak!, semuanya sentiasa serba cukup.

Ingatlah, bahawa tak pernah ada orang mati didunia ini kerana bumi tidak mempunyai cukup makanan.

Eh?..Tapi bukan ke ramai yang mati kebuluran, seperti di Afrika?

Iya, benar mereka mati kerana tidak cukup makan, tetapi BUKAN kerana makanan tidak cukup didunia ini. Sumber makanan dibumi ini sentiasa cukup dan berlebihan. Cumanya, makanan yg berlebihan itu tidak sampai ke tempat mereka, yg mana ini berlaku BUKAN KESILAPAN ATAU KELEMAHAN ALLAH, tetapi salah manusia sendiri yang tidak berusaha keras menyampaikan makanan dan bantuan ke sana. Bila ada usaha yang dilakukan, terdapat pula dikalangan manusia sendiri yang menghalangnya, sebagai contoh, bantuan kemanusiaan kapal Mavi Malmara yang diserang, aktivis Malaysia yang terbunuh dalam tugas kemanusiaan dan sebagainya.

Lihat sahaja senario di Malaysia dibulan Ramadhan, bukankah TERLALU banyak makanan dibazirkan dibulan mulia yang sepatutnya kita lebih berjimat dan menghargai rezeki itu?

Semuanya telah Allah sediakan, Takkan nak makan pun minta Allah suapkan kedalam mulut? Semuanya telah pun Allah bekalkan, termasuk kemajuan teknologi yang kita kecapi hari ini seperti kenderaan berenjin, internet, komputer, handphone, teknologi maklumat dan lain-lain. Untuk apa? untuk memudahkan kita membantu sesama manusia dan memudahkan kita (yang dah dapat Islam free ikut keturunan ni) menyebarluaskan daawah dan memperkenalkan siapakah Pencipta Alam kepada mereka-mereka yang belum sampai lagi risalah kebenaran. Dalam ertkata lain, beramal ibadah. Bukan guna internet nak cari khidmat seks, atau webcam dengan awek hot atau semata-mata nak download lagu free atau apa jua yang melalaikan semata-mata.

Firman Allah:

DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI (BERAMAL IBADAH) KEPADAKU...(ADZ-DZARIYAT: 56)

Eh?..yang tu bukan manusia cipta ke?...

MasyaAllah, ada yang tanya macam tu, takpe, munkin tak faham atau MALAS nak fikir dalam-dalam, tapi kenalah hargai anugerah otak dan akal yang Allah beri.

" Memanglah manusia yang ciptakan, tapi dari manakah datangnya idea nak cipta itu dan ini kalau bukan dari akal fikiran dan otak yang Allah anugerahkah? Bukankah hanya dengan keizinan dan kekuasaanNya sahaja maka manusia mampu berfikir. Dan perkakasan yang digunakan untuk membuat/membina teknologi dan peralatan itu semua dari mana? dari luar bumi ke? kalau dari luar bumi pun, tentulah Allah juga yang ciptakan. Bukankah semuanya dari sumber alam tak kiralah plastik ke, besi ke, aluminium ke, gadget apa pun semuanya berasal dari sumber alam yang Allah ciptakan juga. Kenapa? ada yang terfikirkan bahawa handphone blackberry kau tu dibuat dekat kilang dari sumber apa? magik aje terus ada ke bahan-bahan pembuatannya?

Sebenarnya, teknologi yang kita gunakan hari ini telah pun diciptakan Allah dari azali lagi, cuma manusia diizinkan menggunakannya mengikut masa yang sesuai dengan keperluan sahaja yang telah ditetapkanNya. Maka apabila teknologi kenderaan enjin telah pun sesuai untuk manusia, maka diberikanNya ilham/idea itu kepada Henry Ford untuk berfikir tentang kereta. Apabila zaman manusia telah pun perlu untuk menggunakan pesawat terbang, maka teknologi penerbangan menggunakan enjin pun dicetuskan oleh Allah kepada Wilbur Right bersaudara. Begitulah juga apa yang berlaku kepada Alexander Graham Bell (Telefon) dan ramai lagi. Ingat! Idea membuat kapal pertama telah pun diberikan kepada nabi Nuh a.s.

Perhatikan dan renungkan sedalam-dalamnya maksud Firman Allah ini:

Firman Allah:

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah : 31-34)

Apa yang dapat kita fahami dari ayat-ayat diatas? Apakah yang dimaksudkan nama-nama, benda-benda dan kegunaannya itu? Semuanya itu adalah apa yang kita semua (anak adam) ada, guna dan lihat dari zaman awal manusia dibumi hingga ke hari ini dan hingga ke hari kiamat. Segala apa yang diperlukan oleh manusia telah pun Allah sediakan dan ajarkan kepada Nabi Adam A.S sebagai manusia pertama, dan dari sinilah segala pengetahuan yang diajarkan itu dan diimplantkan kedalam DNA Adam a.s untuk dipusakai oleh sekelian zuriat keturunannya(manusia bani Adam). Ada faham ka?



