Sabtu, 6 Ogos 2011

Peluang Keemasan

Sabda Rasulullah S.A.W :

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya :

“Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih)

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya :
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak”
( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Apabila tiba-tiba terbangun di tengah malam, maka dianjurkan berdoa kepada Allah SWT, kerana saat itu adalah saat yang mustajab, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.

“Tidaklah seorang muslim yang tidur dalam keadaan suci dan berdzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudian mohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya”
(Hadis Riwayat Abu Dawud).

~Juga disarankan melakukan solat2 sunat seperti tahajjud, taubat dan solat sunat hajat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]