Selasa, 6 September 2011

Everything that happens will always lead us to something good

Dah seminggu Aidil Fitri melabuhkan tirainya, waktu terlalu cepat berlalu, seakan tak mampu mengejarnya. Aku pun dah lama tak menukilkan coretan diblog ini, asik copypaste hak tulah orang lain jer..

Merenung sejenak jauh ke dalam diri, tersedar sesuatu yang menyebabkan aku seakan takut untuk menulis lagi. Betapakan tidak, kebanyakkan dari apa yang kuluahkan, kukongsikan selama ini, kadangkala akan datang pula ujian yang seakan menguji diriku sendiri sekuat manakah diriku sendiri dalam mengaplikasikan apa yang aku kongsikan kepada orang lain.

Bila aku memberi penekanan pada memberi kemaafan, yang aku rasakan selama ini diriku mampu melakukannya, maka datanglah pula perkara-perkara yang membuatkan aku terasa amat payah untuk memaafkan,

Bila aku memberi penekanan kepada kesabaran, diriku teruji pula dengan hal-hal yang benar-benar mencabar kesabaran diriku..

Bila aku menulis tentang kepentingan meletakkan diri sentiasa didalam frekuensi positif, berlaku pula peristiwa yang terpaksa kulalui dan tanpa kusedari telah membuatkan aku menjadi sangat negatif...

sampai aku berkata sendirian: wew..beratnya

Baru-baru ini setelah selesai kempen 'Stop OCD' sebanyak 6 siri, berlaku pula beberapa insiden yang tak pernah ku terfikir akan mula mempengaruhiku semula terhadap corak pattern pemikiran was-was

Dan begitulah seterusnya pada topik-topik perbincangan lain...kita terus diuji (dididik pada hematku)...atas sebab apa ya?

Aku rasa jika aku berjaya melalui sesuatu ujian itu dengan cara yang lebih banyak peratus positifnya, aku akan dapat memahami perkara-perkara baru dan menambahkan kekuatan serta ilmu..

andaikata aku melaluinya dengan peratusan persaan negatif yang lebih tinggi, maka pemahaman diri tidak akan berkembang, dan kemungkinan besar juga aku akan terjerumus ke kancah kehidupan yang lebih teruk...

Itu pendapat aku sahaja, tetapi hakikat yang sebenarnya, aku tidak mengetahui apa-apa pun, kerana kebanyakan ujian yang mendatangi aku kali ini, telah kulalui dengan kadar peratusan NEGATIF yang banyak...akan tetapi akhirnya aku tetap ditemukan dengan beberapa hikmah, pemahaman yang tak disangka-sangka dan kegembiraan yang tinggi...maka tercetus pula affirmasi untukku hari ini:

Everything thats happens will always lead us to something good...



Betul ke? tentu ada pro dan kontranya, tetapi buat masa ini aku sangat selesa menggunakannya...

Allah,...thank you so much..i've made a gazillion of sins in my life, still, u always give a chance....although i always break my promise...tears


wassalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]