Kita jangan berbangga sangat dengan kemajuan teknologi yang kita ada hari ini, kerana jika nak dibanggakan, malulah jugak kerana Allah hanya izinkan manusia menggunakan pesawat terbang berenjin jet dan berasaskan bahanapi benzin sahaja setakat ini.

Mengapa Allah belum berikan lagi idea/ilham membuat pesawat terbang lebih maju dan boleh terbang lebih jauh dengan jimat seperti menggunakan kuasa medan magnet? Atau teknologi anti graviti? Kerana kita (manusia) tak layak menggunakannya lantaran sifat tamak haloba, riak dan angkuh manusia sendiri. Jika Allah berikan kepada kita teknologi seperti ini, kemungkinan Bumi ini akan lebih cepat musnah akan berlaku.


Terpaksa bersambunglah, rasanya ini pun dah cukup panjang kot..hehe..jgn marah haa

jumpa lagi, InsyaAllah

BERSAMBUNG KE LINK

Rabu, 19 Oktober 2011

Tiada yang sempurna (Untuk OCD's)

Mengambil jalan bersederhana dalam segala hal menggambarkan satu gambaran akhlak yang sangat murni dan terpuji. Sifat inilah yang sentiasa menghiasi kehidupan Rasulullah SAW sehari-hari sepanjang perjalanan hayatnya.

Sewajarnya sebagai umatnya, kita perlu mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dengan cara mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara. Ia satu tindakan terbaik dan pilihan paling tepat bagi seorang Muslim.

Firman Allah bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.”

(al-Isra’:110)

Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah bagus seperti sabda Baginda bermaksud:

“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)

Berusahalah mengikis sikap 'perfectionist' di dalam diri yang selama ini menyebabkan kita terperangkap dalam dunia 'serba tak kena' ini. Tidak dinafikan terdapat individu perfectionist yang menempa kejayaan didalam hidup mereka. Tetapi berapa kerat? Jika dengan sikap perfectionist ini menyebabkan kita mudarat, apa perlunya kita memiliki sifat ini?

Bagi saya, jika kita ingin kekal dengan sifat perfectionist, kita tidak boleh hidup didunia ini dan terlibat dengan orang lain, dan ini adalah sesuatu yang mustahil. Dengan gangguan OCD ini, sikap perfectionist membuat kita menjadi lebih tersiksa. Bayangkanlah, mana ada didalam dunia ini, dimana orang lain tahu apa yang kita fikirkan.

Contohnya seperti kita mahu turun dari tangga dan menuju ke sinki dapur, dan kita tidak mahu ada sesiapa menegur kita sehingga kita ke sinki, tetapi, bagaimana jika ada orang lain di rumah? tentu kita akan ditegur bila-bila masa, mungkin kita akan ditanya sesuatu perkara dan sebagainya. Ini adalah hakikat kehidupan normal. Dan orang yang menyapa kita itu melayan kita sebagai seorang normal dan waras. Tetapi kebanyakan OCD's boleh terganggu dan terasa ingin naik semula ke atas dan turun semula tanpa ditegur. Jika second round pula ada orang lain pula menyapa kita, atau telefon bimbit berbunyi? bagaimana? rasa ingin terduduk dan marah? Ini sebagai contoh kecil sahaja.

Bila perkara seperti ini berlaku, atau dalam senario yang lain (mungkin gangguan pada individu lain didalam bentuk lain, tetapi hakikatnya sama), apa yang perlu kita lakukan untuk menteramkan jiwa kita yang terganggu?

Ingatkan diri bahawa, apa yang kita hadapi ini adalah kehidupan normal manusia, dan cara pemikiran kita yang perfectionist itu membuatkan kita terpenjara. Cuba fahami ini: Apakah maksud PERFECT? = SEMPURNA.

Siapakah yang sempurna? Tiada sesiapa yang sempurna, Hanya ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA SEMPURNA. Adakah kita ingin menjadi Tuhan?..Oleh kerana kita bukan Tuhan, tetapi hamba, maka kerana itulah sifat perfectionist ini tidak sesuai dimiliki atau dilayan oleh kita.




Kemasan cadar tidak betul-betul rata dan licin?..katakan :

habis tu, mengapa? masuk nerakakah? Berdosakah?

Susunan buku tidak mengikut laras geometri yang tepat, katakan:

Habis tu, mengapa? adakah salah disisi Allah perkara itu?

Kita setiap hari mengucapkan:

Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam.
(setiap hari 5 kali sehari kita mengulangi kalimat ini didalam solat). Maka terapkan dalam hati kita, segala yang kulakukan adalah kerana Allah, jika susunan buku itu membuat aku terganggu, adakah aku ini terganggu kerana cara susunan buku yang salah itu berdosa disisi Allah? sama sekali tidak. Maka mengapa aku mesti merasa terganggu?

Begitu jugalah dengan perkara-perkara lain, serta merta ingatkan apakah hukumnya perkara yang kita rasa terganggu itu disisi Allah. Ingatlah, bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Pernah Kena Ganggu Macam Ni Tak?

