Jumaat, 12 Ogos 2011

OCD - Cadangan Perincian Pengaplikasian 5

Melakukan komitmen dan Usaha

Langkah seterusnya yang dicadangkan setelah melalui langkah-langkah sebelum ini ialah melakukan dengan bersungguh-sungguh komitmen dan usaha disamping terus melakukan langkah yang sebelum ini (meminta, affirmasi, menghayati rasa tawakkal).

Teruskan berdoa, teruskan solat hajat kita, terus beraffirmasi dan menghayati rasa tawakkal (percaya kita sedang / telah disembuhkan).

Seiring dengan itu, beberapa usaha PERLU dilakukan. Kita tidak boleh berserah dan berharap kepada Allah SWT supaya menyembuhkan kita tanpa kita sendiri juga menunjukkan padaNya komitmen kita dalam usaha kita untuk menyembuhkan diri kita dari OCD.

Sepertimana yang telah saya sarankan sebelum ini didalam siri 2, adalah amat digalakkan untuk membuat temujanji dengan pakar jiwa. Ikuti segala arahan doktor samada dari segi ubat-ubatan dan terapi.

Datang ke setiap temujanji kaunseling yang diberikan.

Selain dari itu, saya ingin kongsikan beberapa langkah yang pernah saya lalui sepanjang pengalaman saya yang lalu.

Antaranya:

1. Mendapatkan rawatan urut tradisional dari pakar urut.

Biasanya orang-orang tua dikampung-kampung tahu akan istilah 'urut pecah angin medu'..

Urutan ini adalah urutan seluruh tubuh badan dan perlu diulang 3 kali dan setelah itu terpulang pada individu samada ingin mengulanginya sekali setiap bulan.

Pakar urut akan berusaha memecahkan angin medu yang terkumpul dibahagian ulu hati atau perut, (sejenis angin yang terkumpul yang mana memberi gangguan pada kelancaran saraf tubuh manusia - dari sudut lain, ianya juga tempat yang suka diduduki oleh makhluk halu seperti jin ~wallahuaklam)

Selain dari itu, teknik mengurut ini akan membantu memecahkan blockage (sekatan) pada sistem nerve pada bahagian kepala dan tengkuk. Saya merasakan satu kelegaan dan keringanan setelah melalui rawatan urut tradisional ini.

Selepas melalui sessi ulangan urut tradisional ini, saya dapati penglihatan saya yang selama ini seakan kelam menjadi lebih jelas, dan dapat merasa keberadaan saya didalam diri yang mana sebelumnya saya sering merasa seolah diawang-awangan dan terlalu mudah terganggu dan tenggelam punca.

Baru saya dapat menghayati apa itu 'I'm in control'

2. Minum air rebusan akar Jerangau Merah.

Gambar dibawah ini adalh gambar jerangau merah atau nama saintifiknya Acorus Calamus. Ianya boleh didapati di toko-toko ubat tradisional. Caranya ialah dengan merebus 2 ketul Jerangau merah ini hingga mendidih, jadikan minuman pagi,petang dan malam. Hal ini telah diajarkan kepada saya oleh seorang pengamal perubatan tradisonal yang terkenal. Menurut beliau, khasiat jerangau merah ini adalah sangat baik untuk bahagian urat saraf dan otak. Bagi saya, usaha ini, dengan izin Allah banyak memberikan perubahan.







Setelah melalui rawatan urut tradisional dan mengamalkan minum air rebusan jerangau merah ini, baru saya sedar selama ini pendengaran telinga saya tidak berapa jelas atau tidak seimbang. Ini mungkin berlaku akibat sekatan-sekatan dalam sistem saraf .

Imbangan pendengaran sangat penting dan ianya juga mempengaruhi kita ketika melakukan kerja-kerja harian dan jika ianya tidak berfungsi dengan baik, peratus gangguan was-was sangat mudah untuk terbentuk.

3. Mempelajari Teknik EFT (Emotional Freedoms Technique)

Langkah ini telah saya kongsikan sebelum ini. Sila klik LINK

Jangan memandang remeh kepada Teknik ini, ianya telah terbukti memberi kesan dan kelegaan kepada kebanyakkan masalah emosi mahupun fizikal.


