Ahad, 28 Ogos 2011

Tiada semangat motivasi walau selalu baca artikel Motivasi?


Anda sudah berkali-kali membaca artikel motivasi tapi masih tidak ada apa-apa kesan pada diri Anda. Anda tak rasa apa-apa. Anda tidak terinspirasi pun. Anda tidak ada motivasi. Anda rasa macam Anda buang masa.

Kenapa semua tu terjadi?

1. Sebab Anda NEGATIF orangnya.

Anda tidak bermotivasi walau sudah berkali-kali membaca artikel motivasi sebab Anda negatif. Anda bukan orang berfikiran positif. Anda bukan mencari inspirasi, tetapi mencari salah yang terdapat dalam artikel motivasi yang Anda baca.



2. Sebab Anda MENYAMPAH melihat orang lain.

Orang yang tidak memaafkan orang lain dan tidak pernah wujud rasa kagum pada pencapaian tinggi orang lain seringkali akan rasa menyampah tiap kali terpandang sesiapun jua di sekelilingnya. Juga tidak dapat merasakan kegembiraan dan perasaan ingin mengucapkan tahniah apabilamelihat kejayaan orang lain.

3. Dalam hati Anda ada dendam terpendam.

Anda memendam rasa tidak puas hati. Anda tidak memaafkan orang yang berbuat salah pada Anda. Anda mahu orang tu melutut di hadapan Anda. Anda tak puas hati selagi dia tidak meminta maaf pada Anda. Marah yang terpendam berubah menjadi dendam seiring dengan berubahnya perjalanan masa. Bila sudah ada dendam terpendam, Anda susah untuk merasa bermotivasi.

4. Anda selalu memaki-maki dan Anda selalu mengucap perkataan buruk.

Bila bergurau, Anda selalu menggunakan perkataan-perkataan yang kurang baik seperti ‘sial’, ‘babi’ dan lain-lain. Walaupun Anda sudah biasa melontarkan perkataan sedemikian dan Anda sudah terbiasa melakukannya, ketahuilah kesannya pada diri Anda amat buruk sekali. Anda susah untuk merasa bermotivasi bahkan cepat merasa tertekan.

5. Anda tidak respek orang lain, bahkan selalu mempersenda dan merendah-rendah.

Hati Anda melambangkan sikap Anda. Sikap Anda melambangkan bagaimana rupanya hati Anda. Hati orang bermotivasi adalah hati yang selalu menunduk. Semakin berisi, semakin menunjuk, ibarat padi. Anda tidak bermotivasi kerana Anda tidak respek pada orang lain (walau siapapun dia), Anda tidak kagum pada orang lain (walau apa jua pencapaiannya), Anda merendah-rendahkan orang dan mempersenda kekurangan orang lain. Anda merasa ia cuma gurauan, tapi sebenarnya sikap sedemikian melatih Anda menjadi insan negatif.

Dari segi logik akal, jika Anda orang yang tercari-cari inspirasi lalu terdorong untuk membaca artikel motivasi, biasanya Anda akan merasa bersemangat selepas selesai membaca artikel motivasi tersebut.

Tetapi, jika Anda sedang mencari-cari inspirasi tetapi Anda tidak merasa bersemangat, Anda sesuatu yang tak kena pada hati Anda.

Mungkin, hati Anda ada kekotoran tersembunyi.

Mungkin, matlamat kejayaan Anda kabur.

Mungkin, Anda tidak tahu kejayaan bagaimana yang Anda mahu capai dalam hidup.

Sumber:imotivasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]