Selasa, 9 Ogos 2011

The School Of Trustworthy



Syukur Alhamdulillah kerana diberikan rezeki untuk berkesempatan solat tarawikh dan tazkirah bersama Ustaz Dr. Badrul Amin semalam.

Memetik kata-kata beliau dalam tazkirahnya : During Ramadhan, we are entering The School Of Trustworthy, masuk universiti yang menawarkan kursus amanah.

Betapakan tidak, dibulan Ramadhan ini, telah difardhukan keatas orang Islam supaya berpuasa, iaitu menahan lapar dan dahaga, syahwat dan lain-lain yang boleh membatalkan puasa.

Maka bagi mereka yang benar-benar berpuasa, maka sebenarnya sedang memperkuatkan sifat amanah didalam diri masing-masing. Puasa itu adalah amanah. Contoh yang paling mudah untuk dimengertikan ialah tentang bab menahan diri dari makan dan minum.

Disebabkan merasakan diri kita sedang memikul amanah yang Allah berikan, maka seseorang yang sedang berpuasa itu tidak akan sekalipun makan atau minum, walaupun dia boleh makan dan minum jika dia bersendirian dirumah, didalam kereta, didalam tandas atau sebagainya. Akan tetapi, kerana kesedaran bahawa makan dan minum disiang hari itu adalah SATU LARANGAN, maka bagi mereka yang benar-benar berpuasa tidak akan sekali-kali berani untuk melanggarnya.

Lihat sahaja ketika masuk waktu berbuka, adakah sesiapa yang berani atau sampai hati untuk makan walau SATU MINIT lebih awal dari waktu berbuka yang telah ditetapkan?

Kekuatan untuk menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa ini, sebenarnya merupakan asas dari sikap amanah yang perlu ada dalam jiwa setiap insan.

Amanah adalah satu sikap yang sangat penting dan perlu bagi memastikan keadaan seseorang individu, masyarakat ataupun negara itu berada dalam barakah Allah dan seterusnya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dengan memiliki amanah, tidak akan ada rasuah, korupsi, kronisme, pilihanraya tidak telus, dan lain-lain perkara yang membawa kepada kerosakan ummah dan negara.

Maka kerana itulah, amanah ini sangat-sangat ditekankan didalam jiwa umat islam melalui latihan selama sebulan setiap tahun melalui ibadah puasa. Ianya adalah umpama sebuah 'Madrasah Amanah'. Dari serendah peringkat iaitu menahan lapar dan dahaga, sehingga keperingkat yang seterusnya, seperti menahan nafsu syahwat, lintasan hati seperti mengumpat, memberi dan menerima rasuah, dan segalanya yang mendatangkan dosa.

Selain dari itu, melakukan amalan-amalan kerohanian dan ibadah lain yang biasanya jarang, kurang atau tidak dilakukan diluar bulan Ramadhan seperti solat sunat tarawih, bertadarus, memperbanyakkan istighfar, zikir, membayar zakat, memberi sedekah, memberi makan berbuka atau sahur kepada fakir miskin dan lain-lain lagi.

Semuanya ini berteraskan dari asas yang terutama iaitu 'amanah'.


Ingatan buat diri sendiri dan untuk direnungkan oleh rakan-rakan semua, wallahuaklam


p/s: dah macam politician la pulak entry ni..


Terbit untuk Portal Islam Murabbi pada 26 Aug 2011 LINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]