Antara persoalan yang sering mengganggu dan bermain di fikiran penghidap OCD (Obsessive Compulsive Disorder)

Kenapa bumi dicipta?
Apakah tujuannya?
Apa akan terjadi jika Tuhan tidak wujud? Maka tiadalah dunia ini. Aku pun tidak akan ada sama sekali.
Jikalau Tuhan tiada, apa yang akan ada? -Kosong-
Adakah kosong itu wujud?



Jawapannya:

daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Syaitan akan mendatangi kamu dan bertanya, siapa yang mencipta itu dan ini? Siapa yang mencipta itu dan ini? Sehinggalah syaitan akan bertanya: 'Siapakah yang mencipta Tuhanmu?' Sekiranya ia berlaku, maka hendaklah dia meminta perlindungan daripada Allah dan berhenti memikirkannya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan ketika Saidina Umar R.a menjadi khalifah, seorang lelaki datang bertanya kepadanya dan bertanya:

Dimanakah Tuhan berada?

Saidina Umar tidak menjawab tetapi mengetuk kepala orang tersebut dengan tongkatnya.

Orang itu hairan dan berkata lagi:

Mengapa amirul mukminin mengetuk saya? yang saya inginkan bukan ketukan, tetapi jawapan bahawa Tuhan itu berada dimana?

Saidina Umar tetap tidak menjawab tetapi mengetuk lagi kepala orang tersebut dengan tongkatnya.

Orang itu semakin hairan dan berkata lagi:

Aduh, mengapa saya diketuk hanya menanyakan dimanakah Tuhan berada?

Saidina Umar tetap tidak menjawab tetapi mengetuk lagi kepala orang tersebut dengan tongkatnya dengan lebih kuat hingga kepala orang itu berdarah dan tidak berkata apa-apa lagi. Kemudiannya Saidina Umar berkata :

"Di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar As Siddiq, tiada seorang pun umat islam yang berani bertanya dengan soalan seperti itu. Nampaknya syaitan itu sudah semakin berani mengganggu anak adam dizamanku ini (semakin jauh dari zaman Rasulullah S.A.W), kerana itu aku ketuk kepala kamu hingga syaitan itu keluar dari kepalamu."

Bayangkanlah pula dizaman kita yang sudah terlalu amat jauh dari zaman Rasulullah S.A.W, seberapa hebat pulakah keberanian syaitan dalam menyesatkan anak adam?

Qana'ah

Qana’ah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari rasa tidak puas dan perasaan kurang. Qana’ah bukan membuatkan manusia bertindak bodoh dan bermalas-malasan hidup serta tidak mau berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, orang yang berjiwa qana’ah selalu giat bekerja dan berusaha sekuat tenaga, tetapi jika usahanya tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan, dia akan tetap rela hati menerima hasil tersebut dengan rasa syukur kepada Allah SWT. Sikap yang demikian itu akan mendatangkan rasa tenteram dalam hidup dan menjauhkan diri dari sifat serakah dan tamak.

Abdullah bin Umar berkata,

‘Bersabda Rasulullah SAW:Sungguh beruntung orang-orang yang masuk Islam, mendapat rezeki secukupnya, dan ia merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan kepandanya..”
(H.R.Muslim)

Orang yang memiliki sifat qana’ah memiliki pendirian bahwa apa yang diperoleh atau yang ada di dirinya adalah merupakan kehendak Allah kerana Dialah yang mengatur rezeki,mati, dan jodoh seseorang hamba...

Ingin baca selanjutnya? klik pada LINK

Dariku Untukmu..

Tarikh 21 November depan menandakan genaplah blog ini berusia 2 tahun di maya siber ini. Jutaan terimakasih saya ucapkan kepada semua yang pernah sudi mengunjungi blog ini. Blog ini tidaklah hebat seperti blog-blog lain yang anda kunjungi, juga tidak menjanjikan apa-apa, melainkan perkongsian dan peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan semua. Bagi yang berjaya mengaplikasikan method dan langkah 'Hukum Daya Tarik' dan memanifestasikan keinginan anda, Tahniah dan Syukur ke hadrat Ilahi. Bagi yang masih terus mencuba, jangan putus asa kerana Allah MELARANG kita dari berputus asa terhadap rahmatNya.


.................PENYERTAAN TELAH TAMAT PADA 21-11-2011................
.................... KEPUTUSAN PENYERTAAN PADA LINK.......................
.................TERIMAKASIH KEPADA YANG MENGHANTAR PENYERTAAN.........



Terimakasih,
Wassalamualaikum.

Isnin, 17 Oktober 2011

Aku telah menemukan cahaya kehidupan

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.



Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata :

"Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.



Subhanallah..!!

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi, sila KLIK pada pautan ini: LINK

Fikirkan Sejenak




وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ

[30] Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat :

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah.

Berkata mereka (para malaikat):

Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang membuat kerosakkan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ?

Dia (Allah) berfirman : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

(Al-Baqarah:30)

.......................................................

Fikirkan sejenak apa yang dikatakan oleh para malaikat iaitu:

Berkata mereka (para malaikat):

"Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang membuat kerosakkan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? "

Bagaimanakah para malaikat boleh mengemukakan persoalan 'orang yang membuat kerosakkan (makhluk yang melakukan pertumpahan darah) ketika Allah baru sahaja memberitahu mereka bahwa Allah hendak menciptakan Adam?