4. Melatih diri dengan Latihan Pernafasan.

Antara latihan pernafasan yang pernah diajarkan kepada saya oleh seorang ustaz ialah seperti berikut.

a. Mulakan dengan Bismillah dan Berselawat ke atas Nabi SAW beberapa kali.

b. Duduk dan biarkan tengkuk kita tegak. Cuba bertenang.

c. Menyedut nafas melalui hidung dengan perlahan sedalam-dalamnya hingga dada menegak dan TAHAN NAFAS ini. Pastikan tiada nafas yang keluar.

d. Semasa menahan nafas, (didalam hati) ucapkan 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan jiwa dan juga penghayatan.

e. Hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 10 saat.

f. Lakukan sewaktu bangun tidur pagi hari, selepas solat dan sebelum tidur.


g. Jika anda ingin melakukannya 2 atau 3 kali setiap kali melakukannya , PASTIKAN anda mengambil nafas seperti biasa dahulu sebelum mengulangi sekali lagi.

h. Untuk mengetahui antara kebaikan dari latihan pernafasan ini, sila klik LINK


5. Allowing (membenarkan)

Kita perlu membenarkan diri kita memiliki apa yang kita impikan. Dalam konteks ini, kita sendiri perlu membenarkan diri kita menjadi sembuh, pulih dan normal seperti orang lain yang bebas OCD.

Kadangkala kita tidak menyedari bahawa kita sendiri takut untuk mengakui kebenaran bahawa kita telah sembuh kerana selama ini kita telah terlalu lama dan biasa hidup didalam suasana terganggu dan tidak tenteram sentiasa, sehingga kita tidak 'pandai' untuk hidup didalam suasana yang aman tanpa gangguan.

Sentiasa ingatkan dan beritahu diri anda dengan fakta yang benar yang dipersetujui oleh hati anda seperti:

- Nabi SAW didalam hadisnya pernah bersabda bahawa hanya penyakit tua dan mati sahaja yang tiada ubat atau penyembuh baginya. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyatakan dan menggambarkan tuntutan mencari ubat dan kesembuhan.
~INI ADALAH FAKTA BENAR

- Dapatkan info-info dan maklumat tentang orang-orang yang menghidap OCD, tetapi telah pulih walaupun bukan 100 peratus, tetapi telah memiliki kekuatan untuk menyahkan gangguan dengan mudah.

- Sentiasa fahami dan ingatkan diri bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja kepada hambanya, dan Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hambaNya

Dan berbagai-bagai pernyataan dan fakta positif yang boleh anda dapati bagi memastikan anda sentiasa konsisten dalam usaha anda

Semua ini akan membuatkan diri anda bersetuju untuk membenarkan diri anda berasa LAYAK untuk memiliki impian anda (pulih dan bebas OCD) tadi.


Langkah inilah yang dinamakan :
Membenarkan diri anda memiliki permintaan anda
sendiri. (Allowing)



6. Husnuzzon dan berperasaan optimis.

Didalam melakukan usaha-usaha dan ikhtiar ini, kita PERLU merasa optimis (yakin berjaya) dan merasakan kegembiraan seolah kejayaan telah pun dicapai. Ingat! kita mesti berusaha menarik masuk kedalam realiti kehidupan kita akan perkara-perkara yang kita inginkan, dan kita memang sentiasa menariknya melalui apa yang kita rasakan dan kita cetuskan melalui pemikiran kita.

Maka, sentiasalah cetuskan pemikiran bahawa anda adalah bebas OCD.

Jika kita melakukan usaha tetapi dimasa yang sama turut melayan rasa putus asa, tak yakin akan pulih, masih merasa 'aku terlalu lemah untuk melalui semua ini' dan lain-lain yang bercirikan negatif, maka kita telah membuat tanggapan yang hanya merugikan diri kita sendiri.