Apakah para malaikat hanya membuat spekulasi atau sangkaan-sangkaan tentang sifat dan perbuatan makhluk baru yang ingin diciptakan ini? Sudah tentu tidak. Para malaikat tidak akan mengatakan perkara-perkara berbentuk spekulasi atau sangkaan buruk. melainkan perkara-perkara yang berada didalam pengetahuan mereka, yang telah dilihat oleh mereka.

Persoalannya, dimanakah para malaikat melihat kelakuan dan sifat manusia yang melakukan pertumpahan darah dan kerosakan, sedangkan diwaktu itu Adam a.s belum diciptakan lagi?

Apakah telah ada generasi (bani) manusia lain sebelum Adam yang telah musnah (kiamat) akibat sikap dan perbuatan mereka sesama sendiri?


~Dia (Allah) berfirman : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.



wallahuaklam

Ahad, 16 Oktober 2011

Crop Circle (fenomena lingkaran tanaman) 3

Artikel ini tidak sama sekali cuba untuk membuat sebarang kesimpulan, atau mendorong pembaca untuk bersetuju atau percaya tentang isu yang saya utarakan terutamanya yang membabitkan kepercayaan dan akidah agama. Ini hanyalah pandangan penulis sahaja.


Pada 15 August 2002, sebuah lagi crop circle telah ditemui di Winchester, Hampshire,UK. Kali ini, formasi grafik yang muncul adalah sangat berbeza dengan siri-siri crop circle yang muncul pada masa-masa sebelum ini. Ianya seakan Computer Graphic Image yang yang telah diprogramkan.



Setelah diamati dan kajian dijalankan, grafik yang tertera pada formasi ini lebih menunjukkan wajah sebuah makhluk, dan disisinya terdapat sekeping cakera atau piktogram. Para pengkaji ada memberikan pendapat bahawa kemungkinan besar imej lembaga tersebut merupakan pengenalan bahawa merekalah penghantar / pembuat crop circle tersebut.

Lihat dengan lebih dekat lagi:






Ini pula adalah rajah berbentuk 'cakera' yang disertakan disisi lembaga tersebut:



Para Cerealogi telah berusaha membuat kajian terperinci terhadap piktogram ini bagi memastikan apakah benar terdapat sebarang maksud atau mesej yang terkandung didalam Crop Circle yang muncul secara tiba-tiba dalam masa semalaman ini.

Piktogram ini telah dimasukkan kedalam pengaturcaraan komputer dan kiraan demi kiraan serta kajian telah dijalankan dengan terperinci dan mengambilkira dari semua sudut dan pengiraan matematik.





"Right, I've updated this section. I've gone through the whole code, examining carefully each bit, so I get all the characters as correct as possible (based on the aerial photo).

The code is written from the center outwards, counter-clockwise. There are 8 bits for each character, followed by a separator. This can be distinguished (somehow), because it is about half smaller than a "full bit". In the beginning and end there is additionally one extra 0 bit, otherwise the separator bits couldn't be distinguished!"



Hasil pengiraan Cerealogi akhirnya dapat menterjemahkan mesej yang terkandung didalam piktogram tersebut sebagai:

"Beware the bearers of FALSE gifts & their BROKEN PROMISES.Much PAIN But Still time.BELIEVE.There is GOOD out there.We oppose DECEPTION.COnduit CLOSING\"


Para ilmuan barat lebih keliru dengan apa hasil terjemahan mesej dari crop circle ini, pelbagai telahan telah muncul dan lebih mengelirukan lagi. Tetapi saya cuba mentafsirkan mesej tersebut seperti ini:

Berhati-hati (amaran) terhadap pembawa 'pemberian palsu /penuh tipudaya dan janji-janji manis yang palsu dari mereka (dajjal?). Akan berlaku banyak kesakitan/penderitaan, tetapi masih punya masa untuk mengatasinya dengan Percaya (Beriman / Kembali kepada agama). Kebaikan (Keimanan dan Taqwa) itu wujud dan benar-benar ada. Kami adalah penentang 'Pendusta' (dajjal?). Mesej ditutup.


Ini hanyalah sekadar pandangan saya. Sila semak entry yang lepas tentang Dajjal

Wallahuaklam, hanya Allah Yang maha Mengetahui segalanya.


Sumber: LINK 1 LINK 2

Peringatan tentang Dajjal

Dari Imran bin Hushain R.A, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dari saat Allah menciptakan Adam a.s hinggalah ke saat tibanya hari kiamat, TIADA satu peristiwa yang berlaku yang LEBIH BESAR daripada perkara Dajjal." (HR Muslim)

Dari Anas r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "setiap Nabi yang diutus oleh Allah, telah memberikan memberikan peringatan kepada ummatnya tentang makhluk yang buta sebelah matanya serta maha pendusta. Ingatlah sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya dan sesungguhnya Tuhanmu Allah Azzawajalla itu tidaklah buta sebelah mata seperti Dajjal. Di antara kedua matanya itu tertulislah huruf-huruf kaf, fa', ra' - yakni kafir." (Muttafaq 'alaih)



Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Dajjal itu pasti muncul dan Dajjal akan membawa bersamanya air dan api. (mendakwa bahawa dia memiliki syurga dan neraka) Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, karena sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara amnya maksud Dajjal itu ialah : Yang Menutup Kebenaran (Al-Haq), atau Pendusta.

Dajjal ini juga menawarkan janji-janji palsu dan penuh kebohongan kepada manusia agar terpedaya dan menjadi pengikutnya serta menyembah dirinya. Dia bersekongkol dengan Raja iblis yang memberikan kepadanya bantuan dan kerjasama dari segala segi seperti teknologi dan kepakaran serta juga sihir, dalam usaha mereka menyesatkan manusia.

Crop Circle (fenomena lingkaran tanaman) 2

Jika penemuan-penemuan Crop circle ini selalunya berlaku dinegara-negara Barat yang mempunyai ladang jagung dan gandum yang luas, kini ia telah muncul di Nusantara!

Pada 23 Jan 2011 yg lalu, Crop Circle berukuran sekitar 50-70 meter dan melibatkan keluasan sawah seluas 2500 meter persegi telah menggemparkan penduduk kawasan Berbah, di Sleman, Yogyakarta, Indonesia.

Crop Circle Sileman



Setelah muncul di Yogyakarta, kini crop circle muncul pula di Cikarang, Bekasi, Jawa Barat. Menurut info yang diterima, crop circle muncul di persawahan dekat perumahan Delta Mas, Cikarang, sejak 4 Mei 2011 lalu.

Crop Cirle Cikarang, Jawa Barat



Para pengkaji masih membuat kajian samada fenomena ini buatan manusia atau tidak. Apa yang menjadi tandatanya ialah, bagaimanakah manusia mampu melakukan formasi lingkaran ini dengan sangat sempurna dan dalam jangkamasa yang sangat pantas, dengan keluasan lingkaran yang sangat besar seperti ini:






Terdapat beberapa pandangan dari para pengkaji iaitu:

1. Ianya hanyalah buatan manusia dengan tujuan menunjukkan kehebatan mereka.

2. Ianya adalah fenomena alam iaitu formasi yang terbentuk akibat ledakan medan magnet

3. Ianya merupakan sejenis kod tertentu yang mempunyai makna atau maksud yang tersendiri yang dilakukan oleh 'makhluk asing' (alien) sebagai cara berinteraksi dengan manusia atau memberikan amaran kepada manusia terhadap sesuatu perkara yang mungkin melibatkan keselamatan manusia.


~bersambung~

Crop Circle (fenomena lingkaran tanaman)

Fenomena Lingkaran Tanaman (Crop circles) adalah suatu formasi grafik teratur yang terbentuk secara misteri di kawasan ladang tanaman, ianya muncul secara tiba-tiba dikawasan-kawasan tersebut dalam tempoh sesingkat semalaman. Fenomena ini pertama kali ditemukan di England pada akhir 1970, dengan bentuk formasi lingkaran sederhana. Setelah itu, formasi tersebut kian banyak muncul dan berbentuk bertambah rumit dan tidak terbatas hanya pada hanya bentuk lingkaran.

Mereka yang mempelajari fenomena lingkaran tanaman ini dikenali dengan istilah "cerealogis", dan kajian terhadap fenomena ini disebut Cereolog. Para Cerealogis kemudian mengembangkan istilah baru untuk fenomena ini, yaitu agriglif. Fenomena "lingkaran tanaman" juga seringkali dikait-kaitkan dengan isu UFO, atau juga makhluk luar angkasa.



Formasi-formasi yang muncul secara tiba-tiba di tengah-tengah kawasan ladang terutamanya ladang jagung ini amat teratur, menarik dan misteri.

Persoalannya, Siapakah yang telah melakarkan formasi ini?, atas tujuan apa? dan mengapa?

Mengikut kajian para pengkaji, untuk membuat formasi sesempurna yang sering dijumpai ini, adalah mustahil jika manusia melakukannya dalam tempoh yang sangat singkat, memandangkan ukuran-ukuran geometri dan formula yang amat tepat (acurate) melainkan jika manusia itu mempunyai alatan dan teknologi yang sangat canggih dan maju. Para petani yang ladang-ladang mereka terbabit dengan fenomena ini mendakwa bahawa tiada apa pun yang berlaku diladang mereka sehari sebelum formasi ini muncul. Mereka menyedari kewujudan formasi-formasi ini menjelang keesokkan pagi ketika sampai ke ladang untuk melakukan pekerjaan seperti biasa.

Diantara formasi-formasi yang telah direkodkan penemuan:





Betapa unik dan telitinya formasi-formasi yang ditemui (Gambar diambil dari atas):











Siapakah yang bertanggungjawab membuat formasi-formasi yang begitu acurate dan melibatkan kawasan yang sangat luas dalam masa semalaman ini, dan apakah tujuannya?