7. Tiada yang sempurna

Berusaha mengikis sikap 'perfectionist' di dalam diri yang selama ini menyebabkan kita terperangkap dalam dunia 'serba tak kena' ini. Tidak dinafikan terdapat individu perfectionist yang menempa kejayaan didalam hidup mereka. Tetapi berapa kerat? Jika dengan sikap perfectionist ini menyebabkan kita mudarat, apa perlunya kita memiliki sifat ini?

Bagi saya, jika kita ingin kekal dengan sifat perfectionist, kita tidak boleh hidup didunia ini dan terlibat dengan orang lain, dan ini adalah sesuatu yang mustahil. Dengan gangguan OCD ini, sikap perfectionist membuat kita menjadi lebih tersiksa. Bayangkanlah, mana ada didalam dunia ini, dimana orang lain tahu apa yang kita fikirkan.

Contohnya seperti kita mahu turun dari tangga dan menuju ke sinki dapur, dan kita tidak mahu ada sesiapa menegur kita sehingga kita ke sinki, tetapi, bagaimana jika ada orang lain di rumah? tentu kita akan ditegur bila-bila masa, mungkin kita akan ditanya sesuatu perkara dan sebagainya. Ini adalah hakikat kehidupan normal. Dan orang yang menyapa kita itu melayan kita sebagai seorang normal dan waras. Tetapi kebanyakan OCD's boleh terganggu dan terasa ingin naik semula ke atas dan turun semula tanpa ditegur. Jika second round pula ada orang lain pula menyapa kita, atau telefon bimbit berbunyi? bagaimana? rasa ingin terduduk dan marah? Ini sebagai contoh kecil sahaja.

Bila perkara seperti ini berlaku, atau dalam senario yang lain (mungkin gangguan pada individu lain didalam bentuk lain, tetapi hakikatnya sama), apa yang perlu kita lakukan untuk menteramkan jiwa kita yang terganggu?

Ingatkan diri bahawa, apa yang kita hadapi ini adalah kehidupan normal manusia, dan cara pemikiran kita yang perfectionist itu membuatkan kita terpenjara. Cuba fahami ini: Apakah maksud PERFECT? = SEMPURNA.

Siapakah yang sempurna? Tiada sesiapa yang sempurna, Hanya ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA SEMPURNA. Adakah kita ingin menjadi Tuhan?..Oleh kerana kita bukan Tuhan, tetapi hamba, maka kerana itulah sifat perfectionist ini tidak sesuai dimiliki atau dilayan oleh kita.

Kemasan cadar tidak betul-betul rata dan licin?..katakan :
habis tu, mengapa? masuk nerakakah? Berdosakah?

Susunan buku tidak mengikut laras geometri yang tepat, katakan:
Habis tu, mengapa? adakah salah disisi Allah perkara itu?

Kita setiap hari mengucapkan:

Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam. (setiap hari 5 kali sehari kita mengulangi kalimat ini didalam solat). Maka terapkan dalam hati kita, segala yang kulakukan adalah kerana Allah, jika susunan buku itu membuat aku terganggu, adakah aku ini terganggu kerana cara susunan buku yang salah itu berdosa disisi Allah? sama sekali tidak. Maka mengapa aku mesti merasa terganggu? Rujuk kembali siri 2 dimana saya ada menerangkan cara menanam implant kekuatan melawan.

Begitu jugalah dengan perkara-perkara lain, serta merta ingatkan apakah hukumnya perkara yang kita rasa terganggu itu disisi Allah. Ingatlah, bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sila klik LINK

BERSAMBUNG KE LINK

2 ulasan:

  1. saya menangis bila bc entri ni, selama ni saya xtau apa yg saya hadapi ialah penyakit yg ada nama rupanya. Trimakasih kerana berkongsi.

    BalasPadam
  2. sy dngar tntg penyakit ni dan tahu saya ada simptom2 tersebut sjk sekolah menengah lg..tp sy x endahkannya sbb saya fikir bknla sesuatu yg serius..sehingga la sy trbaca semula berkenaan penyakit ni pd mlm ni..saya nangis bila sedar yg sy ade hmpir kesemua smptom tu..sy brsyukur bila trbce blog ni yg kasi cr mrwtnya..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]