Setelah anda melihat gambar-gambar yang dipaparkan ini, apakah anda merasakan manusia mampu melakukannya dalam masa satu malam?

~bersambung~

Seseorang dari masa lalu ATAU seseorang pada masakini

Antara peranan sebagai sahabat, kita sepatutnya membantu rakan kita ‘melupakan’ apa jua pengalaman pahit/silam mereka. Bukannya membuat mereka mengingati kembali apa jua yang mereka tidak sukai, benci dan tak mahu lalui lagi.

Bukankah dengan secara tak langsung perbuatan kita ini hanya akan membuatkan kawan kita itu terdedah kepada memberikan fokus dan tumpuan kepada perkara-perkara negatif…

Tidak ada untungnya mengetahui kisah silam seseorang, itu adalah perjalanan hidup yang telah pernah mereka lalui, itu adalah hak mereka, rahsia mereka, pengajaran untuk mereka, biarkan ianya begitu. Apakah untungnya? tiada bukan!..Apa yang penting ialah siapa mereka hari ini. Apakah kita mahu menjadi seseorang dari masa lalu kepada mereka, atau seseorang pada masa sekarang dalam kehidupan baru mereka yang baru mereka bina?

Kita sendiri memiliki kisah lalu yang tersendiri. dan kita sendiri merasa tidak selesa untuk berkongsi dengan orang lain beberapa pangalaman tersebut. Walau siapa pun kita, tetap ada perkara-perkara yang terlalu peribadi dalam hidup kita. Maka oleh itu, hormatilah hak dan privasi insan lain sepertimana kita mahu privasi kita dihormati.



Sebenarnya, apa jua pengalaman atau kepahitan yg pernah dilalui oleh seseorang itu, tak perlu kita tanya kerana orang itu sendiri dengan rela dan ikhlas akan menceritakan kepada kita tentang dirinya, apabila sesuatu perhubungan itu telah menjadi rapat, merasa boleh dipercayai, selamat dan semuanya ini mengambil masa dan keihklasan kedua belah pihak juga.

Sekiranya seseorang itu merasa berat untuk bercerita kepada kita tentang dirinya, ini bermakna diri kita belum menjadi seseorang yang dirasakannya selamat dan boleh dipercayai untuk berkongsi kisah peribadi. dan hal ini berlaku antaranya akibat sikap kita sendiri yang tanpa kita sedari agak dingin, memiliki ciri-ciri egois, tidak empatik dan mungkin juga tiada unsur humor dalam jiwa kita.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kegembiraan dan Kesedihan itu datang dari satu Pakej

Adakalanya aku berangan, kalaulah aku ni burung, boleh terbang kesana kemari dengan riang dan bebas,...

Tapi ustaz Haikal jawab balik:

"anta tanya kat ayam pun, dia jawab ada problem jugak, problem kena langgar masa lintas jalan, kena baling batu dengan budak nakal...dalam dunia ni, kat mana tempat yang tak ada problem, tak ada kesedihan, tak ada kesakitan, tak ada kegembiraan, tak ada ketenangan? Kegembiraan dan Kesedihan itu datang bersama satu pakej

Benarlah apa yang ustaz beritahu itu, sepertimana maksud ayat dalam surah Al-Inyirah (lapang):

"pada tiap kesulitan itu pasti akan disusuli dengan kemudahan,
sesungguhnya, setiap kesukaran itu pasti diiringkan dengan jalan penyelesaian'
maka apabila sesuatu permasaalahan itu telah selesai,
maka berusahalah dengan gigih dan (meneruskan kehidupan dengan optimis dan berusaha melakukan amal soleh yang lain pula)
..dan tunjukkanlah pengharapan kepada TuhanMu.."
(al Insyirah: 5-8)

Hati mana yang tak sedih bila melihat orang-orang yang disayangi, yang bersifat lemah, dizalimi oleh manusia lain?..tak kiralah apa pun, dari rakan-rakan yang jauh, yang dekat, yang hanya dikenali melalui Maya Internet, atau yang memang membesar dalam kejirananku sendiri, yang dilukai, didera samada fizikal mahupun perasaan, hinggalah kepada anak kecil berusia 5 tahun pun dibuli dan dipukul rakan sebaya hingga terpaksa menerima jahitan dikepala.

Kadangkala aku terfikir sendirian, mengapakah terlalu banyak kesedihan dan keperitan didunia ini berbanding dengan kegembiraan?

Aku hampir down lagi malam ini, maka dengan segera aku panjatkan doa bersungguh-sungguh, seikhlas mungkin padaNya, berikanlah pula giliran merasakan kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan kepada mereka-mereka yang kukenali ini, termasuk diriku. Gugur lagi airmata mahalku malam ini. Syukurlah akhirnya dapat mendengar suara Fiq dalam telefon yang menunjukkan dia berada dalam keadaan riang.

Aku teringat juga dosa-dosa yang telah kulakukan selama ini, berapa banyak hati-hati mereka-meraka yang pernah kulukakan, apakah semua ini pembalasan. Aku tak mahu sedih ini berpanjangan, kerana aku bimbang akan ditimpa kemurungan lagi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Ustaz Haikal: wew, sifu LOA pun tak tahan tekanan macam ni? takper, itu tandanya anta manusia biasa yang normal, kalau semua anta tahan, anta bukan manusialah!

Allah Mengajarkan Cinta


Allah, The Creator and Designer of LOVE

Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,
Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia
Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu
Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya



Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arasy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,
satu jam bersama serasa satu menit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran



Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas
Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki

Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta
Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya
Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian
Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Karena Allah adalah kekasih Zat yang abadi

Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu
Karena Allah mengajarkan cinta tulus dan agung
Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki



Sumber: LINK

Rabu, 12 Oktober 2011

Terkedu aku...

Terkedu sejenak ketika menerima respon salah seorang pembaca artikel Aku, Lim dan Islam. Pandangan yang diberikan oleh beliau amat bernas. Ingin saya kongsikan pandangan pembaca yang hanya ingin dikenali dengan nama 'awanbiru' ini:


Kisah Aku, Lim dan Islam ini memang satu perkara yg dah berbulan bersarang dlm kepala saya ni. Tak tau nak buat dan nak katakan macamana. Kita berkawan baik dgn rakan2 yg bukan islam, tapi untuk saya sendiri, merasakan tidak mampu nak sebutkan atau nak mengajak atau sekurang2nya memperkatakan sesuatu yg baik tentang islam. Nak start tu tak tau macamana. Kawan2 sekerja yg non muslim seorang demi seorang bersara tp tidak seorang pun yg sempat untuk saya dan rakan2 ajak kepada islam. Macamana agaknya kalau mereka semua tu mendakwa kita semua diakhirat nanti?

Satu ketika seorang ustaz berucap dlm sebuah majlis, antara ucapannya ada yg berkenaan dgn islam, tetapi sebelum dia sebutkan perkara tu dia katakan,

"minta maaf ya, ini bukan tujuan saya nak dakwah...".

Kenapa ya si ustaz ni cakap macam tu? Bukankah dakwah ni wajib bagi kita muslim? Kenapa kita mesti nak minta maaf sebab berdakwah?? Entahlah...

Pandangan saya, dah jadi satu budaya atau nilai yg diterima semua, bahawa isu agama islam adalah isu yg sgt sensitif yg tidak boleh dipersoal atau dibincangkan oleh org2 bukan islam. Sedangkan mereka mempersoalkan atas kejahilan dan dgn mereka mempersoalkan itu maksudnya mereka membuka pintu perbincangan, tetapi apa yg selalu berlaku ramai umat islam akan segera menutup rapat segala bentuk perbincangan dan segera mengeluarkan kenyataan berupa ugutan2 dan ancaman dan sbgnya. Sedangkan islam tu kalis persoalan, semua persoalan ada jawapannya dlm islam, tapi sebab kita pun jahil jadilah apa yg telah terjadi.

Ungkapan "Hidayah tu milik/dari Allah, (kalau kau dakwah macamana pun, kalau Allah tak nak beri hidayah, org itu takkan terima islam)"....

satu perkara yg lama terbenam dlm fikiran saya....tak apelah saya sekadar kongsikan utk saudara2 fikirkan..

Hanya pandangan....ungkapan ni adalah ayat hakikat, samalah seperti rezeki tu dari Allah tapi kita kerja, kenyang tu dari Allah tapi kita makan, ajal/maut tu ketentuan Allah tapi kita jaga keselamatan, jodoh tu ketentuan Allah tapi si bujang2 xsudah2 mengurat (yg nak tambah cawangan pun sama)....persoalannya apa yg bukan dari Allah? Segala2nya datang dari Allah.

Malangnya bila kita berkata berkenaan hidayah, kita akan segera kata hidayah tu dari Allah, maka kita buat pun seperti melepaskan batuk ditangga. Allah swt berikan kita lidah utk berkata2 tapi kita (sayalah ni cthnya) "konon2nya" akan kata dakwah tu banyak cara, tunjukkan cth yg baik pun dakwah juga...dan berbagai2 alasan lagi...sedangkan lidah yg Allah pinjamkan tu kita tak gunakan.

Kalau nak rezeki yg dipanggil kekayaan material boleh pulak kerja dari pagi ke malam. Tak cukup 1 kerja buat 2 kerja. Ada masa lagi buat MLM (yg buatla) atau buka bazar ramadan dlm pejabat masing2(terutama yg kerja kerajaan). Nak kenyang tau pulak makan 5 pinggan. Takut mati tau pulak pakai helmet atau tali pinggang keledar. kalau org hisap rokok boleh pulak kata, rokok penyebab kenser yg boleh membawa maut. Nak solid molid boleh diet dgn suppliment2 yg mahal. Utk mendapatkan kepuasan nafsu....seribu satu cara...

Kita akan mencari seribu satu kaedah utk mencapai apa yg dikehendaki oleh nafsu kita baik yg namanya rezeki yg dipanggil duit/harta kekayaan, kuasa, atau apa saja.... Tapi utk yg dipanggil hidayah, kita memang cukup simple...

"..tak mengapa, hidayah tu dari Allah....bertenang".

Cthnya kisah Aku, Lim dan Islam ini. Si rakan mendapat hidayah dari Allah setelah didakwah oleh bekas paderi kristian. Agak2nya boleh tak hidayah Allah turun kalau sebelum itu si tuan punya cerita yg dakwah? InsyaAllah boleh kan.. hakikat hidayah tu memang dari Allah, tapi asbab kepada turunnya hidayah tu, apakah kita ingin menjadi asbab kepada turunnya atau tidak.

Cth lain, rezeki tu dari Allah... Seorg pengemis dtg kepada saya, saya pun buat xtau, kemudian dia pun pergi ke saudara A dan A pun berilah dia rm10. Dia pun beli makanan, makan dan pergi dari situ. Disini kita lihat pilihan, saya memilih utk tidak mahu menjadi asbab kepada turunnya rezeki kepada sepengemis berbanding si A. Dan ganjaran pahala akan diterima oleh A. Tapi kalau A pun buat xtau, jika Allah masih berkehendak si pengemis itu utk terus hidup, pasti akan ada rezeki utknya. Teringat satu ungkapan..."sales start when people say no".

Dalam hal ini, dlm apapun tak kira tajuk apapun pasti akan ada org yang cuba utk mengaitkannya dgn politik. Bukankah kalau isu yg dibawakan tu dakwah, selagi kita ni mengaku islam, beriman kita juga bertanggungwjb berdakwah? Tak payahla sebut PAS, UMNO. Tak perlu sebut pun kafir2 laknat si yahudi atau kuncu2nya. Lihatlah sahabat2 kita yg sepejabat, jiran2 kita, rakan2 sekelas... Agaknya apakah kita dipertanggungjwbkan utk mendakwah mereka ke tak...agaknyala?
Wassallam...

Hudud: Dari satu sisi yang lain

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam.



Timbalan ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.

(“JIKA HUKUM HUDUD DI PRAKTIKAN MUNGKIN PEMBUNUH SOSILAWATI TAKUT UNTUK MELAKUKAN PEMBUNUHAN DAN PERBUATAN KEJAM YANG LAIN..”..

itu antara kenyataan N. Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang dipetik dari facebook beliau, mengulas isu berkaitan kes pembunuhan kejam Dato Sosilawati..)

“Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

“Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. ” ujarnya kepada Harakahdaily.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan.

Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

“Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh.”

“(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum,” ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikanperlembagaan dan prinsip demokrasi.

“Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

“Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

“Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam,” ujarnya.



Beliau menambah lagi:

"Hukum HUDUD tidak perlu ditakuti oleh orang bukan islam dan juga oleh orang islam sendiri kerana tujuan hudud adalah untuk menjaga kepantingan hartabenda seluruh rakyat daripada dicuri dengan sewenang-wenangnya.

"Malah ia juga dapat memelihara maruah dan hargadiri terutamanya anak-anak dara, isteri-isteri dan wanita dari diganggu oleh orang lain sesuka hati"

" Dalam konteks ini, hanya pencuri dan penzina sahaja yang tidak suka kepada hukum hudud"

"Lagipun, hukum hudud hanya dijalankan kepada orang islam sahaja. Oleh itu, berilah peluang kepada orang islam khususnya PAS untuk melaksanakan hukum berkaitan dengan kepercayaan mereka, mengikut peruntukkan perlembagaan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.



Sementara itu, Pengerusi DHPP, Hu Pang Chow menafikan sekeras-kerasnya berita yang mengatakan bahawa DHPP akan keluar dari PAS jika hudud dijalankan.



" Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar semalam. Sebagai pengasas Kelab Penyokong PAS bukan Islam yang kini DHPP, tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian. Laporan itu sangat tidak tepat dan saya tidak akan ada kuasa untuk menghalang lebih 20,000 penyokong DHPP dari terus menyokong perjuangan PAS"

Sumber: LINK


P/S:

Yang sedihnya, ketika Non Muslim rancak menyokong Perundangan Allah SWT, ramai juga Penganut Islam Keturunan yang menentang dan memandang rendah kepada hukum ini. Hello, sula itu BUKAN hudud ya, itu hukum raja-raja Melayu zaman dulukala yang belum islam!

Selasa, 11 Oktober 2011

Diet Pemakanan Yang Tepat

MENU DAN DIET IKUT CARA RASULULLAH SAW

Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

Terdapat Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan dan memberi saranan dan juga tunjuk ajar, tentang cara pemakanan dan diet yang tepat dan seimbang bagi tujuan menjaga kesihatan tubuh badan manusia antaranya:

JENIS MAKANAN




Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU Contoh :- KOKTEL

CARA MAKAN

ELAKKAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

TIDAK DIGALAKKAN MAKAN LEWAT MALAM HARI, KERANA DIKHUATITI AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
(maksudnya, jangan makan malam setelah habis waktu Maghrib )

Kurangi makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion POSITIF(+) sedangkan dalam ikan mengandung ion NEGATIF(-), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Sadaqarasulullah

SUMBER: LINK
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]